Khamis, 26 September 2013

“Palestin akan bebas suatu hari nanti, dengan izin Allah aku tidak akan berhenti berjuang sehingga aku syahid”

Kerana aku adalah anak panah islam yang akan terus berjuang untuk membebaskan Al Aqsa kelak ....

Rabu, 25 September 2013

... ♫ Jalan kita masih panjang ♫ Ku ingin kau selalu disini ♫ Biar cinta kita tumbuh harum mewangi ♫ Dan dunia menjadi saksinya ♫ Untuk apa kita membuang-buang waktu ♫ Dengan kata kata perpisahan 

Oleh itu, bagi golongan lelaki, daripada anda berazam untuk menjadi baik, lebih baik anda berazam untuk menjadi lelaki yang soleh. Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :
  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah
 Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya. Pemuda tersebut juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.



Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan. Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba2 pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan dilakukannya. Wajahnya tiba2 menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu tiba2 menjadi pucat lesi tidak berdarah. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha utk menenangkan pemuda tersebut.

     Tetapi pemuda itu malah semakin pucat dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada ratusan dinar,  yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan  sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”

     Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu.
Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata pemuda itu.

     Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampong halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak –banyaknya sebagai penebus dosanya. Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan beribadat kepada Allah SWT.

    Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan membimbingnya beribadat kepada Allah.

    Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.  


   Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya.
Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :

✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambl rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke empat akan mengambil dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut. .
Tidak ada seorang pun yang mendekatkan dirinya kepada Allah, 
kecuali Allah akan mendekatkan diriNya juga kepadanya.

Siapakah yang mengetuk Pintu Allah, kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah, kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah, kemudian Allah tidak memberi petunjukNya?
Tidak lain dia adalah orang yang berpaling dari ajaran Allah.

Seorang pemuda bertanya apakah yang menyebabkan dia tidak mendapat petunjuk?

Jawabnya:
"Engkaulah yang telah mengabaikan penyebab datangnya hidayah. Kalau sekiranya engkau menginginkan hidayah tentulah engkau gemar mencari sebab2nya seperti :

-Menjaga solat 5 waktu.
-Mendatangi majlis2 ilmu.
-Bergaul dengan orang-orang yang baik dan soleh.
-Mendengar ceramah dan kuliah agama.
-Membaca buku berkaitan agama.
-Sentiasa berazam melakukan kebaikan.
-Sentiasa berazam menjauhi maksiat.
-Sentiasa berdoa memohon hidayah tanpa jemu.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Surah Al- Ankabut ayat 69]

Aku belajar menginfakkan diri aku sepenuh hati untuk kebajikan dan kemenangan ummah. Ku berpegang dengan firman Allah s.w.t,

{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu }

Surah Muhammad ayat 7

Aku yakin dengan cara ini mampu mendidik hati ini terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan. Berterusan Insya'Allah.