Isnin, 22 Ogos 2011

TABARRUJ


Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu pada bahagian muka atau pada anggota-anggota badan yang lain. Bagi menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita maka Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari tabarruj kepada golongan yang tertentu.

Di sebalik larangan ini tentunya mengandungi hikmah yang tak terkira banyaknya terhadap golongan wanita dan Islam ingin menjaga kemaslahatan ummah keseluruhannya. Sesungguhnya sesiapa yang cuai dan lalai dengan larangan ini maka sudah pasti akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak.

Dengan ini jelaslah bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.

Secara umumnya, tabarruj dilarang oleh Islam berpandukan dalil-dalil daripada ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis. Walau bagaimanapun perlu diambil perhatian tabarruj juga dibenarkan dengan mengikut beberapa syarat yang tertentu. Oleh itu kupasan yang ingin saya utarakan seterusnya diharap dapat memberi panduan bagi kaum wanita khasnya dalam aspek bertabarruj.

2.0 DEFINISI
Secara umumnya tabarruj boleh didefinisikan sebagai mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

Imam Bukhari rahimahullah menyatakan: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Antara lain definisi tabarruj juga adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek tetapi pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan tabarruj.

Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.

Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

3.0 DALIL-DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah s.w.t dalam surah An-nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur: ayat 31)

Keterangan Terjemahan Ayat:

1) “kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah SAW pernah bersabda:

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]


2)
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…”
Ayat ini bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja. Ayat seterusnya menyatakan bahawa:

3)
"dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita."

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh
memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan
melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

4) "Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

Ayat di atas seterusnya melarang seseorang wanita itu berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian ke arah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah tabarruj dan ini adalah dilarang.

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu Salamah ada menceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.

4.0 HUKUM

4.1 HUKUM WANITA MEMAKAI BAU-BAUAN

Bagi golongan wanita, hukum memakai bau-bauan mempunyai beberapa keadaan.Ada ketikanya wajib, ada ketikanya sunat, ada ketikanya makruh dan ada ketikanya haram.Tidak seperti kaum lelaki,hukum memakai bau-bauan sunat sepanjang masa,kecuali terdapat keterangan yang menghukum sebaliknya.

4.1.1 Hukum Wanita Wajib Berwangi-wangian

Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita,iaitu ketika suami ada dirumah,khususnya ketika hendak melayan suami diwaktu malam,hendaklah mereka lebih dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian.Selain daripada tujuan tersebut tidak diwajibkan.Nabi SAW bersabda,maksudnya:
Sebaik-baik wanita(isteri)ialah jika kamu(suami)memandang kepadanya sentiasa menyenangkan hati kamu.......
(An Nasa’ie dari Abu Hurairah)

4.1.2 Hukum Wanita Sunat berwangi-wangian.

a)Ketika berada di dalam rumah,lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan suami.
b)Ketika hendak bersembahyang dan beribadah dalam rumah,bukan di masjid.kalau untuk ke masjid,terdapat hadis yang melarang wanita memakai wangi-wangian.
c)Ketika menyambut tetamu wanita,sunat berwangi-wangian,kerana kalau berkeadaan busuk boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Terdapat keterangan hadis yang menjelaskan maksud bahawa wanita juga digalakkan berwangi-wangian,tetapi tidak diwaktu dan ditempat yang terlarang. Sabda Nabi SAW, maksudnya:
Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya.Sementara wangi-wangian wanita ialah yang cemerlang(jelas)warnanya dan tersembunyi baunya.
(Riwayat At-Tarmizi)

Imam Hanafi berkata:Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram,walau pun zat tidak tinggal melekat,sekalipun baunya kekal.Namun tentang memakai wangi-wangian dalam ihram ini terdapat beberapa syarat untuk kaum wanita. kata Imam An-Nawawi di dalam al-manhaj:
“Seseorang yang hendak ihram,hendaklah memakai minyak wangi sebelum melakukan ihram(bukan ketika sedang melakukan ihram).itulah yang sah.Walau pun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram.Tetapi kalau setelah ia menanggal pakaian ihram itu lalu memakai semula,maka ia kena membayar fidyah,kecuali oia mencuci pakaian itu terlebih dashulu,kerana orang yang sedang ihram disyaratkan menjauhi bau-bauan.”

4.1.3 Hukum Wanita Makruh Memakai Wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh.Ini telah disepakati oleh para ulama dan terdapat penjelasan di dalam bab puasa.Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafi’e dan Qaliyubi bahawa;makruh memakai bau-bauan ketika berpuasa.Menurut Qaliyubi,pendapat itu telah ijmak oleh para ulama.

4.1.4 Hukum Wanita Haram Berwangi-wangian

Khusus pada waktu-waktu tertentu wanita dilarang(haram)memakai bau-bauan.Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk kemajlis yang diluluskan syariat,dihadapan lelaki bukan mahram,tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid bersembahyang jamaah.Keterangan berkaitan dengan masa laranganwanita memakai bau-bauan ialah seperti berikut: Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

.... seorang wanita apabila memakai bau-bauan,kemudian keluar melewati(melintasi)di hadapan orang ramai dalam suatu majlis(yang ada lelaki bukan mahram dengannya),maka itu dikira sama (dosanya)dengan telah melakukan zina.
(Riwayat Imam Ahmad dan At-Tarmizi)

4.2 HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU

Termasuk perhiasan yang dilarang atau diharamkan oleh Islam,sama ada dilakukan oleh lelaki atau wanita Islam ialah menyambung rambut,sama ada dengan rambut asli atau yang diperbuat daripada plastik atau benang atau bulu binatang.Istilah hari ini disebut wig.

Berhubung dengan larangan lelaki atau wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu (wig) terdapat keterangan melarangnya.

Dari Humaid bin Abdul Rahman bin auf bahawa dia mendengar Ma’awwiyah berpidato di atas mimbar pada suatu musim haji.Dia menceritakan kisah rambut palsu yang di pegang oleh pegawainya.Kata Ma’awwiyah:Wahai penduduk Madinah,di manakah para ulama kamu? Aku telah mendengar Nabi SAW melarang perkara ini (sambil menunjukkan rambut palsu ditangannya) Kata Ma'awwiyah lagi, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya telah dilaknat Bani Israil ketika (membiar wanita mereka memakainya(rambut palsu). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada keterangan hadis di atas, para Jumhur Ulama mengeluarkan fatwa:
Haram wanita menyambung rambut dengan rambut,termasuk memakai wig atau cemara dan sebagainya.

Mazhab Hanafi berpendapat:

Wanita memyambung rambutnya dengan rambut manusia hukumnya haram,sekalipun rambut yang disambung itu rambut sendiri(yang telah dipotong)atau rambut wanita lain.Ada pun menyambung dengan selain daripada rambut manusia,umpamanya dengan bulu biri-biri,bulu unta,bulu kambing hutan atau dengan perca kain dan lain-lain.(yang tidak menyerupai rambut dan diletakkan di atas kepala kelihatan seumpama penutup kepala) adalah dibolehkan (diharuskn) kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur kepalsuan (bagi mengantikan rambut dan tidak pula memakai sebahagian daripada anggota Bani Adam) menjadi sebab haram menyambung rambut menurut pendapat mereka. Mengikut keadaan tertentu seperti di bawah ini:

i) Jika yang disambung itu tergolong benda najis,hukumnya haram,seperti hukum memakai barang-barang najis sama ada di dalam atau di luar solat. Selainnya,umpama bulu haiwan adalah haram mutlak.

Mazhab Syafie berpendirian bahawa:
Jika barang yang disambung itu suci terdapat dua hukum iaitu:
· Jika yang disambung itu bukan milik suami hukumnya haram
· Jika yang disambung itu milik suami,terdapat tiga hukum:
a)Halal menyambung dengan keizinan suami.
b)Haram menyambung walaupun dengan keizinan suami.
c)Halal secara mutlak tanpa memerlukan keizinan suami.

Imam Nawawi,ulama bermazhab Syafie berpendapat bahawa:

Haram secara mutlak adalah pendapat yang terkuat,kerana nas hadis sahih dan jelas serta ternyata mutlak.

Mazhab Hambali:
Ulama Hambali berpendapat,Haram secara mutlak untuk menyambung rambut anak adam,kerana perbuatan itu mengandungi unsur-unsur penipuan.Begitu juga haram menyambung dengan lain daripada rambut anak Adam,seperti dengan perca kain atau lainnya.

Mazhab Maliki berpendapat:
Menyambung rambut dengan rambut anak Adam atau dengan selainnya,umpama bulu haiwan adalah haram mutlak.
Sebagai kesimpulannya daripada pendapat-pendapat tersebut,para fuqaha daripada empat mazhab memutuskan:Hukum menyambung rambut bagi kaum wanita dengan rambut manusia,mahu pun yang disambung itu rambut mahram atau rambut suami atau rambut lelaki Ajnabi atau rambut sesama wanita atau rambut sendiri (yang telah dipotong), maka hukumnya adalah HARAM. Oleh itu dilarang (diharamkan memakai rambut atau sanggul palsu atau wig yang dipakai sebagai rambut asli seperti mana oleh orang-orang masa kini.

4.3 HUKUM MENCABUT BULU KENING.

Salah satu persolekan zaman moden ini yang agak keterlaluan dilakukan oleh wanita ialah mencabut bulu kening sehingga menjadi nipis atau dihaluskan bentuknya. Islam memandang perbuatan tersebut sebagai suatu usaha mengubah kejadian ALLAH dan hukumnya haram.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menjelaskan bahawa:
Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau mencabut bulu alis atau yang diminta dicukur atau dicabutnya.(Riwayat Abu Daud dengan Sanad Hasan-Dalam Fathul Bari)

Imam Hambali berpendapat kalau perempuan mencukur alis,meruncing bulu matanya dan mewarna wajah dengan alat solek dengan keizinan suaminya di bolehkan, kerana ia termasuk bersolek untuk suami.Tapi kalau dilakukan bukan untuk suami, diharamkan.

Tapi Imam Nawawi memperketatkan hukumnya dan mensifatkan sebarang perbuatan mencukur bulu kening sama sekali tidak dibolehkan.Kerana perbuatan mencukur alis tidak dianggap bersolek,tetapi mengubah ciptaan ALLAH.

4.4 FATWA DR. YUSUF AL-QARDHAWI

Seterusnya saya utarakan pandangan daripada Dr Yusuf Al-Qardhawi yang dipetik dari kumpulan fatwa beliau yang mengatakan bahawa Agama Islam menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraan dan menyiksa diri, sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh sebahagian dari penganut agama lain dan aliran tertentu. Agama Islam pun menganjurkan bagi ummatnya untuk selalu tampak indah dengan cara sederhana dan layak, yang tidak berlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan pada saat hendak mengerjakan ibadat, supaya berhias diri disamping menjaga kebersihan dan kesucian tempat maupun pakaian.
Allah swt. berfirman:
“… pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid …” (Q.s.Al-A’raaf: 31)

Bila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagi laki-laki maupun wanita, maka terhadap wanita, Islam lebih memberi perhatian dan kelonggaran, karena fitrahnya, sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu diharamkan bagi kaum lelaki.

Walaupun hal-hal yang dianggap oleh manusia baik, tetapi membawa kerosakan dan perubahan pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu tidak layak bagi fitrah manusia, tentu hal itu pengaruh dari perbuatan syaitan yang hendak memperdayakan.

Oleh karena itu, perbuatan tersebut dilarang. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw.:
“Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan sebagainya).”

(Hadis shahih).

Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabat Nabi saw. ketika Muawiyah berada di Madinah setelah beliau berpidato, tiba-tiba mengeluarkan segenggam rambut dan mengatakan,

“Inilah rambut yang dinamakan Nabi saw. azzur yang artinya atwashilah (penyambung), yang dipakai oleh wanita untuk menyambung rambutnya, hal itulah yang dilarang oleh Rasulullah saw. dan tentu hal itu adalah perbuatan orang-orang Yahudi. Bagaimana dengan Anda, wahai para ulama, apakah kalian tidak melarang hal itu? Padahal aku telah mendengar sabda Nabi saw. yang ertinya, ‘Sesungguhnya terbinasanya orang-orang Israel itu karena para wanitanya memakai itu (rambut palsu) terus-menerus’.”(Hadis Riwayat Bukhari).

Bagi wanita Muslimat yang tujuannya taat kepada agama dan Tuhannya, sebaiknya berhias diri di rumahnya sendiri untuk suaminya, bukan di luar rumah atau di tengah jalan untuk orang lain. Yang demikian itu adalah tingkah laku kaum Yahudi.

5.0 HIKMAH-HIKMAH PENSYARIATAN

5.1. Tabarruj termasuk dosa besar.

Tabarruj merupakan antara yang paling menghampiri terhadap perbuatan zina. Dalam satu riwayat yang shahih dari Ahmad diceritakan bahwa Umaimah binti Raqiqah datang kepada Rasulullah SAW untuk berbai'at kepada beliau dalam membela Islam. Beliau bersabda, "Aku membai'atmu agar kamu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan kebohongan dari hadapanmu (karena perbuatan lisan dan kemaluan), tidak meratapi (orang mati), dan tidak tabarruj dengan tabarruj jahiliyah pertama." (Hadis Riwayat Bukhari).

5.2. Tabarruj adalah kemunafikan yang akan mendatangkan kegelapan di hari kiamat.

Al-Baihaqi meriwayatkan sabda Rasulullah SAW dengan sanad shahih, "Sebaik-baik wanita kalian adalah yang penyayang, yang banyak melahirkan, yang cocok (dengan suaminya) jika mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita adalah yang tabarruj dan sombong. Mereka itulah orang-orang munafik. Tidak akan masuk syurga salah seorang di antara mereka kecuali seperti gagak putih." (Hadis Riwayat Baihaqi).

5.3. Tabarruj menodai kehormatan keluarga dan masyarakat.

Diriwayatkan dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda, "Ada tiga orang yang kamu jangan bertanya kepada mereka; seseorang yang ke luar dari jama'ah dan durhaka kepada imamnya lalu mati dalam keadaan bermaksiat, seorang budak perempuan dan laki-laki yang berlari (dari tuannya) kemudian ia mati, dan seorang wanita ditinggal ke luar oleh suaminya dan telah dicukupi kebutuhan dunianya lalu ia bertabarruj setelah itu. Maka jangan bertanya kepada mereka." (Hadis Riwayat Ahmad).

5.4. Tabarruj adalah sunnah Iblis.

Jika menutup aurat dan berhijab serta menjaga diri dan kehormatan adalah sunnah Nabi SAW. Maka tabarruj adalah sunnah Iblis, di mana sasaran godaan pertama terhadap manusia adalah agar auratnya terbuka. Allah berfirman, "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak akan melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-A'raf : 27).

5.5. Tabarruj adalah permulaan zina.

Setiap kali penyimpangan terjadi, akan melahirkan penyimpangan lain yang lebih besar. Ketika wanita tidak menutup auratnya dan tidak menjaga kehormatannya dengan bercampur bersama laki-laki yang bukan muhrimnya, terlebih dengan dandanan yang menyebar fitnah, rasa malu sudah hilang maka hal-hal haram menjadi mudah dilakukan, bahkan dosa-dosa besar menjadi hal yang biasa.


6.0 PENUTUP

Tuntasnya Islam amat memandang berat ke arah kesejahteraan umatnya agar dapat membendung diri daripada terjerumus ke lembah hina dengan menggariskan pensyariatan yang jelas berhubung tabarruj.Tabarruj yang digayakan diluar rumah adalah dilarang bagi menjaga kemaslahatan dan fitnah manusia yang memandang.

Manakala tabarruj boleh digayakan jika ditutup aurat mereka ataupun di hadapan suami mereka di dalam rumah. Malahan wanita yang berhias atau bertabarruj untuk suaminya diberi pahala oleh Allah subhanahuwataala. Tetapi perlu diingat walaupun diizinkan oleh suami untuk bertabarruj di luar rumah hukumnya tetap haram.

Di sebalik pengharaman itu terselindung pelbagai hikmah yang tidak ternilai pentingnya. Para ulama yang terdahulu mahupun ulama masa kini tetap mengeluarkan fatwa yang sama yakni tabarruj adalah dilarang. Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam segala hal. Sesungguhnya syaitan adalah penggoda manusia sehingga ke hari kiamat seperti janjinya di hadapan Allah subhanahuwataala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan