THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 10 Disember 2011

BUAT KAMU YANG CANTIK ...


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

LAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH....


Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
.

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah.. hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah…
jujurlah kepada Allah.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..

jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu… dan berusaha lah untuk muhasabah diri..cari di mana kelalaian kamu selama ini… dan berusahalah memperbaiki diri.

jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan . hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..

serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…

Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.

jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah.. kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…

DAPUR MEMBAWAMU KE SYURGA WAHAI WANITA....


Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.

Suami mana yang tidak akansenang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.

Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.

MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?
Selamat memburu pahala..

PALING BEST DAPAT MASAK BERSAMA ISTERI ...LIKE AKAK AKU HOK PALING CANTIK KAK NORAFZAN ...KELAS GITU KALAU LELAKI RAJIN TURUN DAPOQ .... BUKAN TENGOK JE...TOLONG ISTERI POTONG BAWANG KAN...TOLONG MASAK..PASTU TOLONG LAP PELUH ....HEHE TAK GITU AKAKKU ....

ANAK YANG BERNILAI KEPADA KEDUA IBUBAPA...


Ibubapa Adalah Jalan Pintas Ke Syurga

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. ” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Alangkah terkejutnya baginda kerana mendapati pemuda tersebut memandikan sepasang babi jantan dan betina, serta dipeluk dan diciumnya babi tersebut. Ya, sebenarnya babi itu adalah ibubapa kepada kepada pemuda tersebut, tetapi pemuda itu langsung tidak menyisihkan orang tuanya. Bahkan terus berkhidmat dan sentiasa mendoakan agar dosa ibubapanya diampunkan.

Nampak? Betapa tingginya nilai ibubapa kita walaupun bagaimana keadaan mereka. Orang beriman tidak akan mengabaikan ibubapanya kerana untuk mendapatkan redha Allah, mereka haruslah mendapat redha orang tua mereka dahulu.

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, dia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis”.

Lalu sabda baginda: “Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis”. (Riwayat Ibnu Majah)

Lihat, betapa besarnya keredhaan ibubapa dalam kehidupan kita. Dan syarat inilah perlu dicapai untuk memperoleh syurga.

Penutup : Menjadi Anak Yang Bernilai
Di sekolah dahulu, kita semua pasti pernah terdengar perkataan anak emas bukan? anak emas bermaksud anak yang paling disayangi dan dimanja ibubapa. Tapi hari ini saya akan tafsir maksud anak emas yang sebenarnya.
Jika diberi pilihan, untuk memilih antara batu dan emas, yang manakah akan anda pilih?

Jika dibanding, emas mempunyai nilai yang sangat berharga dan nilainya sentiasa meningkat. Sejak berzaman, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Oleh kerana nilainya yang tinggi, emas diletakkan ditempatkan ditempat yang sempurna dan selamat.

Manakala batu, langsung tiada nilai kepada manusia. Jika ada orang mengutip batu dihalaman rumah anda, tiada siapa akan marah. Malah batu digunakan pula untuk menghalau anjing, bahkan salah satu bahan bakar api neraka adalah batu.

Jika begitu, pastilah semua akan memilih emas kerana nilai yang terdapat padanya. Begitulah juga anak yang soleh, nilainya ibarat emas yang berkilauan, dan bernilai disisi Allah SWT. Dan diantara janji Allah, harta yang paling BERNILAI dan tidak putus kebaikannya walaupun selepas mati adalah doa ANAK yang soleh.

Cerminlah diri kita dimanakah status kita sekarang. Dimanakah status kita? Adakah kita emas atau batu tersebut..
Marilah kita menjadi “anak emas” yang bernilai, kerana hanya benda yang tinggi nilainya layak untuk syurga Allah.

Hindarilah dari menjadi “anak batu” seperti si Tanggang kerana batu itu bahan bakar api neraka.

Ingatlah pepatah “What goes around comes around” kerana kita semua bakal menjadi ibubapa dan bakal menjadi tua..
Semoga menjadi renungan bersama..

BIAR AKU DIHUKUM DI DUNIA ..DARI MERANA DI AKHIRAT....


Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.
“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang berada di situ.
“Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”
Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.
Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”
Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas.
Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”
Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar!
Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata,

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”


Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,

“Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

BER USWAH(TELADAN) DENGAN NABI MUHAMMAD SAW


Sahabatku, kita punya cara untuk mengenang orang paling mulia di dunia, Nabi Muhammad SAW. Catatan ringkas ini semoga menjadi renungan buat kita. Berteladan kepada Nabi SAW. Baginda sejatinya uswah, pasti tidak akan membuat kita kecewa!

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Nabi SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila belum tersaji makanan karena masih dimasak, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Aisyah menceritakan bahwa kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudahnya.

4) Pernah baginda pulang menjelang pagi hari. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Namun dilihatnya tiada apa pun yang tersedia untuk sarapan. Bahkan bahan mentah pun tidak ada kerana ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya Nabi saw sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas lelaki itu menjawab dengan gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang juga, jadi aku pukul dia.” Jelas lelaki itu.

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi SAW.

“Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

6) Kemudian Nabi SAW bersabda, “Sebaik-baik suami adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhu’nya beliau dalam posisinya sebagai kepala keluarga langsung tidak sedikitpun mengubah kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika Nabi saw menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Nabi antara satu rukun ke rukun yang lain agak melambat dan terlihat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi gemeretak seakan sendi-sendi di tubuh Nabi mulia itu bergeser antara satu dengan yang lain. Lalu Umar RA tidak tahan melihat keadaan Nabi yang seperti itu langsung bertanya setelah solat.

“Ya Rasulullah, kami melihat sepertinya engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sakitkah engkau ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat wal ‘afiat.”

“Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar suara gemeretak pada sendi-sendi tulangmu? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut beliau yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil, untuk menahan rasa lapar beliau. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi gemeretak setiap kali bergeraknya tubuh beliau.

“Ya Rasulullah! Apakah saat engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kemudian kami tidak akan mengusahakannya buat engkau?’

Lalu Nabi SAW menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?

Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Nabi SAW pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Bagindapun hanya diam dan bersabar ketika kain serbannya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Begitupun dengan penuh rasa kehambaan beliau membersihkan tempat seorang arab Badwi membuang air kecil di dalam masjid sebelum beliau tegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa penghambaan yang sudah menghunjam dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ingin diistimewakan (dipertuan).
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuk baginda merasa lebih dari yang lain, ketika di depan keramaian (publik) mahupun saat seorang diri.

12) Pintu Syurga terbuka seluas-luasnya untuk Nabi, namun beliau masih tetap berdiri di sepinya malam, terus-menerus beribadah hingga pernah beliau terjatuh lantaran kakinya bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?” Jawab baginda dengan lembut, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

DUNIA ITU JAMBATAN KE AKHIRAT


Diciptakan sebagai khalifah, insan hasil cantuman sperma dan ovum sememangnya adalah makhluk yang lemah. Ditambah dengan galasan ujian untuk mengesahkan imannya, tertapislah manusia itu kepada dua golongan; yang sabar lantas beriman dan yang gusar lantas ingkar. Hari-hari yang dilalui sering diselangi dengan kegembiraan dan kedukaan, tanda bahawa turun naik roda kehidupan itu bertujuan mendidik manusia. Agar bersyukur dalam kesenangan dan bersabar tika kesulitan. Itulah definisi iman yang dimanifestasi melalui perbuatan.

Mengetahui dan meyakini bahawa akhirat adalah kehidupan abadi adalah dua perkara yang berbeza. Tahu sahaja tidak cukup, andai tidak diterjemah melalui perbuatan. Realitinya hari ini kita hidup pada bayangan impian yang dikejar untuk hari esok. Cita-cita melangit pada hari depan yang belum pasti tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengingati tarikh kembali ke negeri akhirat yang abadi. Kerana itu Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyikapi kehidupan umpama seorang seorang musafir. Bersegera di waktu pagi tanpa menanti waktu petang, beramal di waktu petang tanpa bertangguh ke esok paginya!

Malang apabila yang terjadi hari ini adalah kita melanggani nikmat sihat dengan melengahkan ibadat. Hingga ketika sakit datang barulah nikmat itu diratapi pemergiannya. Begitu juga ketika tua tidak bergigi dan sendi lemah di sana-sini, usia muda mula dirindui. Parah apabila mati yang tidak mungkin akan kembali itu tiba sebelum sempat beramal ketika hayatnya!

Seharusnya dunia ini dijadikan jambatan ke akhirat sana, yang tanpanya tidak mungkin negeri akhirat akan dijejaki. Dunia inilah ladang untuk bercucuk tanam, agar seorang Muslim itu mengerti tempat kembalinya bukan di sini. Masing-masing menyiapkan jambatannya untuk menuju ke seberang. Matlamat kita yang pasti adalah berkejar ke akhirat! Mukmin yang bijak tidak akan terpedaya dengan kesenangan dunia, tidak merasa tenang dengannya dan menyiapkan diri meninggalkannya; selaras pesanan Allah ‘azza wajalla:

“Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal”
(Ghaafir:39)

Bukanlah bermaksud dengan berkejar ke akhirat itu kita meninggalkan dunia seluruhnya. Sebagai jambatan yang seharusnya dijadikan senjata untuk menyeberang ke akhirat sana, dunia harus dilayan sebagai kenderaan sebelum tiba ke negeri abadi. Apa jua yang diusahakan di dunia ini tujuannya adalah untuk dijadikan tukaran balasan baik di akhirat nanti. Dengan itu tidak mungkin seorang mukmin membuang hayatnya pada perbuatan tidak berfaedah, dengan kata lain yang tidak punya nilai saham di akhirat sana. Perkara ini hanya mampu dicapai mereka yang yakin bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. Perbuatan lebih berhak menterjemah kefahaman.

Mukmin yang merindui akhirat, makan dan tidurnya untuk akhirat. Mukmin yang mencintai syurga, pekerjaan dan ibadahnya untuk Allah semata. Mukmin yang mengharapkan ganjaran pahala akan mengelakkan diri dari aktiviti yang tidak berfaedah. Semuanya kerana mereka seakan tidak punya masa, lantaran dunia ini sementara cuma dan harus dimanfaatkan demi meraih akhirat yang selamanya.

Ingatlah ketika Adam dan Siti Hawa dijadikan di syurga kemudian diturunkan ke bumi, Allah menjanjikan manusia yang beramal soleh untuk dikembalikan semula ke syurga. Seharusnya tanah air asal manusia iaitu syurga adalah tempat yang dirindui oleh mukmin yang berakal, laksana ingin pulang ke kampung halamannya. Tetapi kebanyakan daripada kita lupa, dek kerana hasutan syaitan yang menjadi musuh yang nyata.

Pulanglah mukmin yang dijanjikan syurga, akhirat yang mewah sudah menanti sekian lama.

BERSYUKURLAH KERANA BANYAK UNTUNGNYA MENJADI ISLAM ...


1. Bila saya memberi salam kepada seseorang ( bukan hi ! atau hello ! ), saya dapat pahala.

2. Bila saya memberi senyuman kepada seseorang, saya dapat pahala.

3. Bila saya membalas “sallallahu alaihi wassalam” ketika mendengar nama Rasulullah, saya dapat pahala 10 kali ganda setiap kali.

4. Saya sembahyang bersama keluarga jika tidak dapat ke surau atau masjid, saya dapat pahala 27 kali ganda.

5. Saya ajar anak saya perkara yang baik, saya dapat pahala setiap apa yang saya ajar, apa yang mereka amalkan dan orang yang tiru apa yang anak saya amalkan.

6. Saya baca satu perkataan dari al-Quran, saya dapat pahala 10 kali ganda untuk setiap perkataan (berapa yang boleh kita dapat kalau kita baca satu muka surat).

7. Saya mulakan apa – apa perbuatan (yang baik) dengan ‘Bismillah’, saya dapat pahala.

8. Saya memakai seluar yang singkat (atas sedikit dari buku lali), saya dapat pahala (sunnah Rasulullah S.A.W. memakai seluar cara begitu).

9. Saya dapat pahala bagi setiap kutukan terhadap cara saya pakai seluar seperti sunnah Nabi S.A.W.

10. Saya menyimpan janggut, saya dapat pahala.

11. Saya memakai jubah dan kawan saya meniru saya, saya dapat pahala kerana saya pakai dan kerana mereka mengikut saya.

12. Saya membuang email yang tidak elok, saya dapat pahala.

13. Saya memikirkan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala.

14. Saya lakukan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala 10 kali ganda.

15. Saya dapat pahala bagi semua cerita yang tidak elok yang saya tidak tengok di televisyen.

16. Saya dapat pahala bagi semua lagu yang tidak elok yang saya tidak dengar di radio.

17. Saya menghantar mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

18. Saya membaca mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

19. Saya melakukan apa yang diajar dalam mesej – mesej itu, saya dapat pahala.

20. Jika saya tidak yakin dengan maklumat tersebut dan mencari kebenaran melalui sumber – sumber yang betul, saya dapat pahala.

21. Jika kawan saya amalkan mengikut maklumat yang saya hantar pada mereka, saya dapat pahala.

22. Dan jika kawan saya tadi juga hantar maklumat kepada kawan mereka, saya dapat pahala.

23. Walaupun mereka itu hanya baca dan delete selepas membaca, saya dapat pahala.

24. Saya kawal kemarahan saya, saya dapat pahala.

25. Saya belikan gula – gula untuk anak saya, saya dapat pahala.

26. Saya beli kaset atau vcd berkaitan Islam, saya dapat pahala.

27. Saya tonton bersama dengan keluarga saya, saya dapat pahala.

28. Saya amalkan apa yang cd atau vcd itu ajar, saya dapat pahala.

29. Saya takutkan Allah lalu tidak membeli cd cerita yang tidak elok, saya dapat pahala.

30. Saya tidak tonton wayang, saya dapat pahala.

31. Saya minum air dengan pegang gelas menggunakan tangan kanan, saya dapat pahala.

32. Saya pergi membeli – belah dengan menutup aurat, saya dapat pahala.

33. Saya tulis artikel agama, saya dapat pahala.

34. Anda baca artikel agama, anda dapat pahala.

35. Anda ajak kawan anda baca artikel agama, kita semua dapat pahala.

Subhanallah !!!


saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja
perkara – perkara yang kita boleh dapat pahala,
insha Allah.
Cuba fikirkan pahala yang kita dapat daripada kita
bersolat, berpuasa, mengajar, dan sebagainya.


Subhanallah!!!

Glorify Allah Always
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Lahowla wolakuwatha illa billa
May Allah make us all the winners of His Jannathul Firdaus.


Amin

BERILMU DAN BERKEDUDUKAN HANYA KERANA ALLAH

Semasa mudanya Fudhoil bin lyadl ia dikenali sebagai penyamun nombor satu. Kekejaman, ketamakan dan kesom­bongan adalah pakaian sehariannya. Namun alhamdulillah, Allah masih me­ngasihinya. Maka taubatlah beliau dan kembali ke jalan yang benar. Selanjutnya digan­tikan pakaian kekejaman, ketamakan dan ke­sombongan yang sudah lusuh itu dengan pakaian zuhud dan tanassuk (ibadah).

Suatu ketika, Khalifah Harun AlRasyid berkunjung ke rumah Fudhail bin lyadl ber­sama wazir (menteri)nya. Sesampai di rumah Fudhail, mereka mendengar suara beliau sedang membaca AlQuran. Kebetulan ayat yang dibaca bermakna, “Apakah orang-orang yang membuat kajahatan itu menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh? Iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu” (QS 45:21).

Mendengar ayat tersebut dibaca, khalifah berkomentar, “Celakalah kita kerana dosa yang kita lakukan”. Sang wazir menghujahkan kembali, “Tetapi tuanku telah melakukan banyak kebaikan”. ltulah yang selalu diucap­kan wazir kepada rajanya: Mereka lebih takutkan raja berbanding kepada Allah. Tetapi kita akan melihat nanti apa yang diperkatakan Fudhail. Dialah orang yang tidak takut kepada raja tapi hanya takut kepada Allah.

Wazir: “ Hai Fudhail!” (sambil me­ngetuk pintu).
Fudhail: “Masuklah kalau kamu ada hajat!”
Wazir: “Sambutlah kedatangan amirul mukminin!”
Fudhail: “Aku tidak memerlukan amirul mukminin! Yang aku perlukan adalah kholiq (pencipta) amirul mukminin dan roziqnya!”
ArRasyid: “Assalamualaika ya Fu­dhail!” (sambil menjabat tangan Fudhail)
Fudhail: “Wa ‘alaika wa ‘alal mu’minis salam. Halus sungguh tanganmu hai Amirul mukminin, aku khuatir daging dan lemak yang ada di tangan ini akan terpanggang api Jahannam. Bersedialah untuk menjawab di mah­kamah Allah nanti. Anda akan diadili sen­dirian tanpa pengawal dan bebananmu berat”. (mendengar ucapan Fudhail, khalifah menangis bercucuran air mata)
Wazir: “Diam kau hai Fudhail! Kau telah menyakiti hati amirul mukminin!”
Fudhail: “Diam kau Haman! Demi Allah, orang semacam kamulah yang telah menyakiti hati amirul mukminin.”
ArRasyid (kepada wazir): “Demi Allah! tidaklah dia memanggilmu Haman, melainkan dia menganggapku sebagai Fir’aun. Ya Robbi! tunjukkanlah aku jalan yang benar!”

Pada era salaf, banyak sekali tokoh ilmu yang tidak gentar menghadapi kekejaman penguasa. Mereka lebih senang menegur atau menasihati raja daripada membenarkan pendapat dan kebijak­sanaannya yang ngawur/ kabur. Meski pun sikap itu kadang-kadang mengundang risiko berat yang berupa penyiksaan atau penjara. Dan begitulah seharusnya prinsip para ulama’. Di zaman sahabat kita bertemu peribadi seperti Abu Dzar yang tidak tahan melihat kemewahan yang diper­tontonkan oleh seorang gabenor lalu berakhir dengan pengasingan beliau ke suatu tempat yang jauh terpencil. Di zaman tabi’in pula kita tidak dapat melupakan peranan Sa’id bin Jubair yang menentang kezaliman Al Hajjaj bin Yusuf, meski pun beliau harus mati di tangan gabenor Iraq yang bengis itu. Begitu pula yang terjadi di Mesir pada abad ini, Hassan AlBanna diterjang/ disiksa pengawal Farouk sehingga mati syahid, manakala Sayyid Qutb syahid di tiang gantung pada masa pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kedudukan ulama’ sebagai pewaris nabi dan penunjuk kepada orang-orang yang sesat, seharusnya berada jauh dari hamparan dunia dan perhiasannya. Mereka harus berdikari dan tidak berada di bawah struktur pemerintahan yang sering menghalang pernyataan fatwa dan ucapannya dengan ransangan-­rangsangan duniawi atau dengan ancaman. Ulama’ hanya akan berguna kepada pemerintah manakala pemerintah itu bertahkim kepada kitabullah dan sunnah rasul, dan pemimpin­nya tunduk kepada peraturan yang sudah Allah gariskan. Yang sering terjadi, ulama’ dan penguasa laksana siang dan malam. Kalau sang siang menghampiri ke malam dia akan hilang kerana termakan oleh gelapnya malam dan begitu juga sebaliknya. Kalau mereka (ulama’) mendekati penguasa dia akan menjadi alat mereka, kerana ulama’ mengi­nginkan apa yang dimiliki penguasa dan ak­hirnya penguasa tidak memerlukan apa yang dimiliki oleh mereka (ulama’). Narnun jika ulama’ tidak memerlukan sesuatu dari pe­nguasa, nescaya penguasalah yang ­memerlukan mereka.
Oleh kerana itu, ilmu saja tidaklah cukup untuk menjadikan seseorang tunduk pada Allah. Tapi juga harus disertai dengan iman yang kuat terpatri di dalam jiwa dan terbukti dengan amal saleh.

Allah berfirman: “Allah akan meninggikan orang-orang beriman di an­taramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” (QS 58:11).

Banyak sekali ulama’ yang kita temui sekarang ini, jauh dari ajaran Allah. Keluarga mereka bagaikan keluarga kafir yang tidak menjunjung tinggi adab-adab yang diperintahkan Allah. Kehidupan mereka laksana para konglomerat yang hanya menilai prestasi lahir seperti mobil mewah, rumah yang besar, dan tanah yang luas. Padahal, kalau benar mereka ulama’ sejati, mereka harus takut dengan azab Allah yang telah disediakan untuk orang-orang yang menimbun hartanya dan tidak diinfakkan di jalan Allah.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-­benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkah­kannya di jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar de-ngannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu sim­pan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang(akibat dari)apa yang kamu simpan itu.”(QS 9:34-35).

Sekarang ini kita sangat memerlukan tokoh ulama’ yang berani berkata dan bertin­dak menjunjung Al Haq. Kita sudan bosan dengan orang-orang yang mengaku sebagai ulama’ tetapi hidupnya tidak lebih daripada parasit yang merosakkan pohon umat yang besar. Mereka rosakkan pohon itu sehingga menjadi kering kontang, tidak mengha­silkan buah juga tidak boleh menjadi tempat berteduh bagi orang yang memerlukan­nya.

Kita tidak memerlukan ulama’ yang hanya asal bunyi, tapi yang dinantikan sekarang ini adalah ulama’ pelopor, yang bekerja mema­kai manhaj ilahi dan sunnah Muhammad SAW.

“Ya Allah… utuskanlah kepada kami pemimpin yang engkau redhai, kirimkan kepada kami seorang khalifah yang akan menegakkan kitab suciMu. Kami tahu, kami harus bekerja dan berusaha, maka ampunil­ah segala kekurangan kami…”


Adapun ditamsilkan bahawa terdapat seekor rusa jantan yang sangat cantik. Rusa itu berjalan-jalan sendirian jauh daripada kelompoknya yang lain. Tatkala tekaknya berasa kering, Sang Rusa pun menghampiri sebatang sungai dan minum air di dalamnya. Kemudian Sang Rusa terpandang bayang-bayangnya di permukaan air.

“Alangkah cantiknya rupa parasku ini. Sungguh! Aku kagum dengan tandukku yang bercabang-cabang ini. Ia melambangkan kemegahanku,” puji Sang Rusa terhadap dirinya.

Sang Rusa kemudian merenung kakinya lantas berkata.

“Oh tuhan! Engkau sungguh tidak adil. Setelah engkau ciptakan rupa yang cantik kepadaku, kemudian engkau cacatkan diriku dengan mengurniakan kaki yang kurus dan kecil ini. Alangkah tidak sesuainya ciptaan kaki ini dengan diriku!” rungut Sang Rusa yang jelas tidak menyukai bentuk kakinya itu.

Tiba-tiba Sang Rusa terdengar ngauman harimau di belakangnya. Sang Rusa menoleh dan mendapati Sang Harimau sedang menghampirinya. Tanpa membuang masa, Sang Rusa berlari sepantas yang mungkin. Dengan mudah Sang Harimau jauh ketinggalan di belakang.

“Oh tuhan! Nasib baik kakiku ini kecil. Mudah untuk aku berlari laju menyelamatkan diri,” bisik Sang Rusa penuh gembira.
Sang Rusa akhirnya tiba di sebuah hutan yang penuh dengan ranting dan dahan pokok yang bercabang-cabang. Sang Rusa cuba untuk menyelit di sebalik dahan-dahan tersebut tetapi malang tidak berbau, bala pula menimpanya. Tanduk yang dibangga-banggakannya selama ini telah menyebabkan dirinya tersekat dengan dahan-dahan tersebut. Lantas, Sang Harimau mengambil peluang itu untuk menerkam mangsanya.

Moral dari Tamsilan Kisah Rusa


Tuan-tuan sekalian,

Ini merupakan gambaran biasa manusia di zaman kerosakan umat ini. Inilah manusia! Makhluk yang bergelar manusia ini sentiasa berbangga dengan kemegahan yang dimilikinya.

Ya, Sang Rusa telah salah sangka! Kakinya yang kecil yang membuatnya berasa rendah diri telah menyelamatkan dirinya dari dikejar Sang Harimau. Namun, tanduknya yang bercabang indah itu pula yang mencelakakan dirinya, tersangkut di dahan pokok.

Kaki rusa digambarkan sebagai amalan soleh manusia. Solat kita, zikir kita, bacaan Quran kita, sedekah kita, dan banyak lagi amalan soleh yang dipandang enteng di mata kita. Kita menganggap amalan soleh tidak penting. Tetapi ingat! Ingat! Ingat! Amalan soleh itulah yang menyelamatkan kita daripada azab kubur dan azab api neraka kelak.

Adapun tanduk rusa menggambarkan perhiasaan dunia. Manusia ini mudah alpa. Manusia terlalu berbangga dengan perhiasaan dunia (harta, pangkat, dan wanita). Manusia terlalu leka dengan tipuan dunia sehingga mereka berusaha keras untuk memiliki dunia. Akhirnya, kelalaian mereka ini menyumbang malapetaka tatkala Malaikat Maut mencabut nyawa mereka.


Ayuh tuan-tuan sekalian,

Aku mengajak diriku serta kalian untuk mengambil iktibar dari cerita ini. Jadikanlah amalan soleh sebagai darah daging kita. Oh, jangan kita leka dengan dunia yang sementara ini! sehingga kita terlupa mengejar kebaikan yang menyelamatkan kita di dunia yang kekal abadi di sana.

BERPESAN LAH AKAN KEBENARAN DENGAN LEMAH LEMBUT


SAYA berpesan hendaklah kamu selalu meniatkan yang baik-baik saja bagi seluruh kaum muslimin. Cintailah mereka apa yang kamu cintai untuk dirimu sendiri, dalam urusan duniawi maupun ukhrawi, dan tidak menyukai sesuatu yang menimpa mereka sebagaimana kamu tidak menyukai hal itu menimpa dirimu sendiri.

Berdialoglah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang baik yang tidak mengandung pelanggaran (atas hak mereka). Ucapkan salam kepada mereka bila saja kamu bertemu mereka. Bersikaplah selalu rendah hati, lemah lembut dan penuh kasih sayang terhadap mereka.

Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada siapa-siapa yang berkelakuan baik, dan upayakanlah agar memaafkan siapa-siapa yang berkelakuan buruk. Berdoalah bagi mereka yang berbuat dosa agar Allah SWT memberikan kemudahan kepada mereka untuk segera bertaubat. Dan berdoalah bagi mereka yang telah berbuat kebaikan agar Allah SWT menganugerahkan sifat istiqomah atau konsisten dalam melakukan kebaikan-kebaikan sampai akhir hayat. (Amiin)

Peliharalah hatimu masing-masing dari niat atau bisikan-bisikan hati yang tercela, dan bersihkanlah dari noda-noda akhlak yang buruk. Berupayalah mencegah terlibat setiap anggota tubuhmu dalam kegiatan bermaksiat atau berdosa.
Lebih-lebih lagi dalam hal menjaga dan memelihara lidah dari bicara-bicara yang terlarang atau sia-sia, terutama yang bersifat umpatan terhadap sesama muslim. Begitu besar dosa ghibah sehingga dinyatakan bahwa dosanya lebih besar daripada dosa perzinaan.

Dan jika sampai ke pendengaranmu tentang suatu perbuatan buruk dari seseorang di antara mereka (kaum muslimin), sedangkan kamu mampu untuk menasihatinya, maka lakukanlah. Atau jika tidak, jangan sekali-kali menyebutkan tentang keburukannya itu di hadapan orang lain, sehingga dengan demikian kamu telah melakukan dua keburukan sekaligus, iaitu pertama dengan tidak memberikannya nasihat, kedua mengucapkan sesuatu yang buruk berkenaan dengan pribadi seorang muslim.

Saya berpesan hendaknya kamu tidak merasa dirimu lebih baik dari orang lain. Apabila perasaan seperti itu terlintas dalam hatimu, sedarlah dengan segera, betapa kamu sudah seringkali melakukan kesalahan-kesalahan di masa lalu.
Bagaimanapun juga seorang yang berakal sihat pasti mengetahui bahwa dirinya sendiri penuh dengan berbagai aib dan kesalahan. Maka hendaknya ia menyakini hal itu dan tidak meragukannya sedikitpun.

Tidak sepatutnya ia menuduh siapa pun dengan keburukan yang belum tentu ada padanya. Sebab dari apa yang kamu ketahui dari saudara-saudaramu adalah berdasarkan prasangka dan dugaan semata-mata. Sedangkan prasangka adalah ucapan-ucapan yang paling banyak mengandung kebohongan.

Disamping itu mungkin saja terdapat alasan-alasan pemaafan berkaitan dengan sebagian keburukan yang diperkirakan seperti itu. Walaupun demikian tidak sepatutnya seseorang membuka pintu pemaafan bagi dirinya sendiri, mengingat hal itu akan membuat hati lebih cenderung kepada penyia-nyiaan waktu dan terjerumus lebih dalam lagi dalam lembah-lembah syahwat hawa nafsu.

[Wasiat-Wasiat Habib Abdullah Al-Haddad, Al-Allamah Al-Habib Abdullah Al-Haddad]

JADILAH SALESMAN BERJAYA ....


Abang, boleh saya cakap dengan abang sikit?"
"Kau dah cakap pun dengan aku, tanpa izin pulak tu."
"Err.. erk?? .. hehe," tersengih kambing
"Hah! Apa kau nak? "
"Bang dengar dulu saya cakap bang! Saya ada barang nak tunjuk kat abang. Tak beli pun tak pa bang! Dengar je dulu."
"Minta maaf saya tak berminat. Titik! "
Mesti semua pernah nampak situasi ni bukan? Ataupun sendiri pernah lalui situasi ini. Kalau pun tidak sebagai penjual, sekurang-kurangnya sebagai pembeli ye tak?
Sedar atau tidak pekerjaan ini tidak ada bezanya dengan tugas kita ( yang mengaku da'ie ) dalam pelbagai konteks.

Cumanya kita telah dibekalkan oleh Allah dengan produk yang terbaik yang tidak ada cacat cela mahupun reject kilang atau sebagainya iaitu Islam.

Yang tinggal cumalah kita sebagai 'jurujual' bagaimana untuk kita mempromosi produk terbaik ini supaya semua orang dapat memilikinya. Bagaimana kita memberi tahu kepada orang ramai bahawa produk ini adalah yang paling berkualiti berbanding produk lain yang sejenis dengannya. Laris atau tidak semuanya bergantung kepada si penjual. Ya, kita! Adakah kita layak menerima komisyen yang banyak? Semua bergantung kepada usaha kita dan juga budi bicara pengarah syarikat kita iaitu Allah.

Fitnah Yang Lain
"Bang beli produk saya bang."
"Erm... Amende yang ko jual ni?"
"Ni bang pil kurus cap 'GEMOK' memang baik bang!"
"Eh, ko satu syarikat dengan Meon kan? Eh, tak jadi lah nak beli. Dia tu dulu penipu besar barang yang dia jual semua dah basi. Cirit birit aku dibuatnya."
Dalam situasi ini kita dapat lihat bagaimana orang yang sekapal dengan kita telah memberi tanggapan awal yang buruk sehinggakan menyusahkan penjual-penjual yang lain untuk mempromosi produk mereka. Golongan-golongan inilah yang selalu memberi masalah kepada da'ei yang lain yang terkena tempias sikap buruk mereka.

"Eleh. Dia tu sekolah agama pun buat jugak. Takkan aku tak boleh kot."
Ini adalah hakikat. Walaupun kadang-kadang kita merasakan tanggapan ini tidak adil tapi pandangan masyarakat mengatakan demikian. Golongan yang dilabel sebagai pengguna produk yang sudah lama sering dijadikan kayu ukur. Ingin membeli produk apa pun, kita mestilah nak melihat testimoni bukan? Kalau testimoni pengguna pun buruk, adakah anda mahu membelinya?
Ingatlah, Islam itu sudah banyak terfitnah oleh umat Islam itu sendiri. Bersihkanlah karat-karat fitnah itu biar sampai kilauan Islam itu bersinar semula.

Usaha Yang Gigih
Sebuah syarikat mensasarkan kutipan jualan pada satu-satu tempoh mestilah melebihi 200 unit. Jadi mahu atau tidak mahu jurujual-jurujual ini mestilah berusaha gigih untuk mencapai target tersebut walau apa cara sekali pun kerana itu adalah tuntutan. Ini disebabkan boleh jadi mereka akan dipecat sekiranya tuntutan yang diletakkan tidak dapat dipenuhi dan ini menyebabkan punca pendapatan mereka terjejas.

Begitulah juga kita sebagai da'ei mestilah menyedari bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan. Usaha yang diletakkan mestilah seolah-olah apabila tuntutan itu gagal, kita akan mengalami suatu kerugian yang besar seperti mana seorang jurujual yang dipecat dari kerjanya.

Masa
Cuba anda perhatikan rata-rata jurujual terpaksa menjelaskan kelebihan produk mereka dalam masa yang sangat singkat. Peluang yang ada terpaksa mereka gunakan sebaik mungkin untuk mempromosi barangan mereka kerana waktu yang singkat itulah penentu kelarisan produk mereka.

Cuba kita renung-renungkan kembali. Berapa banyak masa yang kita ada, digunakan untuk mempromosi agama kita sendiri. Kalau anda sudah berumur 21 tahun, berapa banyak waktu dari umur itu digunakan dalam jalan dakwah. Berapa seriuskah kita menggunakan masa yang diberi oleh Allah semaksima mungkin untuk mempromosi 'produk' terbaik ini?
Lakukanlah semaksima mungkin kerana kita tidak tahu bilakah limitasi masa yang kita ada kerana boleh jadi hari esok kita akan diseru ke HQ dan ditanya mengenai hasil jualan kita.

Sendirian Atau Berkumpulan
Sebuah syarikat yang berjaya dan mestilah mempunyai satu organisasi yang tersusun. Menjadi satu kemestian mereka mesti bergerak berkumpulan dan memanfaatkan setiap kepakaran yang ada dalam setiap ahli agar keberkesanan gerak kerja dapat ditingkatkan.

Kerjasama. Itu adalah satu kunci yang sangat penting. Tanpa kerjasama perkara semudah mengangkat tangan pun kita tidak mampu untuk lakukan. Bagaimana bicep brachii bekerjasama dengan tricep dalam satu bentuk kerjasama yang harmoni, begitu jugalah kita sebagai da'ei semestinya bergerak dalam satu organisasi yang tersusun. Seumpama sebuah kereta yang mana keempat-empat tayarnya bekerja sama untuk menampung beban yang ada lantas mewujudkan keseimbangan seterusnya melancarkan pergerakan kereta tersebut, sama jugalah situasinya dengan kita.

Cara yang diguna mungkin berbeza, sesuai dengan kelebihan masing-masing. Tapi biarlah ia bergerak secara sinergi dan menuju matlamat yang sama.

Bukankah Megazord Power Rangers pun bergabung?

Pekerja Contoh
Jadi untuk menjadi seorang da'ei yang berjaya tidak boleh tidak kita mestilah mempunyai seorang idola. Maka idola yang terbaik semestinya junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Kita sendiri boleh perhatikan bagaimana taktik 'promosi' yang baginda gunakan dari seringkas-ringkas senyuman sampailah ke medan perang. Semuanya dilakukan supaya risalah dakwah ini dapat disebarkan.

Maka ambillah taktik-taktik dan teknik yang ada ini dan aplikasikanlah dalam gerak kerja kita. Kerana ia telah terbukti berkesan!

Kesimpulan
Kebanyakkan dakwah pada hari ini telah di eksklusifkan dan berlegar-legar dalam golongan-golongan yang tertentu iaitu ulama',mufti,ustaz dan golongan2 agama sahaja sedangkan semua muslimin muslimat berhak mengambil bahagian demi islam yang makin lama makin hilang dek zaman .....Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua..... Oleh itu berdakwahlah bukan sahaja kepada mereka yang mahu malah luaskanlah kepada mereka yang perlu

SEORANG LELAKI DAN IBLIS BERTARUNG ....


Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang takwa dan tawakal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus di banteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang di asahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.

Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah- sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."

"Tidak boleh, kemungkaran mesti di banteras," jawab si alim bersikap tegas.

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta- minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jangan lanjutkan."

"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan,"Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barang siapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Muslim

SEMOGA CINTAKU PADANYA SAMPAI KE SYURGA ...


“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, “Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.

“Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.

Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana?” jawabnya.
“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?” tanya pemuda lagi.

“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin

Jumaat, 18 November 2011

Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Dalam Isu Takfir


Budaya takfir (kafir mengkafir) adalah sesuatu yang membawa akibat yang amat buruk terhadap kesatuan umat Islam. Ianya menimbulkan perpecahan, fitnah dan musibah yang dahsyat sehingga boleh terjadinya pertumpahan darah antara sesama muslim. Di samping itu di sisi syari‘at Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
Isterinya tidak dihalalkan lagi bagi dirinya (yang telah kafir), diharamkan untuk isterinya berada di sampingnya dan anak-anaknya berada dibawah penjagaannya.
Bagi yang telah dituduh kafir, maka seharusnya dia dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukum murtad ke atasnya setelah diajukan hujjah dan bukti keterangan akan kekafirannya.
Bagi mereka yang telah jatuh kafir, apabila mereka meninggal dunia maka tidak berlaku lagi hukum-hukum yang diwajibkan ke atas seorang muslim seperti dimandikan jenazahnya, disembahyangkan jenazahnya, mayatnya tidak boleh dikuburkan di kawasan perkuburan Islam dan hartanya tidat dapat diwarisi oleh ahli keluarganya.
Sesiapa yang telah kafir maka dia layak untuk mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kekal selama-lamanya di dalam neraka jahannam.
Memandangkan betapa beratnya implikasi mengkafirkan seorang muslim yang lain, Islam melarang keras budaya takfir. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.[1]

Apakah ada kata-kata cemuhan dan ejekan yang lebih buruk selain dari menggelarkan seseorang itu dengan panggilan kafir? Maka amalan pengkafiran bukan sahaja dilarang oleh syari‘at tapi ianya juga adalah satu tindakan yang amat zalim. Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara dan tidak selayaknya bagi kita terjebak dalam perbuatan kafir-mengkafirkan terhadap saudara kita yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam:

Seorang muslim adalah saudara bagi Musim yang lain, tidak boleh dia menzaliminya dan menjerumuskannya ke dalam kebinasaan.[2]

Kezaliman yang paling melampau dan kebinasaan yang paling meranapkan adalah tatkala seorang Musim mengkafirkan saudaranya yang lain. Demi mengawal tindak tanduk seorang muslim dari bermudah-mudahan dalam mengkafirkan saudaranya yang lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian.[3]
Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya.[4]

Dengan ini dapat kita fahami bahawa menuduh seorang muslim yang lain sebagai kafir mendatangkan risiko yang amat merbahaya iaitu boleh menyebabkan si penuduh jatuh kafir apabila yang tertuduh bebas daripada tuduhan tersebut. Oleh itu ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah amat berwaspada serta tidak terburu-buru dalam isu pengkafiran.

Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali rahimahullah telah berkata dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-I’tiqad, ms. 269:

Sesuatu yang patut kita berhati-hati adalah masalah pengkafiran, selagi mana ada jalan untuk berhati-hati. Ini kerana menghalalkan darah dan harta orang yang sembahyang menghadap kiblat dan yang mengikrarkan kalimat “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah” adalah suatu kesalahan dan kesalahan membiarkan seribu orang kafir hidup adalah lebih ringan daripada kesalahan kerana menumpahkan darah seorang muslim.[5]

Mengkafirkan seorang muslim yang lain diumpamakan dengan membunuhnya. Ini sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alla’ bin Ziyad, seorang tabi’in yang mulia,
“Tidak ada bezanya antara kamu mengkafirkan seorang muslim dengan membunuhnya.[6]

Oleh itu ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sentiasa berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman kafir terhadap muslim yang lain. Persyaratan yang amat ketat telah digariskan sebagai langkah untuk mengelakkan amalan pengkafiran berlaku secara berleluasa tanpa kawalan.

Definisi kafir dan jenis-jenisnya.
Kafir menurut bahasa bermakna menutupi. Oleh itu seorang yang terkeluar dari agama Allah ini digelar kafir kerana dia telah menutupi kebenaran atau kerana kekafirannya itu, dia menutupi apa yang sepatutnya dia imani. Kafir menurut syari‘at terbahagi kepada dua iaitu kafir akbar (besar) dan kafir asghar (kecil).

Pertama: Kafir akbar
Ini adalah bentuk kekafiran yang menyebabkan pembuatnya kekal dalam neraka selama-lamanya. Kafir akbar terbahagi kepada 5 jenis:

a) Kafir Takzib (pendustaan) – Kekafiran jenis ini berbentuk mendustakan ajaran yang dibawa oleh para Rasul. Mereka mengingkari ajaran para Rasul dengan lidah dan hati mereka. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keterangan-Ku dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?”[7]

b) Kafir iba’ wal istikbar (keengganan dan kesombongan) – Ada sesetengah manusia yang sebenarnya hati mereka mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi enggan untuk patuh kepadanya kerana kesombongan. Kekafiran ini adalah sama seperti kekafiran iblis. Iblis tidak menolak kebenaran Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Rabb yang berhak disembah dan dipatuhi perintah-Nya. Namun penentangan iblis adalah disebabkan kesombongannya. Sikap iblis ini adalah sebagaimana yang telah dihuraikan dalam al-Qur’an:

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.[8]

c) Kafir I’radh – ertinya berpaling dengan pendengaran dan hatinya dari ajaran para Rasul, tidak membenarkan dan tidak pula mendustakannya, tidak mencintainya dan tidak pula memusuhinya serta sama sekali tidak mahu memperhatikan dan mendengar kepadanya. Perilaku ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla:

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.[9]

d) Kafir Syak (keraguan) – Ini adalah golongan yang senantiasa di dalam keraguan akan kebenaran ajaran para Rasul.

e) Kafir Nifaq – Iaitu menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan namun hatinya kafir (orang munafiq). Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.[10]



Kedua: Kafir Asghar
Apabila seseorang itu tidak membuat sesuatu perintah agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan kewajipan perintah tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini akan kewajipan membayar zakat harta tahunan, akan tetapi kerana leka mengejar kehidupan duniawi dia tidak membayar zakar tersebut. Maka orang ini tidak dihukum kafir.
Demikian juga, apabila seseorang itu tidak meninggalkan sesuatu larangan agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan keharaman perkara tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini keharaman hukum minum arak, akan tetapi oleh kerana keterbiasaannya minum sekian lama, dia mendapati sukar untuk menukar tabiat tersebut melainkan bertahap-tahap. Maka orang ini tidak dihukum kafir.

Inilah yang dimaksudkan dengan kafir asghar. Kafir ini tidak mengeluarkan pembuatnya dari agama (masih termasuk dalam golongan yang beriman) dan tidak kekal dalam neraka. Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam kitabnya Fiqh al-Akbar (ms. 102):

Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir.[11]

Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah:

Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat kerana dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.”

Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah melanjutkan:

Maksud beliau (yakni Imam Abu Ja’afar al-Thahawi), sesungguhnya Ahlus Sunnnah Wal Jama’ah tidak mengkafirkan seorang Muslim yang bertauhid, beriman kepada Allah dan hari akhir. Mereka tidak dikafirkan kerana perbuatan yang mereka lakukan, iaitu dosa seperti zina, minum khamar (arak), riba’, derhaka kepada orang tua dan sejenisnya, selama pembuatnya tidak menganggap halal perbuatannya. Namun apabila pembuatnya menganggap halal perbuatannya, maka mereka termasuk kafir kerana statusnya telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya serta keluar dari agama. Apabila mereka tidak menganggap halal perbuatan dosanya, maka mereka tidak dikafirkan menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka dianggap seorang mukmin yang lemah imannya...[12]

Hal ini termasuklah tindakan kebanyakan pemerintah negara Islam pada zaman kini yang tidak melaksanakan hukum Allah. Berkata Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salaam dalam kitabnya Syarhul Aqidah ath-Thahawiyah (ms. 323-324):

Di sini wajib untuk kita berfikir (secara cemerlang) bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah kadang-kadang boleh menjadi kafir yang mengeluarkan pembuatnya dari Islam (kafir akbar) dan kadang-kadang boleh menjadi maksiat besar atau kecil atau boleh jadi kafir majazi atau kafir asghar (kecil), yang demikian sesuai dengan keadaan hakim/perlaksanaan hukum itu.

Apabila dia meyakini bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah adalah tidak wajib dan bahawa dia diberi kebebasan (untuk berhukum dengannya atau tidak) atau dia menghina hukum Allah bersamaan dengan keyakinannya bahawa ia adalah hukum Allah, maka ini adalah kafir akbar.

Apabila dia meyakini wajib berhukum dengan apa yang diturunkan Allah dan dia mengetahuinya tapi dia berpaling darinya, bersamaan dengan pengakuannya bahawa dia berhak mendapat hukuman (atas perbuatannya berpaling dari hukum Allah), maka orang ini telah berbuat maksiat dan ini dinamakan dengan kafir majazi atau kafir asghar.[13]



Beberapa syarat pengkafiran:
Seperti mana yang disebut di permulaan risalah ini, para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah amat berwaspada dalam menghukum kafir terhadap seseorang individu muslim. Mereka telah menggariskan beberapa syarat yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum kafir. Syarat-syarat tersebut adalah:

Pertama: Baligh dan berakal.
Orang yang belum baligh (kanak-kanak) dan orang yang tidak sempurna akalnya tidak dijatuhkan hukuman. Ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Diangkat pena (tidak dicatit kesalahan) dari tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga terbangun dan orang gila hingga sedar.[14]

Ibnu Qudamah rahimahullah dalam kitabnya al-Mughni (jld. 12, ms. 266) berkata:

Hukum murtad tidak berlaku bagi orang yang tidak berakal seperti anak kecil, orang gila, atau orang yang hilang kesedaran akibat pengsan, tidur, sakit, dan minum ubat yang boleh diminum.[15]

Kedua: Perbuatan kafir dilakukan dengan sengaja.
Ucapan atau perbuatan yang membawa kepada kekafiran hendaklah dilakukan dengan kerelaan hati atau kehendak sendiri. Ia bukan satu perbuatan yang terpaksa, tak sengaja, terlanjur atau di luar kawalan seperti disebabkan oleh kegembiraan atau kesedihan yang amat sangat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[16]
Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman.[17]

Sabda Nabi saw shallallahu ‘alaihi wasallam :

Allah sangat gembira tatkala hamba-Nya bertaubat, melebihi kegembiraan di antara kalian yang kehilangan kenderaannya di padang pasir yang membawa makanan dan minumannya. Maka apabila dia telah berputus asa darinya (mencari kenderaanya tunggangannya itu) lalu dia mendatangi sebuah pohon untuk berteduh, dalam keadaan putus asa tiba-tiba kenderaan itu berdiri di sisinya.

Maka langsung dia pegang talinya dengan rasa gembira lalu berkata : “Ya Allah, Engkau hambaku dan aku adalah tuhan Mu.” Dia salah dalam berkata kerana kegembiraan.[18]


Ketiga: Ditegakkan hujah ke atasnya.
Tidak boleh menghukum kafir ke atas seseorang selagi mana belum ditegakkan hujah ke atasnya bahawa perbuatannnya boleh mengakibatkan kekafiran. Lebih dari itu, hujah yang ditegakkan hendaklah dalam bentuk yang jelas dan padu, lengkap dengan dalil-dalilnya, sehingga dia dapat memahaminya dengan baik. Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa (jld. 12, ms. 501):

Ucapan (yang mengakibatkan) kafir mungkin saja datang dari orang yang belum sampai kepadanya nas (hujah dan dalil) untuk mengenali kebenaran. Atau boleh jadi telah sampai (nas tersebut) tetapi hujah tersebut dipandang tidak benar atau belum mungkin baginya untuk memahaminya atau ada syubhat dalam proses memahami kebenaran. Maka dalam kondisi seperti ini Allah memaafkan…… inilah manhaj para sahabat radhiallahu 'anhum dan para ulama’ sunnah.[19]

Beliau meneruskan (Jld. 12, ms. 523-524):

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya secara mutlak dan tidak tahu kebenaran secara rinci, tidak boleh dihukum kafir sehingga telah ditegakkan hujah bahawa tindakannya tersebut kafir. Sebab banyak orang terkadang salah dalam memahami al-Qur’an atau salah tafsir, maka kesalahan dan lupa diangkat dari umat ini dan penghukuman kafir hanya terjadi setelah ada penjelasan.[20]


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

...Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).[21]

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[22]


Abdullah bin Auf radhiallahu 'anh pernah menceritakan:

Tatkala Mu’adz datang dari Syam, beliau terus sujud kepada Nabi. Maka Nabi bertanya: “Apa yang kamu lakukan wahai Mu’adz?” Dia berkata: “(Apabila) saya sampai ke Syam, saya dapati mereka bersujud kepada para rahib dan pendeta mereka, (maka) saya suka bila seperti itu saya dapat lakukan untukmu.”
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Janganlah kamu lakukan sedemikian, sebab seandainya aku membenarkan orang sujud kepada selain Allah, nescaya aku akan suruh wanita sujud kepada suaminya.”[23]

Dalam hadis di atas, tindakan Mu’adz radhiallahu 'anh yang sujud kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah satu tindakan yang jelas salah. Akan tetapi baginda tidak menjatuhkan hukum kepada Mu’adz, sebaliknya menerangkan kepada beliau, yakni menegakkan hujah, bahawa tindakan tersebut tidak dibolehkan.

Syarat yang ketiga ini adalah penting, khasnya orang Islam minoriti yang tinggal di sebuah negara bukan Islam. Sukar bagi mereka mempelajari ilmu-ilmu Islam kerana berjauhan dari ulama’, sukar untuk mendapatkan sumber ilmiah tentang Islam dan masyarakat Islam di sekelilingya juga terdiri dari mereka yang kurang pengetahuannya dalam hal-hal agama. Maka orang Islam minoriti ini tidak dihukumkan kafir seandainya melakukan perbuatan yang pada asalnya boleh membawa kepada kekafiran.

Tidak ketinggalan ialah orang Islam yang duduk di dalam negara yang majoriti penduduknya adalah orang Islam. Akan tetapi mereka tetap terhindar daripada ilmu-ilmu agama yang sebenar disebabkan beberapa faktor penghalang seperti para ulama’ yang tidak jujur mahupun memiliki ilmu yang sahih. Mereka ini juga tidak dihukum kafir seandainya melakukan perbuatan yang pada asalnya boleh membawa kepada kekafiran.
Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaran-Nya) serta taatlah (akan perintah-perintah-Nya).[24]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.[25]

Berdasarkan ayat-ayat di atas, Allah tidak membebani seseorang melainkan yang terdaya olehnya. Oleh itu seandainya seseorang itu telah berusaha sedaya upaya untuk mencari kebenaran dalam Islam namun masih terdapat kekurangan atau kesilapan tanpa disengajakan, sehingga dia melakukan perbuatan yang kafir, Allah tidak akan menghukumnya, malah mengampuni kesalahannya.


Keempat: Perbuatan diukur dari segi zahirnya.
Setiap orang Islam diadili berdasarkan apa yang terlihat pada zahir dirinya. Antara kaedah yang penting di sini adalah: “Sesungguhnya hukum-hukum itu dilihat dari zahirnya dan Allahlah yang akan menghukumi batinnya.” Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal).[26]

Senada dengan ayat di atas adalah hadis berikut dari Usamah bin Zaid radhiallahu 'anh:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menghantar kami pada satu peperangan, pada pagi hari kami menyerbu al-Huraqaat (nama sebuah kabilah) dari kabilah Juhainah. Maka aku bertemu dengan seorang lelaki lalu dia berkata: “Laa ilaha illallah” kemudian aku menusuknya (membunuhnya).

Akan tetapi aku merasa ada sesuatu dalam hatiku dari kejadian itu, lalu aku menceritakannya kepada Rasuliullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda berkata: “Apakah dia telah mengatakan Laa ilaha illallah kemudian kamu membunuhnya?” Aku menjawab: “Ya wahai Rasulullah, sesungguhnya dia mengatakan hal itu hanya kerana takut kepada pedangku.:

Baginda bertanya (menandakan kesalahan tindakan Usamah): “Tidakkah kamu membelah dadanya sehingga kamu mengetahui apakah benar-benar dia mengatakannya (dengan jujur) atau tidak?”[27]

Berdasarkan ayat dan hadis di atas, maka sewajarnya bagi kita tidak bermudah-mudah dalam mengkafirkan orang lain selagi mana zahirnya masih menunjukkan bahwa dia seorang muslim. Sebagai contoh, tidak sewajarnya kita mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum hudud atau bertindak zalim selagi mana pada dirinya terdapat ciri-ciri orang Islam, khasnya ciri mendirikan sembahyang. Ini sebagaimana pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kezalimannya), maka barangsiapa mengingkarinya (bererti) dia berlepas diri dan barangsiapa membencinya (bererti) dia selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya (bererti) mengikutinya. Para sahabat bertanya: “Apakah tidak kita perangi mereka (pemimpin tersebut)?” Baginda menjawab: “Jangan, selagi mana mereka masih sembahyang.”[28]


Kelima: Kekafiran memiliki cabang-cabangnya.
Sebagaimana iman memiliki cabang-cabangnya, kekafiran juga memiliki cabang-cabangnya. Di antara cabang-cabang kekafiran ada yang boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam dan ada yang tidak. Contohnya mengatakan Nabi Isa ‘alaihi salam adalah anak tuhan atau tuhan itu bertiga (Trinity) jelas mengeluarkan pelakunya dari agama Islam. Manakala peminum arak atau penzina hanya dihukum sebagai seorang yang fasiq (pelaku dosa besar), namun tidak mengeluarkannya dari Islam selagi mana dia tidak menghalalkan perbuatannya itu.
Oleh itu seseorang yang terdapat dalam dirinya beberapa perbuatan dari cabang-cabang kekafiran, dia tidak boleh dihukum kafir secara mutlak dan tidak pula boleh dinamakan mukmin secara mutlak walaupun dirinya beriman kepada Allah ’Azza wa Jalla. Yang benar dia masih seorang muslim. Ini sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman.” Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, akan tetapi berkatalah, ‘kami telah Islam’ kerana iman masih belum memasuki hati kamu.”[29]


Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata:

Asal kesesatan Mu’tazilah, Khawarij dan selain mereka adalah kerana mereka menyelisihi dasar ini, mereka menjadikan iman sebagai sesuatu yang satu, bila hilang sebahagiannya maka musnahlah seluruhnya. Oleh kerana itu mereka menghukumi pelaku dosa besar sebagai tidak memiliki iman sama sekali. Mereka tidak mengatakan ada sebahagian yang hilang dan sebahagian lain yang masih tersisa, sebagaimana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Akan keluar dari Neraka barangsiapa yang hatinya ada sedikit keimanan.” Dengan demikian maka iman tidak hilang dengan hilangnya sebahagian amal.[30]


Kata Penutup.
Harapan penulis, risalah yang ringkas ini dapat menyedarkan kita semua akan sikap berhati-hati para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dalam masalah takfir. Kekafiran itu sendiri terbahagi kepada dua kategori dan sebelum seseorang itu boleh dijatuhkan hukum kafir, terdapat beberapa syarat yang perlu diperhatikan terlebih dahulu.

Hendaklah kita menyedari bahawa mengkafirkan muslim yang lain merupakan satu isu yang amat serius, sebagaimana jelas Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salam al-Hanafi dalam Syarhul Aqidah ath-Thahawiyah (jld. 2, ms. 432 & 436):

Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahawa masalah pengkafiran merupakan masalah yang sangat besar fitnah dan musibahnya, banyak perpecahan yang terjadi di dalamnya, berselisihnya hawa nafsu dan pendapat tentangnya dan telah terjadi pertentangan antara alasan-alasan mereka…… Sesungguhnya sebesar-besar bentuk kejahatan adalah menuduh individu tertentu bahawa Allah tidak akan mengampuninya dan tidak akan merahmatinya, bahkan Allah akan mengekalkannya dalam neraka (kerana yang sedemikian adalah) hukum bagi orang kafir setelah mati.[31]

Kesimpulannya, sekiranya dalam diri seseorang itu terdapat beberapa ciri kekafiran, sikap kita bukanlah mengkafirkannya tetapi berusaha mencari jalan agar dia menghindari ciri-ciri kekafiran tersebut. Berilah nasihat, tegakkan hujah dan bukalah ruang untuk dia berfikir dan berusaha mengubah diri sekalipun hanya secara bertahap-tahap. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.[32]


JANGAN EGO DALAM MEMIMPIN


Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam semesta. Selawat dan salam buat kekasih hati, Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Rasul ikutan sepanjang zaman.

Saya mengambil kesempatan pada kali ini untuk membincangkan masalah ego yang ada pada pimpinan. Samada sikap tersebut merupakan anjakan paradigma bagi golongan ini atau pun ia merupakan pemusnah hidup masyarakat.

Pada hakikatnya sikap ego memang ada dalam setiap diri manusia sama ada kaum adam mahupun hawa. Tambahan pula bagi mereka yang bergelar pimpinan dan lelaki.

Pantang kalau ditegur oleh kaum hawa.
Pantang sekali diminta berubah sikap oleh adik-adik yang masih muda.
Pantang sekiranya didahului oleh AJK atau orang bawahannya.
Setiap sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhlukNya ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan sikap ego. Kalaulah sikap ini dipandu oleh ilmu tasawuf, maka hasilnya ia akan memberikan impak maksima pada seseorang. Lebih-lebih lagi pimpinan.

Tetapi kalaulah sikap ini dipandu oleh nafsu, maka tunggulah saat kebinasaan wahai pimpinan sekalian.

Saya datangkan contoh, bagaimanakah sikap ego ini akan memberikan anjakan paradigma yang baik buat pimpinan.

Sikap ego yang ada dalam diri akan menyebabkan seseorang pimpinan itu lebih yakin dengan ucapannya di hadapan orang ramai. Ucapan yang ilmiah dan berisi akan menarik minat pendengar untuk memberi perhatian yang sepenuhnya.

Sikap ego yang ada dalam diri akan menyebabkan seseorang pimpinan itu tidak akan kalah dengan orang bawahannya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah seseorang itu akan melangkah 10 kali lebih jauh berbanding dengan orang yang berada di sekeliling. Langkah tersebut disusun rapi demi memastikan strategi yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Sikap ego yang ada dalam diri akan menyebabkan seseorang pimpinan itu bersifat dengan lebih matang. Bukan hanya sekadar sikapnya yang matang, bahkan kematangan tersebut jelas pada ucapannya, pemikiran fikrahnya, tindakan yang dilakukan dan pandangan idea yang dilontarkan.

Ego yang saya maksudkan di atas ialah ego yang dipandu oleh ilmu tasawuf yang dipelajari daripada sikap para alim ulama'. Ego tersebut bukanlah ego lakonan di hadapan masyarakat.

Tetapi sekiranya ego yang dicanai dengan angkara nafsu, tunggulah bahawa kebinasaan akan muncul tidak lama lagi.

Ego yang berjalan tanpa diiringi ilmu tasawuf, akan dikelilingi oleh segala sifat mazmumah yang dikeji. Sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur akan menyelinap masuk. Akhir sekali ia akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Saya ingin datangkan kisah yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah al-'Araf ayat 11-18.

Allah berfirman
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu wahai nabi Adam AS. Oleh itu Kami perintahkan kepada para malaikat dan iblis, sujudlah (tanda hormat) kepada ciptaan Kami ini.
Malaikat
Baiklah, kami akan ikut perintah-Mu wahai Allah.
Iblis Kami tidak akan sujud (tanda hormat) kepada ciptaan-Mu ini.
Allah berfirman Sebenarnya apa yang menghalang kamu wahai iblis untuk ikut perintah Kami?
Iblis Kenapa kami perlu sujud pada ciptaan-Mu ini padahal, kami lebih baik dan mulia jika dibandingkan dengan manusia. Kami diciptakan daripada api padahal dia ini diciptakan daripada tanah. Bukankah api itu lebih mulia daripada tanah?
Allah berfirman Baiklah, kalau begitu keluarlah kamu wahai iblis daripada syurga Kami ini. Kamu tergolong dalam golongan orang yang sesat.
Iblis Kami mohon kepada-Mu ya Allah sebelum kami keluar daripada syurga ini. Kami mohon supaya kami tidak dimatikan hinggalah hari kiamat.
Allah berfirman Baiklah, Kami perkenankan.
Iblis Disebabkan kami dihukum sesat, maka kami akan pastikan anak cucu Adam AS tidak akan mengikuti jalan-Mu yang benar.
Allah berfirman Kami akan masukkan kamu dan orang-orang yang mengikut kamu ke dalam api neraka Jahannam kelak.
Ini merupakan sikap ego tidak berilmu yang ditunjukkan oleh Iblis Laknatullah. Tidak lama selepas sikap tersebut ditunjukkan, datanglah laknat Allah SWT kepada mereka.

Kadang-kadang sikap ego ini ditunjukkan oleh orang-orang yang lebih tua. Cukup susah untuk mereka menerima pandangan dan nasihat daripada golongan muda atau pun yang bergelar adik. Tambahan pula kalau orang yang lebih muda tadi memberi arahan kepadanya. Hal seperti inilah yang sering berlaku dalam perjuangan Islam iaitu Virus Ego.

Sikap pimpinan yang selalu menidakkan pandangan ahli dan AJK juga perlu dinilai semula. Sikap menerima pandangan semua orang kemudian mengkaji buah fikiran tersebut merupakan sikap yang dianjurkan oleh agama Islam. Nabi SAW juga mengambil pandangan sahabatnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Golongan lelaki yang selalu meremehkan pandangan dan buah fikiran wanita juga perlu dihindarkan. Berkemungkinan idea yang dilontarkan oleh kaum hawa tadi lebih teratur dan tersusun berbanding kaum lelaki.

Sebab itulah kalau dilihat dalam satu kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang hukama' ketika beliau menjelaskan tentang perbezaan antara maksiat nafsu dan maksiat takabbur.

"Maksiat yang dilakukan oleh sebab nafsu mempunyai harapan untuk diampunkan oleh Allah SWT. Kerana maksiat yang dilakukan oleh Nabi Adam AS adalah maksiat yang berpunca daripada nafsu. Manakala maksiat yang dilakukan oleh sebab takabbur dan ego, tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis Laknatullah adalah maksiat yang berpunca daripada sifat takabbur dan ego".

Kita memohon kepada Allah SWT supaya menjadikan kita golongan pimpinan yang mampu memandu masyarakat ke arah memperjuangkan Islam berdasarkan semangat, ilmu dan kefahaman dalam diri. Dan kita juga memohon semoga Allah SWT menjadikan kita tergolong dalam golongan yang diganjarkan syurga di hari akhirat kelak. Amin.

Wallahu'alam...