Isnin, 13 Disember 2010

RUKUN IMAN


RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :

1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.

Seperti firman-Nya yang bermaksud :

"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."

(Surah al-Ikhlas 1 - 4)

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

Nama Malaikat


Tugasnya

Jibril


Menyampaikan wahyu

Raqib


Mencatat amalan keburukan

Atib


Mencatat amalan kebaikan

Izrail


Mengambil nyawa

Mikail


Menurunkan rezeki

Israfil


Meniup sangkakala

Mungkar


Menyoal orang mati

Nankir


Menyoal orang mati

Malik


Menjaga neraka

Ridzuan


Menjaga syurga

3) BERIMAN KEPADA RASUL

Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.

4) BERIMAN KEPADA KITAB

Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.

Senarai kitab dan penerimanya :

1. Taurat - Nabi Musa a.s
2. Zabur - Nabi Daud a.s
3. Injil - Nabi Isa a.s
4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Nabi-nabi yang menerima suhuf :

1. Nabi Syits - 50 suhuf
2. Nabi Idris - 30 suhuf
3. nabi Ibrahim - 10 suhuf
4. Nabi Musa - 10 suhuf

Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.

Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :

1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
7. Banyak berlaku gerak gempa.

Tanda-tanda besar :

1. Keluar dajjal merosakkan agama.
2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
5. Terbit matahari dari sebelah barat.

6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.

Erti Qadar :

Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.

Qadar ada dua jenis iaitu :

1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.

Erti Qada :

Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan