Isnin, 13 Disember 2010

SOLAT FARDHU


SOLAT merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan.


Waktu-waktu Solat Fardhu:
Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:

Solat subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat

Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 4 rakaat/ solat Jumaat (bagi orang lelaki) - 2 rakaat

Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat

Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat

Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain .

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Perbuatan sunat sebelum solat:

Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
Iqamah.

Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan