█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Selasa, 23 Ogos 2011
LUAHAN SUAMI
Luahan nurani seorang suami.... hayatilah wahai wanita.. moga dirahmati Allah akan segala usahamu, moga sihat sejahtera dan dan dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Di perkuatkan lagi keimanan dan dijauhi dari segala musibah serta dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezekimu.
Ketahuilah olehmu wahai isteriku,
Dalam kehidupan suami isteri selama 18 tahun bersamamu,
Terlalu banyak yang telah kita lalui...
Terlalu banyak pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit . Walaupun belbagai kerenahmu dan caramu yang kekadang tidak sesuai pada pendirianku.
Walupun ada yang memang tak dapat aku terima sepenuhnya seakan mencabar aku sebagai suamimu.
Namun aku tetap berdiri dirumah yang aku bina atas dasar pilihan keluraga.
Masih teriyang ditelinga aku , bagaimana ucapan yang pernah kau lafazkan disaksikan oleh insan yang aku panggil ibu mertua..
Ala.. ustaz tu kalau dapat sujud kat sejadah dia.. takan dihiraukannya apapun.. biar bom meletup kat tepinya.
Masihkah kau ingat.. patah katamu itu.. aku hanya mampu beristifar memohon agar suatu waktu nanti kau akan insaf.
Walaupun ucapan ini telah terlalu lama aku dengari tapi memori aku masih tak mampu untuk mendeletenya..
Masihkah kau ingat lagi.. antara kata kata seorang isteri pada suaminya..
Bang oii..kalau awak nak saya jadi macam ustazah, ngapa nikah dengan saya.. tu Si Yah tu ada.. Si yati tu ada Si Min tu ada dulu.. ngapa awak nak kat saya..
Letihlah bang.......awak sajalah buatkan susu anak tu..bang..bangunlah anak nangis tu...nak susu agaknya...
Heeeeeee... bang nanti basuhkan lampin anak nie.. ada ke buang air ( kata seangkatan dengan nya) kat lampin.
Esok pagi.. kalau nak sarapan buat air sendirilah.. saya nak tdur. Pergi kerja kuncikan saja pintu tu.
Bang... balik lah.. asyik kerja saja.. budak ni menangis dari tadi tak mahu berenti.. cakap saja kat bos awak tu.. anak demam
Inilah kata katamu... kata kata seorang isteri pada seorang suami.. aku pernah menitik airmata takala sujud menyembah tuhan.. memohon agar tuhan memberi petunjuk padamu.Tahun 1999 sept. Setelah 13 tahun aku lalui segala keperitannya.. atas ajakan seorang teman.. aku berlepas ke Mekah. Mengerjakan ibadat umrah. Puas aku memujuk agar ikut bersama aku, tapi kau hanya berkata tak mahu, belum sedia...
Di Madinah dan di Mekah setiap solat aku panjatkan doa agar insan yang bernama isteriku berubah dan bertaubat. Agar terbuka pintu hatimu, menghornati insan bergelar suami. 9/2/2001........... waktu itu aku telah menjadi warga RJ, tulisan DD borhan amat aku minati.. aku postingkan.. bermimpikah aku atau isteri aku bermimpi................ segala keperitan aku, mungkin doa aku dimakbulkan tuhan.. untuk pertama kalinya seorang isteri mengucapkan selamat jalan pada aku.. bersalaman denganaku dan melambaikan tangan mengiringi perjalanan aku.. mana taknya kau... mujur tak lalu bukit putus..... kalau lalu situ aku dah lama terkubur agaknya.. tekejut amat sangat. Dari saat itu hidup aku sebagai suami berubah, segalanya... tahukah engkau wahai isteriku... jika dulu airmata aku menitis memohon agar tuhan menunjukkan kebenaran padamu. Sekarang aku mengalirkan airmata kerana kesyukuran pada tuhan.. usia perkhawinan kita 18 tahun.. tapi aku menikmati hidup sebagai suami yang dilayan sebagai suami hanya 3 tahun ini. Sesunggohnya aku bersyukur padamu tuhan..
Untuk isteriku..... segala dosa mu telah abang ampunkan... untuk masa lalu dan akan datang. Telah abang lafazkan dihadapan rumah Allah.. yang engkau tidak punya sedikit dosapun pada abang.. kecuali satu.. jika kau menginiaya ibubapaku..... dosa ini takan abang maafkan.. kerana tiada insan yang lebih mulia di dunia padaku kecuali ibu bapa abang.. moga tuhan terus merahmati dirimu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan