Rabu, 25 September 2013

KEMENANGAN MILIK KITA SEMUA ... INSYA'ALLAH .....

Generasi Qurani ibarat benih yang subur
di lontar di bukit menjadi hutan 
di buang ke laut menjadi pulau
jati dirinya kental bak titis minyak di lautan
tidakkan tenggelam walau di lambung badai 
Hakikatnya kita sebagai mata rantai-mata rantai agama Allah nak tak nak kita memang kena jadi seperti ni..iaitu mereka yang sentiasa bersedia untuk menyeru manusia ke arah mengenal Allah yang Maha Esa. 
Ramai manusia yang ada pada masa dan ketika ini yang pada zahirnya nampak sihat wal 'afiat tetapi pada rohani mereka telah pun sakit teruk tanpa ada seorang doktor pun yang datang untuk merawat penyakit itu.. 
Penyakit itu di sebut oleh nabi sebagai penyakit sayangkan dunia dan takutkan mati.. sehinggakan sahabat-sahabat.. mereka jauh dari Allah dan meletakkan harta kekayaan itu yang utama dalam hidup mereka..jadi inilah sebahagian golongan yang sedang sakit dalam keadaan mereka tidak sedar.. 
Jadi kitalah sebagai doktor yang akan datang untuk merawat penyakit mereka yang semakin kronik tu.. sebab itulah Allah pesan siap-siap dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu sangat berguna bagi orang-orang yang beriman"
Baik..
berbalik kepada ungkapan di awal kalam tadi tentang kata-kata oleh Saad bin Abi Waqas..


 "Aku adalah anak panah daridapa anak panah-anak panah Islam maka lemparkanlah aku ke mana sahaja yang engkau mahu"..
JUsteru kita perlulah sentiasa bersedia untuk menjadi pejuang-pejuang agama Allah dalam erti kata akan berakhlak dengan akhlak Islam, sentiasa minat dan selalu memberikan nasihat kepada sahabat-sahabat, sentiasa berwajah ceria dan senyum supaya mudah untuk kita masuk dengan semua orang dan sebagainya.. 
Yang pastinya ilmu kita perlulah sentiasa di topapkan(di tambah) setiap masa. Hal ini adalah kerana kita akan menjadi tempat rujukan bagi mereka yang sedang mengenal Agama Allah. Ini hanya sekadar peringatan buat muslimiin muslimaat yang saya kasihi.. 
Semoga kesedaran untuk berjuang di jalan Allah semakin terbuka dan persediaan untuk menjadi perjuangan Agama Allah dapat kita lakukan seawal mungkin. Sekadar coretan peringatan dari saya kepada anda..wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan