Selasa, 3 September 2013


PERSEDIAAN PERKAHWINAN VS PERSEDIAAN KEMATIAN


PERSEDIAAN PERKAHWINAN

Tidak kiralah kita sudah ada calon ataupun tidak, kita seharusnya membuat persiapan sebelum berkahwin. Maksud saya, persiapan dari pelbagai aspek termasuklah, rohani, jasmani, duit dan fikiran.

ROHANI

Jika lelaki, bagaimana kalian mahu memimpin bahtera keluarga sekiranya kalian sendiri sering meninggalkan solat? Isteri pula, bagaimana mahu mendidik anak dengan acuan agama sekiranya kalian sendiri tidak menggariskan hukum islam dalam diri kalian? Bapa dan mak borek, anak rintik. Jika mahu anak yang soleh dan solehah, maka kita perlu jadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Mahu anak menjaga aurat, kita juga harus menjaga aurat. Mahu anak rajin solat, maka kita juga haruslah rajin solat. Selain itu, sukalah saya ingatkan di sini, doa itu juga penting. Suami yang soleh, isteri yang solehah, rumahtangga yang damai, anak yang soleh dan solehah, kebahagian hingga ke syurga Allah dan macam-macam lagi yang kita idamkan. Jangan biarkan itu hanya kekal sebagai mimpi nan indah yang boleh lenyap apabila kita sudah terjaga. Cuba untuk realisikan. Bagaimana caranya? Dengan doa… Yakinlah dengan Allah.. Doa itu senjata muslim.

FIKIRAN

Kita seharusnya menimba ilmu perkahwinan yang dibincangkan dalam landasan syariat islam. Sebelum berkahwin, kita perlu faham dengan apa itu adat dan agama. Janganlah pula adat melebihi agama. Jika budget anda besar, dan adat itu masih tidak menyalahi agama, maka masih boleh kita mengikut adat. Segala macam pertimbangan sebelum kahwin itu perlu terutamanya adat dan agama. Seterusnya, Ilmu munakahat (perkahwinan) juga sangat luas termasuklah ilmu mengurus rumah tangga, seks, pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan, pengurusan emosi, ibadat dan macam-macam lagi. Maklumlah, semua mahukan yang terbaik. Jadi perlu ada persediaan ini. Saya juga syorkan kalian mencari ilmu mengenai permasalahan rumah tangga. Memang benar kita takut dan tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi kita haruslah bersedia. Bila tahu punca, kita tahu solusinya..Allah pasti akan menguji rumah tangga kita. Kita tak perlu risau. Dari masalah yang timbullah kita dapat mengenali pasangan kita. Saya cadangkan kalian membaca buku Men Are From Mars And Women Are From Venus. Buku ini banyak mengupas tentang perbezaan personality lelaki dan perempuan. InsyaAllah akan mengurangkan salah faham sesama sendiri.

JASMANI

Kenapa perlunya kesihatan jasmani? Kesihatan jasmani juga amat penting. Dengan kesihatan yang baik, kita lebih bersemangat untuk menimba ilmu seterusnya menghasilkan cas-cas positif mengalir dalam darah seterusnya ke otak. Apabila kita sihat, tumpuan kita akan jadi lebih baik terutamanya bagi membentuk keluarga baru. Mencegah lebih baik dari merawat. Suka saya memberikan satu contoh di sini. Jika seorang wanita tidak suka makan sayur-sayuran, maka ferum (iron) akan kurang dalam darah.Seperti yang kita faham, wanita akan mengalami pusingan haid setiap bulan. Dari situ, banyak darah yang hilang, jadi banyak sel darah merah yang perlu digantikan. Ferum ini amat penting dalam membantu sel darah membawa oksigen. Kekurangan ferum boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menjejaskan kesihatanan bayi dalam kandungan.  Jika kita menjaga pemakanan sebelum berkahwin lagi, jadi masalah ini boleh dielakkan. Banyak lagi perkara lain yang boleh disentuh terutamanya merokok, pengambilan pil dan banyak lagi. Mungkin saya akan bincangkan dalam entry yang lain. InsyaAllah.

DUIT

Duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Jadi perlulah kita mula kumpul duit walaupun masih belum ada calon. Allah akan menghantar calon itu kepada kita sekiranya dua-dua pasangan itu sudah bersedia. Jika perkahwinan yang kalian inginkan adalah melaksanakan apa yang wajib dalam tuntutan agama, maka duit itu bukanlah bebanan utama. Tetapi jika kalian mahu merakamkan perkahwinan dalam majlis yang agak besar, maka duitnya juga, agak besar… ^__^ Semuanya bergantung kepada diri masing-masing.

PERSEDIAAN  KEMATIAN

Alhamdulillah, kita sudah sentuh mengenai persediaan perkahwinan. Tetapi kita harus ingat juga, tentang preparation kematian. Hal ini paling besar sekali. Kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak kita merasai alam perkahwinan itu ataupun kita terus ke alam kematian. Alam perkahwinan adalah satu perkara yang diibaratkan biji sawi yang ada dalam alam dunia. Tetapi perkara ini akan disoal oleh Allah Azza Wa Jalla. Kematian merupakan alam yang membawa kita kepada matlamat sebenar kehidupan di dunia. Kematian memisahkan kita antara dunia dan akhirat. Kematian yang baik itu adalah tanda hidup kita juga akan berakhir dengan kebaikan di akhirat nanti. Begitu juga dengan kematian yang buruk akan membawa kita kepada pengakhiran yang buruk. Lalu bagaimana preparation kita untuk kematian?

Saat nafas terhenti, roh ditarik Malaikat Izrail, jasad terbujur kaku. Bagaimana persediaan kita? Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” Jadi, selain kita terus beribadat kepada Allahu Rabbul a’lamin, kita juga harus memastikan agar tiga perkara ini masih boleh membantu bila kita sudah meninggal dunia. Kerana inilah saham yang berterusan buat kita walaupun kita sudah tiada lagi di bumi Allah ini.

SEDEKAH JARIAH

Jika kita ada duit yang banyak, mungkin kita boleh bina sebuah masjid, sekolah atau apa-apa yang boleh digunakan masyarakat umum. Jika kurang berkemampuan, kita boleh juga sedekahkan sejadah, Al-Quran, telekung, buku-buku agama di masjid atau surau agar boleh digunakan berterusan oleh orang yang memerlukan. Jika kita ini tidak mempunyai harta, maka cukuplah dengan niat kita untuk bersedekah itu kerana Allah. Bila kita berniat sedekah, apabila kita sudah meninggal dunia, ada pula waris yang bersedekah atas nama kita, maka kita tetap akan peroleh imbalan pahala dari bahagian sedekah tersebut.

ILMU YANG DIMANFAATKAN

Ilmu yang dimanfaatkan bermaksud, ilmu yang kita sampaikan kepada orang yang memerlukan, dan kemudiannya orang itu amalkan dan disampaikan pula kepada orang lain. Sebanyak mana orang yang mengamalkan ilmu itu, maka kita akan turut peroleh imbalannya. Contohnya, kita mengajar adik kita solat, kemudian adik kita laksanakan, kemudian dia mengajar pula kepada anaknya dan begitulah seterusnya. Sedang kita berehat dikubur sendiri, saham (pahala) pula masuk tidak berhenti…Jika niat ikhlas kerana Allah, insyaAllah hidup kita tidaklah sia-sia..

DOA ANAK YANG SOLEH

Di sinilah pentingnya cara kita mendidik anak-anak. Jika anak-anak soleh dan solehah dengan didikan agama oleh ibu bapanya, pasti mereka tidak lupa mendoakan kedua ibu bapa yang tercinta walaupun sudah tiada di depan mata. Zaman kini adalah zaman yang paling mencabar bagi mendidik anak-anak. Mudah-mudahan kita bisa mendidik anak dengan cara yang penuh hikmah.. InsyaAllah.. Rasulullah teladan terbaik…

Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya


1)Pengertian Perkahwinan

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.


Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya


Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :

  1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
  2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
  3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
  4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

2)Hikmah Perkahwinan
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
  1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
  2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
  3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
  4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
  5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
  6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
  7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
  8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
  9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

3) Hukum-Hukum Perkahwinan

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-

  1. Perkahwinan yang wajib.
  2. Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
  3. Perkahwinan yang sunat
  4. Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
  5. Perkahwinan yang haram
  6. Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
  7. Perkahwinan yang makruh
  8. Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.
Rukun Nikah
  1. Calon isteri. (perempuan)
  2. Calon suami. (lelaki)
  3. Wali.
  4. Dua orang saksi.
  5. Akad ijab dan qabul.


Syarat-Syarat Calon Isteri
  1. Bukan mahram dengan bakal suami.
  2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
  3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
  4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
  5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.


Syarat-Syarat Caalon Suami
  1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
  2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
  3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
  4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
  5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
  6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Syarat-Syarat Wali
  1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.Firman Allah:


  2. Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.
    (Surah Al-Maidah : Ayat 51)
  3. Baligh
  4. Berakal
  5. Merdeka
  6. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW :




  7. Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.
    (Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

  8. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

  9. Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

  10. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
  11. Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.
    (Riwayat Muslim)
  12. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
  13. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.


4) Syarat- Ijab Dan Qabul

a.Syarat-syarat ijab :
  1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
  2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.
  3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah  dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
  4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

    b.Syarat-syarat Qabul :
  1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
  2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
  3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
  4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
  5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
  6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
  7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.


5) Syarat-Syarat Saksi
  1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
  2. Lelaki
  3. Berakal
  4. Baligh
  5. Merdeka
  6. Adil (tidak fasiq).
  7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
  8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
  9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
  10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
  11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.


6) Susunan Wali

  1. Bapa
  2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas
  3. Saudara seibu sebapa
  4. Saudara sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
  6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
  7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
  8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
  9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.


  12. Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar denganwali ab’adh.


    Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.


    7) Wali Hakim
      Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :
    1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :
      Ertinya :
      Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.
    2. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
      Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
    3. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.
    4. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.
    5. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.
    6. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).
    7. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
    8. Wali bersembunyi.
    9. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

    8) WALI MUJBIR


    Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :

    1. Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.


    2. Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

    3. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.


    Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
    (Riwayat At-Tarmidzi)
    Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

9) Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya
  1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
  2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
  3. Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
  4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
  5. Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.
Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
  1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
  2. Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
  3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.


Perempuan Yang Haram Dikahwini

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :
  1. Haram buat selama-lamanya.
  2. Haram buat sementara waktu.

1) Sebab-Sebab Haram Dikahwini
  1. Haram dengan sebab keturunan
  2. Haram dengan sebab susuan
  3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

2)Haram Dengan Sebab Keturunan
  1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
  2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
  3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
  4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
  5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
  6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
  7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.
Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :



Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu.

(Surah An-Nisa : ayat 23)

Perhatian :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.


3) Haram Dengan Sebab PEnyusuan
  1. Ibu yang menyusukan.
  2. Saudara perempuan yang sepersusuan.
  3. Firman Allah :


    Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan.


    Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :


    Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan
  1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
  2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :


  3. Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.
    (Riwayat Al-Dar Qatni)
  4. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :


  5. Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.
    (al-Hadith)
  6. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:


    Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.
    (Riwayat : At-Tarmidzi)

    Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)
  1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
  2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
  3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
  4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :



  5. Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.
    (Surah An-Nisa:ayat 23
    Dan firman Allah :

    Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri).
    (Surah An-Nisa : ayat 22)
5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan Sebab Menghimpunkannya
  1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :

    Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.
  2. Anak saudara isteri sebelah bapa.
  3. Anak saudara isteri sebelah ibu.
  4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
  5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
  6. Sabda Rasulullah SAW :








    Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.

    (Riwayat At-Tarmidzi)

Maskawin


1)Pengertian Maskawin(Al-Mahar)

Maskahwin ialah : pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.Sebagaimana firman Allah:



Ertinya :Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka S.A.W.:
Sabda Rasulullah SAW :


Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)


Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu
"adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:



Ertinya : Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.


Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwinkan itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.


2)Bahagian Mahar
  1. Mahar Misil

  2. Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

  3. Mahar Musamma

  4. Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3)      HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD
         1.      Sunat
                  Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan  orang lain.  Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya,  juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan  seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.
                  Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.
         
2.      Wajib

                  Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

1.      1.      Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
2.      2.      Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada  walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
3.      3.      Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap  berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil).

4)      WAJIB MASKAHWIN
         Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad,  Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :

1.      Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri.  Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar  maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang.  Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.

2.      Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).
3.      Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf  isteri tersebut.

5)      GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
         Apabila  berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :


         Ertinya :             Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.

         Hal  ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya  tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6)      MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
         Jika  seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda  tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
         Sebaliknya pula  jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum  dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. :





         Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak  mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W.  telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi.
(Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

7)      AL-MUT’AAH
         Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.  Pemberian  ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.
         Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar.  Firman Allah:

         Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.
(Al-Ahzab : ayat 49)
Bab : WALIMATUL URUS
1)      HUKUM MENGADAKANNYA
         Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana  sabda Nabi S.A.W. :


         Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2)      HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN
         Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat  menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya.  Sabda  Rasulullah SAW:

         Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3)      SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG
1.            Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
2.           Yang menjemput itu juga beragama Islam.
3.          Yang dijemput itu juga  beragama Islam.
4.          Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
5.                Yang dijemput itu tidak menerima  pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
6.                    Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.



Kecantikan Muslimaah bukan pada paras rupanya atau penampilannya .....



Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah
Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh
dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai
seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya
dengan cahaya keimanan dan Islam.

Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi
moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di
muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh
diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan
hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit
aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar
berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut.

Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat
perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja.Masing-masing
berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di
khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang
sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi
ratu cantik seluruh negara.

Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum
wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan
iklan-iklan tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport
eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup
mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa
berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja
Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul
pula pertandingan baru untuk kaum lelaki.

Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis
air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan
kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian
Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita
menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah
Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang
Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan
hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya
berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada
manusia.

Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang
manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang
menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan
hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir
sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau
tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan
berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia
kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan
sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur
kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan
dengan ketentuan Allah Ta'ala.

TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik
adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan
dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan
yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala
sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga
diri,sombong,rakus dan sebagainya.

Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka
yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang
tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah
jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur
Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang
istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah
yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran
umpama mereka yang najis.

Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian
andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah
Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu
sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi
buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah;

1) Dihindari Dari Bahaya

Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya
daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya
fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk-
tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya.

2) Mengelakkan Pembaziran

Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat
tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat
kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang
tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk
menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati
tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk
membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih
penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir
miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan
negara.

3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki

Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih
berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras
rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami
terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih
sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang
sentiasa berpaut antara satu sama lain.

4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni

Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat
menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak
ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan
akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah
perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam
rumahtangga serta sebagainya.

Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan
hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para
hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah
negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan
lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam
memburu kecantikan hati.

Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai
dari kaca mata Islam yang sebenar ialah;

- Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan
dadanya serta menggerakkan syiarnya.

- Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta
berpandangan yang luas.

- Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh.

- Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya,
melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

- Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek
untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang
cemerlang.

- Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut,kasih
sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya.

Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin
dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan
rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam
hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu
sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak
berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan
yang merata"

Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik
agamanya tidak menjadi pilihan kepada seorang wanita itu dan tidak
mengambil kesempatan untuk berkahwin dengannya,maka sudah tentu dia akan
memilih lelaki yang sebaliknya.Pilihan ini akan membawa kepada fitnah
dalam hidupnya lantaran agamalah yang menjaga kedamaian rumahtangga.

Kerana dirimu wahai muslimaah terlalu berharga .... Jangan lupa tu .... Allah dah tinggikan martabat kalian .... Jangan kembali merendahkan apa yang Allah angkat kemuliaan sebagai muslimaah ........ Taqabballallahu minna wa minkum ..... 

Sabtu, 17 November 2012

ISLAM PASTI MENANG ... APAKAH SIKAP KITA YANG SEPATUTNYA ... IMAM HASAN AL BANNA


Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir. 

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah"....

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'lam.


Berimpianlah wahai sekalian manusia ..... walaupun orang akan kata kamu manusia kurang siuman sekalipun .... berimpianlah demi Allah .... Rasulullah dan Islam ........

DAKWAH ITU


Ya Ayyuhannas Ya Ayyuhal Muslimiin.....

DAKWAH Itu...♥

Dakwah,
BERTUJUAN untuk…
Mengajak … bukan … mengejek
Mengajar … bukan …menghukum
Membina … bukan … menghina
Menasihati … bukan … menusuk hati

DAKWAH akan LANCAR dengan…
Menabur kasih … bukan … menguburkannya
Menggalang kekuatan … bukan … menggulungnya
Menerangi kebenaran … bukan … memeranginya
Menjaga hak saudara … bukan … memutuskannya

Dakwah,

SEHARUSNYA bisa…
Membimbing … bukan … membimbangkan
Memajukan … bukan … mengundurkan
Menganjurkan … bukan … menghancurkan
Menyedarkan … bukan … menghanyutkan

DAKWAH akan lebih BERKUALITI dengan…
Tabah hadapi cubaan …
bukan …
tambah minta pujian
Sabar lewati rintangan …
bukan…
gusar hadapi tentangan
Mewujudkan amalan nyata …
bukan …
mempamerkan kata kata
Menuntun mad'u …
bukan …
menonton mereka
Jatuh ke dalam kejahilan ....

DAKWAH,
terasa INDAH bila untuk…
Meneladani …
bukan …
membenci
Saling memberi …
bukan …
saling irihati dan hasad dengki
Memberi semangat …
bukan …
menyengat sehingga mati
Mencipta rasa damai …
bukan …
membuat media massa berkerumun ramai

DAKWAH,
terasa MANIS dengan…
Menebar senyum manis …
bukan …
mengumbar wajah sinis
Berakhlak halus …
bukan …
berakal penyamun TARBUS 
Berniat tulus …
bukan …
berminat fulus

DAKWAH,
itu UPAYA untuk…
Mempertahankan akidah …
bukan …
mempertuhankan kabilah dan Khalifah)
Menghidupkan sunnah …
bukan …
meredupkannya dgn bid’ah
Menjadikan orang patuh …
bukan …
membuatnya jatuh dan makin jauh
Membuat umat sembuh …
bukan …
menjadikannya mereka kelam kabut

Sungguh Islam Itu adalah Rahmat Bagi Semesta Alam,
biarkan semua merasakan
Indahnya Hidup Dalam Naungan Islam...♥

FEAR OF REALITY

FEAR OF REALITY

The biggest fear people have, and the one most important to overcome, is the fear of facing up to reality. People would rather live an illusion than wake up to reality.

Why? Because if reality turns out to be something d

ifferent than what we’re used to, it means having to change our course in life. And that hurts!

We all choose to escape, now and then, from the effort that’s involved in accomplishing life’s goals and ambitions. We all want to be great; we all want to change the world. It’s just that we don’t always feel like putting forth the effort. So we distract ourselves and escape from who we really are and what we want to achieve.

The 48 Ways says: It hurts a lot more when reality confronts us, especially when it may be too late to do anything about it.

Always ask yourself: “What pain am I avoiding?” Identify exactly what you’re afraid of. Reason it out: What’s the worst that could happen?

As an exercise, make a list of the goals you’d love to achieve if no pain was involved. Then next to each goal, write down the amount of pain you anticipate in trying to reach those goals.

Then, write down what makes the goal so worthwhile. Now compare the two columns. If a particular goal is truly worthwhile, then you’ll see instantly how your fear of pain is holding you back from achieving that goal. And it will clarify how you’d even be willing to pay the price of pain to achieve it!

LOVE VS HEARTBREAK

Evaluate your marriage. What is the current status of your marriage?

LOVE VS HEARTBREAK:

▹ Those moments when you unknowingly give your heart to the one you love.

▹ The feeling of butterflies in the very pit of your stomach when they ease into your mind.

▹ The smile which graces upon the world, reaching your eyes when they are near.

▹ The special glow you cast for all to see, which brightens with their gentle touch.

▹ The warmth & protection you snuggle closer to in their arms.

▹ The places you lay memories; as you share every moment together.

▹ The all out joy you give one another to make sure you are pleased evenly.

▹ The nights you laugh at random things, just to see a smile.

▹ The days you could watch TV, not speaking a word; yet the comfort of the other is near.

▹ The three words you utter occasionally, making time stand still.

▹ The never feeling alone because one heart beats for the other.

▹ The time when tears only fall when forever is placed on a finger.

▹ The dreams you share; to bid a future that harness true love.

THAT IS LOVE!
------------------------

▹ The anxiety that something is wrong; when words are no longer enough.

▹ The harsh words that leave the mouth, scarring the butterflies away.

▹ The end of smiles as frowns & lines of worry are born.

▹ The glow that dies into depression as skin turns pale; eyes lose there shine.

▹ The cold of their back as they sleep facing away and far from you.

▹ The separation they want; time alone to search new memories.

▹ The gifts which ends, because the care is no longer there.

▹ The nights you spend in completely different rooms contemplating reasons.

▹ The days watching TV on the floor as the other is on the bed browsing the computer.

▹ The holidays spent away, at families; wondering what the other is doing.

▹ Those lovely three words die; reborn into three different words.

▹ The heart beat which once was strong, beating painfully slow each night.

▹ The time tears fall for no reason through the days unknowingly.

▹ The nightmares that plague you, until you become ill.

THAT IS HEARTBREAK!
--------------------------------------

At which level is your marriage sitting at? Let us all try to rekindle the love back into our marriages! Oh Allah make our spouses and our children the coolness of our eyes, Ameen.