Isnin, 15 Ogos 2011

KU INGIN KAU MENJADI HALAL UNTUKKU...


Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….

Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.

Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.

Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…

Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.

Mungkin kau tak peduli. Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.

Kerana kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.

Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

BELAJAR LAH DARI RAMA2...


Suatu hari, ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan seekor kepompong..

Didalamnya ada rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan

Kelihatannya begitu sukar



Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut

Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.

Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting dan membantu memotong

kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.

Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.



Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,

Tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.



Apa sebabnya?

Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,

Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.

Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.



Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.

Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.

Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari

Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti



Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,

Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.



Hidup penuh dengan PERJUANGAN.

Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,

Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita

SUNAT DALAM SOLAT....


Sunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat ab'adh dan sunat hai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud sahwi.

* Sunat Ab‘adh
* 1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.
* 2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.
* 3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.
* 4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.
* 5. Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai’ah

* Sunat hai’ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunat hai’ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:



* 1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
* 2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
* 3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
* 4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
* 5. Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
* 6. Selain daripada itu, ma’mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka‘at pertama sembahyang Maghrib dan ‘Isya’, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.
* 7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma’mum atau bersendirian.
* 8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan ma’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka‘at ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka‘at pertama.
* 9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
* 10. Membaca semasa mengangkat kepala daripada ruku‘.
* 11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
* 12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
* 13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
* 14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
* 15. Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.
* 16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
* 17. Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.

SELALU ORANG TAK DAPAT BEZAKAN...YANG MANA RUKUN...DAN SUNAT DALAM SOLAT...RUKUN ADA NOTE SAYA PERNAH BUAT...NI SUNAT2 DALAM SOLAT K....SELAMAT BERIBADAH....ANDA BUAT ANDA DAPAT.....

RUKUN 13 DAN SEDIKIT KETERANGAN....


* Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz ALLAHUAKBAR . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah :

* Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
* Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
* Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
* Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
* Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
* Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
* Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
* Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
* Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
* Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:

* Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
* Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
* Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
* Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
* Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
* Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
* Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.


8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

* Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
* Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
* Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir.

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
* Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
* Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
* Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
* Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.


11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

* Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
* Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
* Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
* Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialAH :

* Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
* Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
* SetiaP kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
* Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
* Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
* Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
* Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
* Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
* Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

DOA SEORANG HAWA ....


(¯`v´¯)✿`*•.¸❤ ❤¸.•*✿.

`·.¸.·``(´'`v´'`)♥ ღ☆ღ,*ღ☆ღ*ღ☆ღ*ღ☆ღ*ღ☆ღ* ♥

...♥♥...♥`•.¸.•´

....¸.•´¸.•*♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♫



Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


ﷲ¸.•*¨*•♫*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•



Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..



(¯`v´¯) ♥ Amiin yaa Robbal'alamiin ♥
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥(¯`v´¯)♥(¯`v

´¯)♥(¯`v´¯)

..♥♥...♥.`•.¸.•´♥. `·.¸.·`.♥" Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya"♥
(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯

)♥
`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.´`·.¸.·

APA KHABAR JODOH KU ....AKU MENUNGGU KAMU....


Apa khabar jodohku?

Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup..

Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir?

Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?



"Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku"..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu,

bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu..

Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang..

Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang..



Kadang–kadang aku berfikir,

apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?

Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu,

gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?

Dan apakah nanti saat zuhur tiba,

kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,

untuk menghadapNya?



"Jodohku, sihatkah kamu?"..

Kalau aku berada disamping mu saat ini,

mungkin aku akan merawatmu

dengan penuh kasih sayang.



"Jodohku sabar dan tenanglah"..

Aku disini masih bersabar menanti mu,

Hatimu tidak terluka kan? senyumlah..

kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita,

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah..

dan mendekatlah diri kepada-Nya.

Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..



"Jodohku, aku rindu"..

Bilakah kita akan bertemu?

Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu..

Begitu banyak pula harapanku untuk

menantikan nasihat – nasihat mu..

Hati ini kosong..

dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang

kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.



"Jodohku"…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu?

Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?

Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku..

Aku sedia mendengar, dan begitu juga

dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang?

semakin baikkah? Aku berharap seperti itu,



"Jodohku"..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu,

agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

jangan sampai kau tersalah jalan sayang..



"Jodohku"..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya

akan membawa Rahmat untuk kita,

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama..

Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas



"Jodohku"..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan

mahu menerima segala kekuranganku.

Dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang…

berusahalah membahagiakan orang tuamu…

dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu..

Aku yakin kau adalah orang yang sabar,

orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak

Jangan pernah merasa keseorangan..

kerana aku disini masih setia menantimu..



"Jodohku"..

kalau siang sudah berlalu..

pejamkan matamu dengan buaian doa,

begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar.

Amin…

"Jodohku"..



Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini,

memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu, Ingatlah sayang.. aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..

KERANA KAU TERLALU ISTIMEWA KAUM HAWA....


Mencari Cinta Hakiki,
Mendamba Redha Ilahi
Payah benar kurasakan,
menyelusuri Hari demi hari..
mencari cinta hakiki,yang mekar di hati insan..
bukan cinta nafsu
namun cinta fitrah insani,
yang disalurkan kpd jalan yg suci..
hanya satu cara..
melalui satu ikatan yang suci,
itulah Pernikahan abadi..

Kuingini cinta itu hanya d alam pernikahan..
dan kuyakini, cinta setelah itu adalah cinta yg diredhaiNya..
kerana itulah syariatNya
yang MESTI kita ikutidemi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..adakah aku dipandang mundur
hanya kerana berpegang pada prinsip ini
bertegas pd kaum hawA
agar iman mereka tak luntur
dek ketaqwaan kaum adam..Apakah ianya salah?

Mencari pasangan hidup..
bagiku bukanlah semudah memetik jari..
apakah insan bernama lelaki,
perlu menggunakan semua wataknya
untuk memaut hati wanita??
Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?
Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!
wahai insan bernama wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya
memenuhi semua tuntutanNya
memagar dirimu dengan malu dan taqwa
usah terpesona dengan madah berbunga
sang nafsu yg berpuaka
kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslim yang ingin memimpin dunia
jangan pernah dikau ragu!

kerana janjiNya pasti BENAR!

allahu Rabbi..
sabarkanlah hatiku,
tabahkanlah jiwaku
moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki
dan Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..
Amin3 Ya Rabbal A'lamin...