Khamis, 26 September 2013

“Palestin akan bebas suatu hari nanti, dengan izin Allah aku tidak akan berhenti berjuang sehingga aku syahid”

Kerana aku adalah anak panah islam yang akan terus berjuang untuk membebaskan Al Aqsa kelak ....

Rabu, 25 September 2013

... ♫ Jalan kita masih panjang ♫ Ku ingin kau selalu disini ♫ Biar cinta kita tumbuh harum mewangi ♫ Dan dunia menjadi saksinya ♫ Untuk apa kita membuang-buang waktu ♫ Dengan kata kata perpisahan 

Oleh itu, bagi golongan lelaki, daripada anda berazam untuk menjadi baik, lebih baik anda berazam untuk menjadi lelaki yang soleh. Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :
  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah
 Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya (pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya. Pemuda tersebut juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu. Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.



Tentu saja perempuan itu merasa gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik-baik sambutan. Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba2 pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan dilakukannya. Wajahnya tiba2 menjadi pucat kerana dia sangat takut kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu tiba2 menjadi pucat lesi tidak berdarah. Perempuan itu menyangka pemuda itu sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha utk menenangkan pemuda tersebut.

     Tetapi pemuda itu malah semakin pucat dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di kantung ini ada ratusan dinar,  yang aku kumpulkan dengan bermati-matian selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu. Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan  sesaat yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”

     Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu.
Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu. Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata pemuda itu.

     Pemuda itu telah meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampong halamannya. Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak –banyaknya sebagai penebus dosanya. Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang menangis dan beribadat kepada Allah SWT.

    Sejak kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang akan membimbingnya beribadat kepada Allah.

    Setelah sekian lama mencari pemuda tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.  


   Namun pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya.
Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :

✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambl rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke empat akan mengambil dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut. .
Tidak ada seorang pun yang mendekatkan dirinya kepada Allah, 
kecuali Allah akan mendekatkan diriNya juga kepadanya.

Siapakah yang mengetuk Pintu Allah, kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah, kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah, kemudian Allah tidak memberi petunjukNya?
Tidak lain dia adalah orang yang berpaling dari ajaran Allah.

Seorang pemuda bertanya apakah yang menyebabkan dia tidak mendapat petunjuk?

Jawabnya:
"Engkaulah yang telah mengabaikan penyebab datangnya hidayah. Kalau sekiranya engkau menginginkan hidayah tentulah engkau gemar mencari sebab2nya seperti :

-Menjaga solat 5 waktu.
-Mendatangi majlis2 ilmu.
-Bergaul dengan orang-orang yang baik dan soleh.
-Mendengar ceramah dan kuliah agama.
-Membaca buku berkaitan agama.
-Sentiasa berazam melakukan kebaikan.
-Sentiasa berazam menjauhi maksiat.
-Sentiasa berdoa memohon hidayah tanpa jemu.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Surah Al- Ankabut ayat 69]

Aku belajar menginfakkan diri aku sepenuh hati untuk kebajikan dan kemenangan ummah. Ku berpegang dengan firman Allah s.w.t,

{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu }

Surah Muhammad ayat 7

Aku yakin dengan cara ini mampu mendidik hati ini terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan. Berterusan Insya'Allah.
Untukmu Wahai srikandiku 

Berusahalah menjadi
Wanita solehah
anugerah teristimewa
dikurniakan Tuhan
buat mereka yang bergelar lelaki beriman

Wanita Solehah
itulah idaman lelaki beriman
kelembutan wajahmu
kesucian wajahmu
keteguhan imanmu
itulah yang merantai jiwaku padamu

Wanita solehah
kaulah pembina semangatku
di waktu ku luntur
kaulah teman setiaku
di kala suka dan lara
kaulah petunjuk
dikala ku meraba-raba mencari cahaya

Kehadiranmu
benar-benar menggamit jiwaku
merubah segala peribadi jahiliyahku

Cinta pandang pertama
takkan ku lupakan saat itu
namun ku sedar
akan kekurangan diri ini
Dirimu umpama rembulan purnama
yang menerangi malam
gadis yang suci dari segala noda

Diriku
siapalah yang mengerti
siapalah yang peduli
lelaki yang berlumur dengan dosa
punya banyak kelemahan dan kekurangan
sering hanyut dengan dunia yang fana
tidak lekang dengan mainan dunia

Wanita solehah
sungguh dirimu sangat mulia
hanya dirimu yang mampu menawan hatiku

Wanita solehah
adakah kau kan ku miliki
ku pasrahkan segalanya
ku serahkan segalanya pada yang Esa
kerna Tuhan Maha Adil
Maha Mengetahui yang terbaik 
untuk hambaNya

Andai kau bukan milikku
andai perpisahan terjadi
sekudus doa ku panjatkan

agar kau dan aku sentiasa berbahagia
dunia dan akhirat
Ku pasrah
ku akur
akan segala ketetapanNya
kerna ku yakin
cinta yang sejati itu
bisa membawa diriku ke syurgaMu
Imam Nawawi berkata :

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Mohd Syaiful Azlan berkata :

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,Jika kau hilangkan agama yang ada padamu,pasti aku akan memimpinmu kembali agar kembali kuat cinta kita kepadaNya."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu". 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kadang-kadang kita terlalu ghairah mengejar sesuatu yang terlalu awal untuk kita. kita juga selalu terlupa bahawa hakikat kebahagiaan itu Allah yang tentukan. Sebaliknya, kita seperti tidak yakin Allah yang menentukan kebahagiaan seseorang. Hidup ini sering berputar. Belum tentu apa yang kita miliki sekarang akan terus menjadi milik kita pada masa depan. Waktu bahagia kita, kita tertawa bersama. TETAPI, yakinkah kita dialah insan yang akan bersama dengan kita pada masa depan saat sedang berduka? Sesungguhnya cinta terhadap Ilahi adalah cinta yang hakiki."
Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya...
MAHARKU UNTUKMU

Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku kurnia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

CAHAYA FAJARKU

Cahaya Fajarku
Andai ku tahu sakit rindu
tak mungkin ku lakarkan puisi itu
sakit bagaikan terhiris nadi
tiada darah mengalir hanya rintihan
suara suara sendu

CAHAYA FAJARKU 
Cahaya Fajarku
Sukarku mendung perasaan gelisahku
saat mataku terpaku diri mu di sebalik bayang malam
renungan menusuk jiwaku kian terpaut di hatiku
matamu bagaikan nyatakan resah bertatapan
jiwaku makin bermain perasaan
andai mampu di luahkan ingin ku nyatakan
di hadapan mu cinta ku kian dihati....

Cahaya Fajarku
dengarlah hatiku berbisik rindu
bisikan hadir kala hatiku resah dalam pilu
ingin ku bertemu dakap dalam pelukan cintamu
biar seluruh alam tahu cintaku padamu
sukar ku ucapkan dalam nyataku
hanya bahasa cintaku sering menari
bersama irama rinduku dalam mimpimu
itu yang selalu kau beritahu

Cahaya Fajarku
Kita tak mungkin bersatu
dalam kasih sayang di sepi malam
kita bertemu di kamar kesunyian
matamu menatap wajahku
akhirnya kucupan cintaku di ruang dahimu
dalam lafaz mu milikku disaat itu....
kau cahaya fajar mengiringiku
 setiap nadiku ada kamu..~~~

" Abah "

Rapuh jiwaku bersimpuh
Pada pusara di suatu sore...
Semilir angin hanyutkan rinduku
membawa resahku semakin
dalam
Jauh semakin dalam

Abah.....

Masih terngiang dalam benakku
Saat terakhir kau genggam
tanganku
Kau berbisik lemah....sangat
lemah......
Agar aku tidak menangis lagi

Tapi Aku tak kuasa...
Untuk tidak menangis
dipusaramu
Hingga kubiarkan airmata ini
mengalir perlahan
jatuh terserap.... dan bangunkan
tidurmu

Abah......

Aku berjanji, akan slalu
melanjutkan harapanmu
Dan tetap berdiri Tegar, meski
karang menghadang

Semoga Allah ampunkan dosamu abah

Semoga engkau bahagia di
Sana...

Amin...

SEEKOR BERUANG DAN IKAN KECIL

Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dengan sabar di tepi sungai deras, waktu itu memang tidak sedang musim ikan. Sejak pagi ia berdiri di sana mencoba meraih ikan yang meloncat keluar air. Namun, tak satu juga ikan yg berhasil ia tangkap. Setelah berkali-kali mencoba, akhirnya..hup .. ia dapat menangkap seekor ikan kecil. Ikan yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan, si ikan kecil itu meratap pada sang beruang,

“Wahai beruang, tolong lepaskan aku.”

“Mengapa ?” tanya beruang.

“Tidakkah kau lihat, aku ini terlalu kecil, bahkan bisa lolos lewat celah-celah gigimu,” rintih sang ikan.

“Lalu kenapa?” tanya beruang lagi.

“Begini saja,tolong kembalikan aku ke sungai, setelah beberapa bulan aku akan tumbuh menjadi ikan yang besar, di saat itu kau bisa menangkapku dan memakanku utk memenuhi seleramu.” kata ikan.

“Wahai ikan, kau tahu kenapa aku bisa tumbuh begitu besar?” tanya beruang

“Mengapa?” ikan balas bertanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“kERANA aku tidak pernah menyerah walau sekecil apapun keberuntungan yang telah tergenggam di tangan !” jawab beruang sambil tersenyum mantap.

“Ops !” teriak sang ikan.

Dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mau membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Tuhan berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari, saat kita harus berucap :”Ohhhh… andaikan aku tidak menyia-nyiakan kesempatan itu dulu ..!!!?.

Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detil kesempatan dalam hidup kita.

Disaat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan;….
Disaat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan….
Di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; ….
Dan dalam kondisi terburukpun selalu ada kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita….

kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Surah Ibrahim ayat 7 
Jika ia sebuah cinta 
ia tidak mendengar , tetapi ia sentiasa bergetar . 

Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji . 

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha . 

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak cantik namun sentiasa menarik ...

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak datang dengan kata-kata , tetapi ia dihampiri oleh hati

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak terucap dengan kata namun ia sentiasa hadir dengan sinar mata...

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi. 

Jika ia sebuah cinta 
ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni . 

Jika ia sebuah cinta 
ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentuan..

Jika ia sebuah cinta..
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir dengan kesetiaan dan pengorbanan...
JANGAN BAKAR JAMBATAN ATAU JALAN DI BELAKANG KITA ....


Sebuah pepatah, "Jangan bakar jambatan di belakang kita" mengajarkan kepada kita jangan pernah memutuskan jalinan persaudaraan dengan siapapun semarah dan separah apapun.. Kita tak pernah tahu episod kehidupan, siapa tahu suatu ketika kita memerlukan mereka.. Kalau kita tidak memerlukan, kita telah menutup mata hati dari rasa peduli terhadap saudara kita dan menyebabkan rasa canggung dari orang-orang di sekitar kita..

Sahabatku...
Harus difahami bahawa tidak ada manusia yang tidak pernah berbuat salah, sebaik apapun orangnya, selalu ada saja kesalahan yang diperbuat.. Baik yang disengaja ataupun kerana kelalaian.. Masalah sekecil apapun akan membuat kita cepat marah.. Kita harus belajar memahami sesuatu di balik kemarahan, janganlah kita menambah kemarahan dengan sikap kita yang tidak baik apalagi sampai ikut membenci atau bahkan memutuskan hubungan persaudaraan..

Ingatlah sahabatku... bahawa di balik kejahatan yang dilakukan oleh siapapun, masih ada kebaikan yang pernah dilakukan.. Dengan mengingat akan kebaikannya semoga hati kita menjadi damai.. Jadi, "Jangan pernah membakar jambatan di belakang kita...!", kerana jika kita melakukannya, maka di dunia kita akan kehilangan orang-orang terdekat dan di akhirat kelak kita tidak tahu nasib kita...

Jangan bakar jambatan di belakang kita.. Barangkali suatu ketika kita memerlukannya.. Sekiranya kita tidak memerlukan.. Jangan membakarnya... kerana akan memutus rantai perjalanan.. Baik perjalanan kita sendiri ataupun orang lain yang melewatinya..
Jangan bakar jambatan di belakang kita.. Kerana kita tak pernah tahu tentang episod kehidupan.. Siapa tahu suatu saat akan kembali meniti perjalanan harus melalui jambatan itu kerana tidak ada jambatan lain yang bisa kita lalui..

Demikianlah sahabatku... Semoga renungan ini bermanafaat.. Akhirnya kalam ku akhiri dengan SENYUMAN termanis dan seikhlas hati untuk mu...
Hargailah setiap kurniaan Allah
Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat. Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, Sudikah kamu menikah denganku sekarang? Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. Tolong jaga mata saya baik-baik.

Muhasabah diri 

Tak mustahil Tuhan akan tarik balik nikmat yang dipinjamkan...
KEMENANGAN MILIK KITA SEMUA ... INSYA'ALLAH .....

Generasi Qurani ibarat benih yang subur
di lontar di bukit menjadi hutan 
di buang ke laut menjadi pulau
jati dirinya kental bak titis minyak di lautan
tidakkan tenggelam walau di lambung badai 
Hakikatnya kita sebagai mata rantai-mata rantai agama Allah nak tak nak kita memang kena jadi seperti ni..iaitu mereka yang sentiasa bersedia untuk menyeru manusia ke arah mengenal Allah yang Maha Esa. 
Ramai manusia yang ada pada masa dan ketika ini yang pada zahirnya nampak sihat wal 'afiat tetapi pada rohani mereka telah pun sakit teruk tanpa ada seorang doktor pun yang datang untuk merawat penyakit itu.. 
Penyakit itu di sebut oleh nabi sebagai penyakit sayangkan dunia dan takutkan mati.. sehinggakan sahabat-sahabat.. mereka jauh dari Allah dan meletakkan harta kekayaan itu yang utama dalam hidup mereka..jadi inilah sebahagian golongan yang sedang sakit dalam keadaan mereka tidak sedar.. 
Jadi kitalah sebagai doktor yang akan datang untuk merawat penyakit mereka yang semakin kronik tu.. sebab itulah Allah pesan siap-siap dalam Al-Quran yang bermaksud : "Dan berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu sangat berguna bagi orang-orang yang beriman"
Baik..
berbalik kepada ungkapan di awal kalam tadi tentang kata-kata oleh Saad bin Abi Waqas..


 "Aku adalah anak panah daridapa anak panah-anak panah Islam maka lemparkanlah aku ke mana sahaja yang engkau mahu"..
JUsteru kita perlulah sentiasa bersedia untuk menjadi pejuang-pejuang agama Allah dalam erti kata akan berakhlak dengan akhlak Islam, sentiasa minat dan selalu memberikan nasihat kepada sahabat-sahabat, sentiasa berwajah ceria dan senyum supaya mudah untuk kita masuk dengan semua orang dan sebagainya.. 
Yang pastinya ilmu kita perlulah sentiasa di topapkan(di tambah) setiap masa. Hal ini adalah kerana kita akan menjadi tempat rujukan bagi mereka yang sedang mengenal Agama Allah. Ini hanya sekadar peringatan buat muslimiin muslimaat yang saya kasihi.. 
Semoga kesedaran untuk berjuang di jalan Allah semakin terbuka dan persediaan untuk menjadi perjuangan Agama Allah dapat kita lakukan seawal mungkin. Sekadar coretan peringatan dari saya kepada anda..wassalam...
KITA NI NANAH ATAU PANAH 

Samada berjaya atau tidak pasukan itu, yakinlah bahawa ia tidak boleh dinilai dengan hanya sehari dua, bahkan setahun sekali pun. Apa yang terbaik, biarkan mereka 'bermain-main' di padang perjuangan dan kita menjadi pemerhati. Andai menyerong, luruskanlah. Andai melaju, kita kobarkanlah. Namun, jangan terlalu memikirkan impaknya. Percayalah, kesan yang baik hasil usaha yang jitu. Dan begitulah sebaliknya.



Namun, apa yang patut dirisaukan ialah, di atas jalan juang ini kita bakal menjadi panah atau menjadi nanah. Jangan jijik. Jika tersalah langkah tanpa petunjuk Allah, mungkin kita akan menjadi yang kedua. Nauzubillah. Hidayah itu milik Allah. Dan hanya Dia sahaja berhak memberikannya kepada mereka yang Dia sayang.



Menjadi nanah dalam perjuangan bukanlah sesuatu yang sukar. Cukup hanya mendengar bisikan nafsu dan tunduk kepada godaan syaitan. Justeru, jangan terlalu lama bermain 'tarik tali' dengan hidayah Allah. Optimis dan berbaik sangka kepadaNya. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita sedar, bukanlah sesuatu yang mudah merealisasikan impian untuk menjadi 'anak panah' dalam perjuangan ini. Namun, berusahalah menjadi yang terbaik. Mohonlah kekuatan padaNya untuk melalui jalan yang penuh onak duri dan mehnah tribulasi. Yang menjadi persoalan, samada MAHU atau tidak, samada BERSEDIA atau tidak, samada BERKORBAN atau tidak, dan samada TERUSKAN melalui kesakitan untuk merasai kemanisan di penghujung atau tidak.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah al-Baqarah ayat 216)


Akan Tetap Aku Di Jalan Ini
Ana Romyun min rimayatil Islam, Farmii, aina ma shi'ta!"

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."  

Kata-kata ini dipegang dengan ampuh supaya terus tersemat dan terus menjadi ingatan, walau dimana saya berada....

Sungguh, bukan mudah untuk terus istiqamah, tetapi keyakinan pada Allah dan kekuatan diri itu menjadi benteng ketahanan diri. 

Kadang-kala, manusia menjadi baik hanya kerana persekitaran. Jika persekitaran kita baik, maka baiklah kita. Jika kita bersama persekitaran yang sedikit berbeza, maka berubahlah pembawakan kita. Sehingga akhirnya, banyaklah cerita-cerita mereka yang hebat suatu masa dulu, kini adalah mereka yang kelihatan seperti "hilang arah"..Nau'zubillah...

Ujian Allah takkan pernah lekang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahukan Islam. Namun, sifir mudah perlu kita ingat,

 "Perjuangan Rasulullah jauh lebih diuji dari kita. Ujian ini baru sedikit. 

Bertahanlah, andai anda mahu lihat Islam terus tertegak dan subur di muka bumi ini.!"

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? [Surah Al Ankabut ayat 2]
  
  
Jadilah seperti benih yang baik. Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Begitulah juga Islam dan kita, campaklah ke mana sahaja, akan tetap Islam aku bawa. Akan tetap Islam aku perjuangkan. Semoga gerak kerja itu tidak akan aku tinggalkan.