Rabu, 25 September 2013

JIWA SEORANG PENDOSA 



Pendosa.
Menyebut perkataan ini di dalam hati membuatkan jiwa jadi sebak. Mata jadi berair. Dan perlahan-lahan saya menyebutnya beserta suara dan gerakan bibir,
“Pendosa. Itu aku, itu semua manusia. Pendosa..”
Memang benar. Berdosa itu lumrah dalam kehidupan manusia. Dalam sehari yang dilalui, ada sahaja keburukan yang ditambahkan ke dalam akaun dosa. Kalau bukan dengan mulut, dengan mata. Kalau bukan dengan telinga, dengan hati. And vice versa.
Tapi, wallahi, berbangga dengan dosa itu adalah suatu penyakit yang parah.
Bagaimana seorang yang mempunyai penyakit (baca: pendosa) boleh berbangga dengan penyakit parah yang dia ada? Bukankah sepatutnya dia bersedih dan berusaha untuk menyembuhkan penyakit itu agar dirinya boleh pulih.
Dan, bagaimanakah dengan diri kita sendiri?
Kelam Jiwa Seorang Pendosa

Masihkah kelam jiwa pendosa yang ada dalam diri itu berkeras tidak mahu melangkah kepada perubahan yang lebih baik? Masihkah ia ingin bertangguh lagi dan lagi? Masihkah banyak alasan yang diberikan?
Kadang-kadang, manusia itu tidak pasti kenapa dia sedih. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia merasa kekosongan meskipun dia tidaklah berseorangan sangat. Ada je kawan-kawan yang baik di sisi. Ada je sahabat yang mengambil berat dan setia di sana walau sudah pelbagai dugaan melanda ukhuwah itu.
But, there’s still something wrong. Something missing, perhaps?
Percaya atau tidak, sila tanya diri sendiri. Ada waktu, kamu tahu apa yang kamu buat itu salah. Kamu tahu setiap yang kamu lakukan itu tidak terhijab dari pandangan ALLAh Ta’ala. Kamu tahu segala tulisan mahupun perkataan yang kamu lafazkan itu didengari oleh Tuan Punya Dunia. Tapi, masih juga kamu terus buat meskipun dalam kegelisahan.
Dan hanya selepas itu timbul sedikit sesal di benak seorang kamu, pendosa.
Lalu, kamu melepas istighfar. Memohon ampun kepada ALLAh Ta’ala dalam bisikan sayup-sayup kedengaran dek telinga kamu sendiri. Kamu memejam mata dalam sesal, “Astaghfirullah, ya Allah. Aku buat ni? Ya Allah..”
Ketahuilah, bukan saat itu sahaja ALLAh Ta’ala itu Maha Pengampun.
Tetapi pada waktu yang lain, kamu melakukan kesalahan berulang-ulang kali. Mungkin kesalahan yang sama. Mungkin juga kesalahan lain dalam konteks yang sama. Kamu menyesali perbuatan itu, tapi kenapa masih berlaku sehingga berulang-ulang kali?
Kenapa?
Dan tahukah kamu, betapa kelamnya jiwa kamu saat itu?
Kamu tidak sedih dengan jiwa pendosa yang sedang kelam itu? Kamu tidak merasa sayu melihat diri kamu yang sedang hampir tenggelam pada kenikmatan : kekelaman dunia, yang kamu anggap keseronokan dan perkara biasa?
Please have some pity with yourself, sahabat.
Mengapa Tidak Diserikan Kekelaman Jiwa Itu
Kenapa tidak kita sama-sama ambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk berubah?
“Tak naklah buat macam ni, macam tu. Hipokrit kot Saya tak nak jadi hipokrit..”
Saya tak tahu hipokrit jenis apa yang sering dijadikan alasan dikalangan kita. Kalau berubah kepada kebaikan menuju kepada keredhaan ALLAh Ta’ala itu adalah hipokrit bagi kamu, maka saya mencabar kamu dan diri saya sendiri. Jadilah hipokrit! Jadilah hipokrit yang sungguh-sungguh hipokrit jika dalam jiwa kamu itu masih ada sekelumit penyesalan dan mahu dekat kepada Tuhan.
Please.. *memandang dengan sayu
Jangan katakan seruan hidayah itu belum sampai kepada kita. Hidayah itu sudah tersedia beribu tahun dahulu hasil perjuangan Rasulullah SAW. Tinggal sahaja kita mahu ‘grab’ atau tidak. Tinggal sahaja diri itu mahu bergerak atau terus diam dalam kekelaman jiwa seorang pendosa. Mahu membawa penyakit jiwa itu.
Kamu seorang yang bukan Islamik? Remaja yang agak nakal?
Pemakaian yang biasa sahaja?
Menjadi nakal itu boleh. Saya sendiri nakal. Bukankah kita masih dalam fasa jiwa remaja? Tapi alangkah indahnya jika nakal kita itu mempunyai acuan yang mengawal kenakalan, dan kita tetap dalam keredhaan Tuhan.
Beza anak-anak akhirat dan anak-anak dunia adalah;
anak-anak akhirat memandang dengan jendela cinta akhirat.
Kita bukan tidak boleh berubah sebenarnya. Tapi kita banyak memberi alasan kepada diri sendiri. Yang hakikatnya kita banyak memberi alasan kepada ALLAh Ta’ala. Nanti dan nanti, lagi dan lagi. Padahal, sikit pun Dia tidak rugi dengan kesombongan kita mahu datang kepada-Nya. Tapi kitalah yang akan rugi tertunduk malu penuh penghinaan di akhirat nanti jika kita mati dalam kekufuran dan kefuturan.
Saya sayang kamu sangat, kerana ALLAh Ta’ala.
Would you mind, hold my hand, and kita berubah bersama-sama?
Semoga ALLAh merahmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan