█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Rabu, 9 November 2011
SIHIR
Sihir
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Sekarang ramai orang perkatakan tentang sihir. Mensihir atau disihir orang ni dah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Risaukan, kalau kena pada diri kita? Tak mustahil! huhu, mudahan kita dilindungi-Nya. ameen! Mintak simpang, moga dijauhkan!
Sihir, kalo kita amalkan. Bahaya. Syirik nanti. Allah SWT tak ampunkan, wallahua`lam. Tolongla jauhkan, jgn sesekali kita terjebak dengan amalan sihir ni. huhu~
Tadi saje je search pasal sihir. Memang ramai orang post pasal ni. Jangan kita risau, sebenarnya penyakit ape pun ade ubatnya, Insya`Allah. Jadi sebelum kita terkena, bersediala untuk mencari pendinding diri dari perbuatan syirik orang ni. Jom kita amalkan!
Bagaimana cara untuk menghindarkan diri daripada sihir?
Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai al-wiqaayah. Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam penggunaan kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu jika terkena.
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Boleh juga ikhtiar untuk menghindari dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah SWT dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan. Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi kena kepada kita.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghalangkannya. Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan