Isnin, 13 Disember 2010

SOLAT



Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

WAKTU-WAKTU SOLAT

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
11. Murtad

RUKUN SOLAT ATAU RUKUN 13(AS SOLAT)

Rukun solat ada 13:

1. Berdiri bagi yang mampu.
2. Niat.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

SUNAT HAI'AH

Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:

1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
1. :"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
2. : (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)
4. Membaca A'uzubillah
5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
6. Membaca amin selepas fatihah
7. Membaca surah al-Quran
8. Membaca tasbih ketika rukuk
9. Membaca tasbih ketika sujud
10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
14. Salam yang kedua

Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

SUNAT AB'ADH

Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:

1. Membaca tahiyat awal.
2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
3. Duduk tahiyat awal
4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
5. Selawat di dalam qunut
6. Berdiri semasa qunut
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah

PERKARA-PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT

* Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
* Memandang ke atas (mendongak).
* Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
* Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
* Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
* Bercekak pinggang.
* Menyinsingkan kain atau baju.
* Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
* Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
* Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

PERSEDIAAN SEBELUM MELAKUKAN SOLAT

* Berpakaian sopan dan menutup aurat.
* Berwuduk.
* Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
* Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
* Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
* Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS SOLAT.

* Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
* Membaca Al-Quran
* Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan