Sabtu, 5 November 2011

MENOLAK PINANGAN LELAKI SOLEH


Menolak Pinangan Lelaki Soleh. Setelah aku mengkaji dan menteliti setiap pendapat dan aku dapat beri sedikit pendapat ...jadi aku menyelit sedikit pendapat dari aku dan sahabat2 aku ....


Pertamanya, jika seorang perempuan itu tidak berhasrat untuk bernikah dengan lelaki soleh tersebut maka tidak berdosa untuk menolak pinangannya kerana rumahtangga dibangunkan di atas pilihan yang berdasarkan juga kepada kecenderungan hati (cinta la maksudnya tu) dan bukan sekadar kesolehan lelaki tersebut sahaja. Akan tetapi, jika menolak kerana tidak suka dengan keteguhan agama lelaki solihin itu, maka berdosalah perempuan itu. Maknanya, tidak suka kerana lelaki itu kuat agama dan dianggap juga membenci seorang mukmin. Oleh itu, tidak diharuskan perempuan itu menerima lamaran itu selagi tiada kecenderungan hati terhadapnya.

Keduanya, jika jodoh datang menjenguk, maka lakukanlah dua perkara sebaiknya:


1) Istisyarah (berbincang)

2) Istikharah

Selesai dua perkara di atas dibuat barulah bulatkan keputusan. Jangan sesekali buat keputusan terima mahupun tolak tanpa perkara di atas. Adapun lelaki yang sangat baik dan soleh itu, kalau selepas dilakukan dua perkara di atas, masih lagi tak nak terimanya, maka tiada masalah. Mungkin walau baik sangat pun, tetapi tidak compatible dengan kita, tak bahagia juga. Bukan semua yg baik itu sesuai belaka.

Kesimpulannya, kepada hamba Allah yang bertanya kepada aku itu, jika ingin menolak lamaran atau pinangan dari lelaki yang soleh, lakukan 2 perkara di atas sebelum membuat keputusan agar semua pihak mendapat kesejahteraan. Jika kamu tidak suka lelaki itu, janganlah berlandaskan keteguhan agamanya tetapi berlandaskan perasaan kamu terhadapnya. Perkara ini lebih merumitkan jika ada pihak yang memaksa, tetapi jika keputusan terletak pada tuan badan, maka buatlah keputusan yang bijak.

Dan bagi pembaca wanita , jika berlaku seperti keadaan ini, fikir betul-betul dari semua aspek, seperti agama, perasaan, maruah dan jaminan kebahagiaan setelah berkahwin. Kahwin bukan perkara main-main, ia adalah sunnah Rasulullah SAW yang berat tanggungjawabnya. Bijak kita memilih dan mengatur, Insyaallah anda di kalangan keluarga yang bahagia. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan