█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Khamis, 18 Ogos 2011
LUAHAN SEORANG ADAM UNTUK SEORANG HAWA...
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
"Dia sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajat dan doamu"
Subhanallah. Tinggi nilai kiasan ini. Ia amat menusuk qolbi ini.
Aku tak tahu apakah "temanku" masih menunggu aku yang masih tercari-cari jalan ini.
"Wahai temanku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dalam mencari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapat bertemu denganmu secepat yang mungkin dan aku mengimpikanmu menjadi temanku" Amin ya Rabbi..
Ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah dan berbicara antara diri dan hati :
Aku yang jahil : Apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
Qolbi : Seseorang yang solehah pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi soleh.
Aku yang jahil : MasyaAllah, astaghfirullah. Apakah dia masih setia menunggu aku?
Qolbi : Segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Aku yang jahil : Astaghfirullah. Apakah aku kini masih berpeluang untuk melamarnya?
Qolbi : Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah. Engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Aku yang jahil : Astaghfirullah. Tetapi aku kadang-kadang berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang solehah sedangkan aku masih jahil dan tidak soleh lagi?
Qolbi : Bukan kamu yang memutuskan apakah kamu soleh atau tidak, tetapi Allah S.W.T. Tugas kamu hanyalah berusaha menjadi soleh, bukan membuat keputusan yang kamu soleh. Selagi mana kamu memikirkan apakah kamu soleh atau tidak, maka selagi itulah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T. Sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu untuk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T. Misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah? maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
Aku yang jahil : Subhanallah. Apakah boleh aku niat dihati aku untuk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang solehah?
Qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati). Dan Dia lebih mengetahui darimu apakah amalanmu itu diterima atau tidak atau bagaimana. Tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya. Bukan mempersoalkannya.
Aku yang jahil : Astaghfirullah. Ampunkan aku ya Allah. Aku sudah melangkaui tugasku sebagai hamba-Mu ya Allah.
Qolbi : Allah S.W.T sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu. Dan kamu sahaja yang selalu tidak bersama-Nya.
Aku yang jahil : Astaghfirullah. Terima kasih kerana masih mengingatkanku ya Allah.
Wallahua'lam..
"Aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu." Amin.
"Andai kehadiran insan yang bergelar zaujah menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu".. Astaghfirullah.. (T__T)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan