Sabtu, 5 November 2011

KISAH PEMUDA YANG ANGKUH


Di satu kampung terpencil, ada seorang lelaki soleh yang sangat disegani & dihormati... Bukan saja beliau taat mengerjakan perintah agama, beliau juga mempunyai rupa yg tampan... ( bang aji cuma nampak manis je! )

Satu hari, sedang beliau berjalan menuju ke masjid... segumpal awan telah mengikori & memberikannya perlindungan dari sinaran terik matahari...

Dalam perjalanan, seorang pelacur tua yang hodoh, tapi masih berpakaian seksi telah memandang beliau dari jauh...

Dengan tergesa-gesa, pelacur tua itu menghampiri lelaki soleh itu...

Dengan nada yang amat marah, lelaki soleh tadi telah menengking & mengusir pelacur tua itu..
"Buat apa kau disini wahai pelacur yg jijik? Kau tidak pantas mendekati & bergaul dengan aku... Aku telah diteduhkan oleh awan kerna diriku bersih... sedangkan dirimu penuh dengan dosa & maksiat! Pergi kau!.."

Belum sempat pelacur tua itu berkata sepatah pon, tiba-tiba awan yang berada diatas itu mengeluarkan petir yang amat kuat sekali... lalu mati lah keduanya dengan serta merta...

Penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian... Apabila mereka menghampiri kedua mayat... alangkah terkejutnya bila melihat pelacur tua itu tidak terbakar sedikit pon dan rupanya menjadi bersih, putih & berseri bagaikan ahli syurga...

Sedangkan lelaki soleh itu pula menjadi hitam buruk & rentong hangus terbakar!

Sebenarnya.........

* Tujuan pelacur tua tadi menghampiri lelaki soleh itu bukan untuk mengoda, menggatal atau menjual dirinya... sebaliknya, beliau merasa amat insaf melihat kejadian awan yg melindungi lelaki soleh itu... beliau amat kesal atas dosa-dosanya.. & benar-benar berniat ingin bertaubat... beliau ingin meminta nasihat & petunjuk dari lelaki soleh itu cara-cara untuk bertaubat ke jalan Allah..

Kenapa boleh terjadi begini?... Inilah kuasa Allah Yang Maha Esa..

Memang kehidupan pelacur tua itu penuh dengan dosa & maksiat... tapi kerna niat hatinya yang ikhlas mahu bertaubat, mungkin telah diterima olah Allah SWT walaupon beliau belum sempat melakukan nya..

Sedangkan lelaki soleh itu telah ditimpakan bencana hanya kerna sifatnya yang angkuh, riak & SOMBONG!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan