Isnin, 23 September 2013

JIHAD YANG BENAR ADALAH JIHAD MENEGAKKAN KALIMAH TAUHID DAN DEENUL HAQ ....


"Orang-orang yang berjihad di jalan Allah Ta'ala adalah para tentera Allah yang menegakkan agama Islam ini. Mereka melawan serangan musuh-musuh Allah, menjaga kehormatan Islam, dan melindunginya. Mereka adalah orang-orang yang memerangi musuh-musuh Allah agar agama ini seluruhnya menjadi milik Allah semata dan hanya kalimat Allahlah yang tertinggi.
 
Mereka telah mengorbankan diri mereka dalam rangka mencintai Allah Ta'ala, membela agama Allah, meninggikan kalimat Allah, dan menentang musuh-musuh Allah. Mereka mendapat limpahan pahala dari setiap orang yang mereka lindungi dengan pedang-pedang mereka pada setiap perbuatan yang mereka usahakan walaupun mereka tetap tinggal di dalam rumah-rumah mereka.
 
Dengan berjihad dan usaha penaklukan yang mereka lakukan, mereka mendapat pahala orang-orang yang beribadah kerana dengan usaha merekalah orang-orang dapat beribadah kepada Allah dengan aman dan tenang." (Ibnu al-Qayyim, Thariiqul Hijratain wa Babus Sa'aadatain)
 
Tetapi perlu diingat dan diketahui bahawa perintah dan pensyari'atan jihad yang mulia ini tidak hanya datang dengan perintah tanpa kaedah dan syarat-syaratnya. Jihad di jalan Allah bukan dengan bom bunuh diri, bukan dengan memerangi orang awam tidak ketahuan hala. Tidak juga dengan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan mengganggu orang awam. Malah tidak juga dengan menaiki mimbar-mimbar masjid dengan mencaci dan mencela pemerintah Islam.
 
Lalu apakah dia jihad di jalan Allah yang sebenarnya? Jihad bukanlah dengan hawa nafsu, tetapi jihad yang benar itu adalah kerana tujuan meninggikan kalimat tauhid... 

Dalam kitab Thoriiqul Hijratain Wa Babus Sa'adatin ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan