WANITA DAN SEJARAH ISLAM MENGANGKAT MARTABATNYA ...
Pada zaman sebelum islam wanita dianggap makhluk lemah yang tidak berguna kecuali hanya untuk menjaga keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila wanita melahirkan anak yang buruk , mereka akan membunuhnya. Wanita yang subur pula akan dipinjam oleh leleki lain dari suaminya untuk melahirkan anak. Dalam masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.
Wanita dizaman Jahiliyah pada masa itu hanya mendapat penghormatan yang amat sedikit sekali dan hanya pada sebahagian kecil bangsa Arab. Ramai dari mereka yang tidak dihargai dan dianiaya.
Kelahiran anak perempuan pada sebahagian suku Arab menimbulkan kesedihan dan kehinaan dan diikuti dengan penguburan bayi hidup-hidup.
Allah SWT berfirman : “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.”
(An-Nahl:58)
“Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya ke dalam tanah (hidup-hidup)?ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman Jahiliyah sebagaimana laki-laki. Menurut Ibnu Abbas, wanita di zaman jahiliyah bila mengandung akan menggali lubang dan baring disebelahnya. Apabila lahir bayi perempuan ia akan melemparkannya ke dalam lubang itu dan menutupnya dengan tanah, sedangkan bila yang lahir adalah anak lelaki,ia pun membiarkannya hidup.
Bani Tanim adalah suku Arab yang paling bengis terhadap anak-anak perempuan. Bani Tanim menolak membayar ufti yang diwajibkan oleh Nu’man ibnul mundzir raja Hirah. Ia mengirim kepada mereka pasukan yang merampas ternak-ternak dan menawan wanita dan anak-anak mereka.
Kehinaan wanita di zaman jahiliyah arab tidak terbatas pada penguburan bayi hidup,tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan wanita.
WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dalam islam dengan jelas menerangkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Walaupun begitu agama islam menegaskan tiga aspek yang harus ditunaikan oleh kaum wanita, agar kaum wanita benar-benar menjadi insan yang solehah dan diredhai Allah SWT.
Pertama, wanita diciptakan sebagai peneteram dan penyenang hati. Seorang suami yang penat mencari rezeki diluar memerlukan belaian kasih syang seorang isteri. Apabila isteri menyambut kepulangan suami dengan senyuman ia akan dapat menenangkan hati suami yang penat bekerja.
FIRMAN ALLAH SWT “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.”
(Surah Ar Ruum ayat 21)
Tugas kedua yang harus ada dalam diri wanita solehah iaitu rasa kasih saying yang mendalam, kerana dengan kasih sayang yang ada dalam diri wanita tersebut itu akan mengukuhkan lagi institusi rumahtangga. Jika mempunyai anak, maka anak-anak akan merasa senang dan tenteram kerana sentiasa dikasihi dan disayangi oleh ibu tercinta.
Tugas ketiga yang harus dilakukan seorang wanita adalah memberikan suatu wawasan bagi kaum wanita disebalik peranan dan kudratnya sebagai isteri juga sebagai pendidik anak cucu.
Firman Allah maksudnya: “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.” (Surah An Nahl ayat 27)
WANITA SOLEHAH SEBAGAI ANAK
Memahami hak ibu bapa
Allah SWT memberikan perhatian yang sangat besar terhadap hak kedua ibu bapa, sehingga perintah memuliakan ibu bapa itu ditempatkan dalam urutan langsung setelah perintah beribadah kepada Allah dan menegaskan-Nya. Diungkapkan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah pada ibu bapa…” (Surah An Nisa' 36)
Biruul Walidain ertinya berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menunaikan hak ibu bapa dan kewajipan terhadap ibu bapa dan kewajipan terhadap mereka berdua, tetap mentaati keduanya, melakukan perkara yang membuat mereka berdua senang dan menjauhi berbuat buruk terhadap mereka. Berbakti terhadap kedua ibu bapa merupakan sesuatu ketetapan, yang harus dilakukan selagi tidak menyangkut perkara mengharamkan yang halal atau menghalalkan barang yang haram. Kerana sesungguhnya ketaatan terhadap makhluk itu tidak dibolehkan apabila menyangkut masalah derhaka terhadap maha Pencipta.
Taat kepada ibu bapa merupakan perkara wajib dan amal taqarrub yang paling diutamakan. Dan begitulah sebaliknya, iaitu menyakiti kedua ibu bapa merupakan perkara paling tercela dan perbuatan dosa paling besar.
Kewajipan berbakti kepada kedua ibu bapa telah ditetapkan oleh kitabullah, sunnah Rasul dan ijma’ul ummah. Diantara dalil yang bersumberkan dari sunnah Rasul ialah sabda Rasulullah SAW terhadap orang yang bertanya kepadanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepadaku untuk melakukannya?” baginda SAW menjawab: “Berbaktilah kepada ibumu,” kemudian baginda mengulangi perkataannya: “Berbaktilah kepada ibumu,” dan baru yang keempat kalinya baginda SAW bersabda: “Berbaktilah kepada ayahmu.” (HR: Imam Bukhari)
Abdullah Ibnu Umar telah menceritakan suatu riwayat bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Keredhaan Rabb terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Rabb terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa”
Maka amat jelas sekali seorang anak wajib menghormati kedua ibu bapa untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Jika kita sentiasa memuliakan ibu bapa doa kita akan mudah dikabulkan.
WANITA SOLEHAH SEBAGAI ISTERI
Seorang wanita harus menyiapkan dirinya menjadi wanita yan solehah. Kerana seorang lelaki yang baik pasti bercita-cita untuk mencari calon isteri yang baik pula. Kadangkala leaki jahat pun mengharapkan agar dia mendapat wanita yang baik untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik wanita antara kamu ialah yang boleh melahirkan anak, besar rasa cintanya, menyimpan rahsia, berjiwa tegas terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, bersolek untuk suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya, bila bersendirian dengan suaminya ia serahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak bersikap kasar seperti sikap seorang lelaki kepada suaminya. (Riwayat Thusiy)
Antara cirri-ciri isteri solehah ialah, pertama, patuh dan taat kepada suami yang soleh. Rumahtangga yang bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada ajaran dan perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia kepada suami.
Kepatuhan isteri terhadap suami iaitu kepatuhan yang disuruh oleh agama. Kerana suami di samping bertanggungjawab memberikan nafkah lahir dan batin ia juga bertanggungjawab membimbing isterinya. Maka isteri harus setia kepada suami yang soleh dan bersedia mengikuti segala perintahnya.
Kedua, seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah SWT agar sentiasa berada di rumahdan tidak dibolehkan pergi kemana-mana dengan sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan beerti hanya berdiam diri sahaja, tetapi mengerjakan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan melaksanakan kewajipannya.
Hikmah daripada perintah Allah SWT tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami pergi mencari rezeki. Di samping itu isteri dapat melakukan pekerjaan seperti menghias rumah, menyediakan makanan suami serta mencuci pakaian suami. Walaupun nampaknya pekerjaan itu mudah, tetapi ia sangat bermanfaat untuk menjamin keluarga tetap harmoni. Hanya kaum wanita yang dapat mengerjakannya dengan baik, kerana wanita mempunyai sifat sabar. Jika pekerjaan ini diserahkan kepada kaum lelaki, mungkin ia hanya sanggup melakukannya untuk beberapa hari saja.
Ketiga, seorang isteri wajib berhias untuk suami. Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika dirumah ia dalam keadaan yang tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal didalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan berhias ketika dirumah, iaitu agar suami merasa terhibur. Jika suami pulang dari kerja disambut oleh isteri dengan wajah berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia akan menjadi penawar bagi suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Keempat, melayani suami. Hubungan seks merupakan penawar untuk menambahkan lagi kebahahagian rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian sesebuah rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suaminya. Isteri tidak boleh menolak jika suami meinginkannya.
Seorang isteri apabila menolak permintaan suaminya maka ia akan dikutuk oleh malaikat sehingga suaminya redha kepadanya. Mungkin disaat-saat tertentu isteri dibolehkan menolaknya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan dilarang untuk melakukannya seperti sedang haid dan sebagainya.
Kelima, isteri hendaklah memakai pakaian mengikut ajaran islam. Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun tutup semuanya tatapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Allah SWT berfirman ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
Keenam, isteri yang selalu member motivasi terhadap cita-cita suami. Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami,menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarganya, maka berilah motivasi kepadanya, serta hiburknlah hatinya.
Diantara cirri-ciri isteri solehah yang lain iaitu:
1) Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami menurut kehendak Allah SWT.
2) Bersikap malu terhadap suami.
3) Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4) Berdiri tegak sebagai menghormati ketika suami datang dan pergi.
5) Sentiassa menyerahkan dirinya apabila suami memerlukannya.
6) Memakai wangi-wangian dihadapan suami.
7) Menjaga mulut dari bau-bauan yang tidak disenangi.
8) Tidak mengkhianati dan berlaku curang ketika ketiadaan suami.
9) Sentiasa menghormati keluarga suami.
10) Bersyukur diartas segala yang disediakan oleh suami.
11) Tidak berpuasa sunat kecuali dengan kebenaran suami.
12) Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
WANITA SOLEHAH SEBAGAI HAMBA
Seorang muslimah harus rindu dengan kebenaran yang telah disampaikan oleh Allah SWT. Ia harus patuh dengan ketentuan-ketentuan hokum-hukum Allah yang telah menciptakannya. Jika hakikat ini dapat difahami oleh setiap Muslimah, maka Insya Allah ia akan menjadi muslimah yang solehah yang diredhai Allah SWT.
Tidak semua orang islam menjalankan perintah Allah dengan sesungguhnya, kerana ia mengaku beriman padahal ia tidak mengerjakan segala yang diperintahkan oleh Allah. Mereka tergolong orang-orang yang munafik, dibibir mengaku bahawa Islam adalah agama yang benar tetapi didalam praktiknya ia tidak membuktikan ungkapannya itu.
Kadangkala kita sangat sedih melihat fenomena sekarang ini,kaum wanita tidak segan-segan membuka auratnya dikhalayak ramai. Mereka memakai seluar pendek, kadangkala lebih pendek dari seluar yang dipakai oleh suaminya. Mereka tidak segan silu, jika auratnya dilihat oleh orang lain, bahkan mungkin timbul rasa bangga dalam dirinya dengan berbuat demikian. Padahal apa yang dilakukan itu hanya menambah dosa dan mengundang kemaksiatan.
Mereka tidak menyedari bahawa azab Allah diakhirat nanti sungguh dasyat menimpa mereka, jika mereka tidak sempat untuk bertaubat kepadaNya. Namun jika mereka mengingat Allah dan kembali kepadaNya maka Allah akan mengampuninya.
Kaum wanita juga jangan mudah terlena dengan kemewahan dan kekayaan didunia ini. Kerana harta kekayaan yang terlalu melimpah ruah itu akan membuat seseorang lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang insan. Jika ketika ini kita memiliki harta yang banyak, hidup dalam kemewahan, jadikanlah harta tersebut sebagai jalan agar kita mudah menuju ke alam akhirat. Gunakanlah harta-harta tersebut untuk kebajikan, dengan memberikan sedekah kepada orang yang berhak menerimanya, kemudian sentiasa mengeluarkan zakatnya, agar harta tersebut bersih dari segala perkara yang tidak baik.
Selain daripada itu, bagi muslimah yang solehah hendaklah meyakini bahawa Allah yang kita sembah, sentiasa melihat, mendengar, dan mengetahui semua tentang diri kita. Dia mengetahui segala rahsia yang tersimpan di dalam dada serta segala sesuatu yang kita sembunyikan.
Firman Allah SWT bermaksud: “Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya, melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Surah Qaaf 18 )
Disamping meyakini dan beriman kepada Allah SWT, juga harus beriman kepada para malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kemudian serta takdir baik dan buruk. Kerana jika iman seseorang muslimah telah sempurna maka jiwanya akan menjadi damai dan tenteram, sehingga dalam mewujudkan rumahtangga yang bahagia serta diredhai Allah akan tercapai. Mengenai keimanan ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW menjawab pertanyaan tentang iman maka baginda bersabda: Beriman iaitu meyakini adanya Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kemudian serta takdir yang baik dan yang buruk.” (Hadis Riwayat Muslim)
WANITA SEBAGAI INDIVIDU
Memperbaiki diri sendiri.
Kaum muslimah harus benar-benar berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Kerana didalam diri kita ada sifat malas untuk melakukan kebaikan, padahal itu merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah. Maka hendaklah beerjuang dengan sungguh-sungguh menundukkan dirinya, agar dapat melaksanakan kewajipan tepat pada masanya, serta sanggup mendidik diri untuk melakukan ibadah-ibadah wajib dan ibadah-ibadah sunat dengan tekun.
Kewajipan-kewajipan muslimah
Ada beberapa kewajipan yang harus dikerjakan oleh kaum wanita, ia merupakan kehidupan dan kesempurnaan akhlak. Kerjakanlah sesuatu yang bermanfaat itu dengan keikhlasan dan kejujuran hati, agar Allah SWT memberikan pertolonganNya kepada kita. Diantara tanggungjawab muslimah:
1) Melaksanakan solat lima waktu dengan sepenuhnya dan mendirikan tepat pada waktunya. Kerjakanlah solat dengan tenang dan khusyuk,agar ibadah kita itu diterima disisi Allah SWT. Setelah itu kerjakanlah perkara-perkara yang sunat, seperti solat sunat rawatib,zikir-zikir dan doa-doa.
2) Setia kepada suami dan kedua ibu bapa, jika mereka masih hidup. Berusahalah untuk memenuhi kehendaknya, melaksanakan perintahNya, berkata dengan kata-kata yang baik, bersedia meminta maaf jika melakukan kesalahan dan sebagainya.
3) Mendidik anak-anak dengan memberikan sesuatu yang berguna kepada mereka. Mendidik akhlak mereka membiasakan mereka berkata-kata dengan bahasa yang baik, menepati janji, berkata jujur, menjaga kesihatan dan kebersihannya, agar ia menjadi generasi yang cemerlang.
4) Mengerjakan ssegala keperluan rumahtangga, baik tentang kebersihannya, mengatur suasana rumah, membersihkan tempat tidur serta menyediakan makanan dengan baik.
5) Menghormati ibu bapa serta memelihara silaturrahim. Kerana perkara ini merupakan suatu yang penting dilaksanakan oleh setiap umat islam.
6) Menjaga kehormatan diri, dengan cara merendahkan suara, tidak keluar rumah jika tidak menunaikan sesuatu yang mustahak. Jangan bergaul dengan yang bukan muhrim secara lebih bebas. Dalam Islam, jika berbicara dengan yang bukan muhrim dianjurkan agar menggunakan tabir, untuk mengelakkan terjadi yang dilarang oleh agama.
7) Berlaku baik terhadap tetangga, tidak mengganggu mereka, menanyakan tentang khabar dan keadaan mereka. Bantulah jika mereka memerlukan bantuan walaupun nilainya tidak besar.
Begitulah antara tanggungjawab seorang muslimah yang ingin menjadi wanita solehah. Wanita solehah adalah wanita yang mengisi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak solehah. Jika dia seorang isteri, ia akan menjadi isteri yang taat dan patuh terhadap suami. Jika dia seorang ibu, maka ia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya Wanita Solehah akan mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.
Kasih sayang dan kemesraan selalu tersimpan di dalam diri seorang wanita. Perasaan ini memang secara fitrah telah dibekalkan Allah SWT untuknya. Namun begitu kasih sayang dan kemesraan itu tidak cukup untuk menjadikan wanita itu berbudi luhur dan sebagai penghuni syurga jika tidak dihiasi dengan budi pekerti yang mulia. Wanita Solehah yang telah melengkapi dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yany murni merupakan bunga idaman yang menghiasi taman-taman syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan