█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Sabtu, 5 November 2011
SAMPAH TERINDAH
Sebuah kertas jadi sampah,
Sampah di awal langkah,
Sampah fitrah,
Sampah madah.
Jejari jemari kutip dari aras paling bawah,
Debu dialih, Cela di musnah.
Sampah sekeping kertas diperindah,
Seindah mawar ranum mekar,
Kembang merah gemilau sinar.
Di dada sebuah sampah,
Diukir sebuah lukisan hati,
Setiap inci ada torehan warna pelangi,
Di bingkai ada jalur air sejernih air perigi,
Ada cahaya menjadi inti,
Ada kegembiraan menjadi isi,
Siapapun melihat pasti menari,
Hati hias dengan sayang,
Jari-jemari sudahkan dengan senyuman,
Lukisan tergantung di puncak kebahagiaan.
Dan si bodoh melihat dan menilai,
Memaut mesra jari jemari seni handal,
Mata bersinar, mulut memuji,
Pujian berlegar 100 hari,
Namun bila ketahuan ia sebenarnya pernah menjadi sampah,
Lukisan diludah.
Memberi harapan sebelum mencela,
Baginya sampah tetap sampah,
Ia tetap jadi suatu yang tiada harapan,
Kudis jalanan yang wajar disingkirkan,
Tiada istilah sampah terindah.
Duhai si pemberi harapan sunyi,
Pemberi perhatian yang pudar kesudahan,
Sampah itu hidup berdestinasi,
Ia bangkit dari belukar berduri,
Matlamat hidup lagi berkilau dari jauhari.
Walau bukan sesuci sufi,
Lautan api tak lagi terlangkau oleh kaki,
Usah terpaut kemas dek diskriminasi,
Hinaan jangan dilaung bergunung,
Kerana jiwa yang tersadung,
Tak mungkin terawat dek ilmu perubatan segulung.
Nota:
Ada sesetengah orang fikir mereka terlalu mulia untuk menerima sebuah cela. Tidak salah memberi harapan kedua kerana kita juga manusia biasa. Kita manusia biasa yang mungkin akan membuat sekali lagi kesilapan. Jangan terlalu mudah menjadi Penghukum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan