Selasa, 24 September 2013

HIKMAH JIHAD

a) Jihad itu tidak sia-sia tetapi diberi pahala yang besar dari Allah.

b) Mendapat bantuan Allah dan hidayat-Nya menjadikan jihad itu berkat
dan mendapat rahmat.

c) Golongan yang tidak beriman tidak diterima pengorbanan mereka oleh
Allah.

JENIS-JENIS JIHAD

1) JIHAD AKBAR -jihad yang besar iaitu jihad melawan hawa nafsu.Contohnya,nafsu malas solat, nafsu suka membuang masa, nafsu ingin membuat maksiat.Melawannya dengan jihad.

2) JIHAD ASGHAR -jihad yang kecil iaitu menentang musuh yang nyata seperti peperangan menentang orang-orang kafir yang menceroboh agama Islam dan memerangi orang-orang murtad.

JIHAD DI JALAN ALLAH

Berjihad beerti kita berjuang dengan cara mengorbankan apa yang ada pada diri kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk, hanya mengharapkan balasan dari Allah. Pengorbanan yang perlu dilakukan :

a) mengorbankan fikiran iaitu memberi sumbangan fikiran ke arah pembangunan Islam di semua peringkat kehidupan dan di semua sudut.

b) mengorbankan harta iaitu menyumbang-kan harta ke arah pembangunan Islam seperti pembinaan sekolah-sekolah yang berteraskan Islam, ekonomi bercorak Islam, tempat-tempat ibadat, pertahanan dan sebagainya.

c) mengorbankan jiwa iaitu bersedia berkorban sekalipun dengan kematian apabila berjuang seperti pergi berdakwah mengajak orang kepada Islam atau dengan berperang di medan perang untuk membela agama, bangsa dan negara.

d) mengorbankan sesuatu yang kita sayang.Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 92 yang bermaksud :

" Kamu tidak akan mencapai kebaikan kecuali kamu belanjakan apa yang kamu sayang."

e) melawan nafsu dengan membuang sifat-sifat tercela dan menghias diri dengan sifat-sifat terpuji.

HUBUNGAN JIHAD DALAM PENGORBANAN.

1) Jihad ialah berjuang untuk menegakkan segala perintah Allah dan membasmi perkara-perkara larangannya dengan bersungguh-sungguh.

2) Pengorbanan adalah penderitaan atau susah payah yang mesti ditempuh untuk berjuang dalam jihad.

3) Setiap jihad memerlukan pengorbanan kerana terpaksa bersusah payah untuk mencapai cita-cita yang diperintah oleh Allah.Seperti kata pepatah Melayu:

" Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

4) Kejayaan yang dicapai dengan pengorbanan lebih besar erti dan nilainya daripada tanpa pengorbanan.

5) Sifat-sifat yang perlu ada pada orang yang berjihad ialah:

a) ikhlas kepada Allah

b) tawakkal kepada Allah

c) sabar menempuh ujian pengorbanan

d) tekun.

Untuk mencapai darjat jihad yang sebenar adalah dengan pengorbanan yang membawa kepada hilangnya kepentingan dan hak untuk diri sendiri.Semangat jihad sepatutnya dipupuk dalam diri setiap individu muslim kerana:

a) mencapai kejayaan bukanlah mudah tetapi memerlukan pengorbanan. Besar kejayaan yang hendak dicapai, besar jugalah pengorbanan yang perlu dibuat.

b) sabar dan tabah untuk berkorban itu sendiri memerlukan semangat jihad.

c) orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling tinggi jihadnya.Ibni Mas'ud pernah bertanya kepada Rasulullah:" Apakah amal yang paling dikasihi Allah? Jawab baginda: Solat dalam waktunya. Kemudian? Kemudian jihad dijalan Allah." 

d) orang yang mempunyai semangat jihad itulah orang yang layak diajak sebagai teman atau pengikut dalam berjuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan