Isnin, 23 September 2013

:::  LAFAZ YANG TERSIMPAN  :::

Aku Melontar jauh pandanganku..... Merenung takdir Ilahi. Angin berteman debuan rasa menampar lembut ke pipiku. Ada titis airmata menemani aku. Resah terserlah dimataku yang berkaca.

"Abah....."Airmata aku menitis untuk kesekian kalinya. Bukan kerana tidak dapat menerima takdir Ilahi tetapi adalah kerana rindu yang membuak terhadap seorang abah yang telah pergi selamanya. Menyahut panggilan Ilahi.

"Abah... Epol rindukan ABAH." Rintih aku persis seorang anak kecil.

"Abah, bagai baru semalam abah mengusap lembut rambut Epol. Bagai baru semalam abah mencium dahi Apol. Bagai baru semalam abah membisikkan kata semangat pada Epol. Dan bagaikan baru semalam abah mendoakan kesejahteraan Epol... Doa abah epol rindukan....." Aku terus merintih lagi. Lebihan lilitan kain serbanku beralun mengikut angin yang menyapa.

"Ya doa abah.... Tiada lagi doa abah untuk Epol. Sedangkan doa abah yang menjadi peneman Epol selama ini. Epol berhijrah dan jihad menimba ilmu disini juga kerana doa dari abah dan mak. Jauh Epol merantau. Segalanya demi ibu..." Epol merantau ke sana sini untuk berusaha menjadi anak yang soleh. Masih terkilan kerana tidak sempat menjadi anak yang soleh kepada abah.

"Abah..... Epol rindukan abah... Abah epol rindukan abah" rintihanku makin sayu. Terimbau kembali kenangan bersama abah. Aku terlalu menyayangimu abah tetapi sukar sekali untuk mengungkap lafaz cinta itu. Bagiku anak lelaki perlu kuat, tidak boleh manja-manja. Lantaran itu, dipendam sahaja perasaan sayang jauh dilubuk hati. Aku tahu abah pasti dapat merasakan kasih sayang itu walaupun tak pernah terucap dibibir. Namun kini aku menyesal. aku tidak dapat lagi meluahkan segala rasa sayang pada arwah abah tercinta kerana abah itu telah pergi selamanya.

"Abah, Epol sayangkan abah. Abah dengarkanlah luahan hati anakmu. Betapa ruginya Epol tak dapat mengucapkan rasa cinta dan kasih Epol pada abah disepanjang usia abah dahulu. Epol menyesal abah....." Airmataku semakin deras menitis kebumi dengan Lafaz yang tersimpan sudah tiada maknanya lagi. Aku redha dengan ketentuanMu Ilahi. Walaupun doa dari abah telah tiada, bagiku biarlah doa dari aku untuk abah akan terus mengalir selagi hayat masih diberi Ilahi untukku ..... Abah ... Epol Rindu Sangat2 kat abah .... T T ....... Airmataku mengalir kerana aku sangat2 rindukan abah ... rindu saat bersama abah ..... rindu saat abah marahkan epol ..... kini hanya pusaramu mampu ku lihat bersama lafaz yang terlalu banyak aku simpan ..... T T ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan