█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Jumaat, 17 Disember 2010
INILAH JALAN YANG LURUS...
Pagi tadi, petang semalam, tengah hari ini, malah malam nanti juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar di¬kurnia¬kan jalan yang lurus. Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.Permohonan yang telah kita ajukan entah berapa ratus bahkan beribu-ribu kali kepada Allah s.w.t.
Bayangkan, jika kita kini berusia 40 tahun dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (sekitar usia 15 tahun), bermakna kita telah memohon jalan yang lurus sejumlah 155,125 kali!Apakah status permohonan kita itu? Adakah Allah mensia-siakan permohonan yang diajukan sebanyak dan sekerap itu? Atau adakah kita yang mensia-siakan jawapan yang telah diberikan Allah? Namun yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Berdoalah nescaya akan Aku memperkenankan.” (Surah Ghafir: 60)
Pengalaman kita, jika ada seseorang yang meminta kita sesuatu berulang-ulang kali, akan jatuh kasihan juga dan ini mendorong kita untuk menunaikan permintaannya. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Oleh sebab itu jelas sekali kitalah yang telah mensia-siakan jawapan (kurniaan) Allah itu.
Dalam hubungan sesama manusia kita biasa dengan ungkapan, “When you ask, listen!” Maksudnya bila kita meminta suatu pandangan, nasihat atau tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya, yakni pandangan atau nasihat yang kita minta itu. Jadi amat tidak wajar kita hanya sering meminta nasihat, namun apabila telah diberikan, kita mensia-siakan atau tidak mendengarnya.
Begitulah dalam hubungan dengan Allah, kerap berlaku situasi sedemikian. Kita sering meminta kepada-Nya dalam doa dan solat kita, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang tuli dan mensia-siakannya.Inilah yang berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yang lurus. Jawapan dari Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjukkan-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?
Peminta yang ego
Semuanya ini berpunca daripada sifat keakuan (keegoan). Hanya mulut yang meminta, tetapi hati tidak begitu. Hakikatnya apabila kita meminta sesuatu dari suatu pihak lain, ertinya kita dalam ke¬kurangan; manakala pihak yang lain itu yang punyai kelebihan. Kita lemah, pihak yang kita pinta itu yang kuat. Itulah rasa sewajarnya yang harus ada dalam hati para peminta (hamba) berbanding dengan Pemberi (Allah). Kita sebagai peminjam, dan Allah sebagai pemilik segala-gala yang kita inginkan.
Luntur dan leburkanlah keegoan kita dengan merasa bahawa dunia ini bukan milik kita. Allah menegaskan hakikat itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan di bumi.” (Surah al-Baqarah 2: 284)
Ayat ini menegaskan bahawa pemilik dan pencipta dunia dan segala isinya adalah Allah. Apakah implikasi daripada ayat ini?
Implikasinya, oleh sebab Allah pemilik dunia ini maka Dia sahaja berhak untuk mengaturnya. Hanya kaedah Allah sahaja yang wajar dan mampu menjamin keselamatan dan kesejahteraan dunia. Dalam erti kata yang lain, Allah sahaja berhak membuat “jalan”. Cuma jalan di sini bukan bermaksud road (jalan) tetapi way (cara atau kaedah). Justeru, jangan ada yang mendabik dada dengan berkata, “I’ll do it my way (saya akan lakukannya dengan mengikut jalan saya).”Metafora wang 50 sen
Jika itu hakikatnya, lalu apakah peranan kita sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini? Kita tidak berhak membuat jalan (kaedah atau jalan hidup) sendiri. Kita hanya dituntut untuk mengikuti jalan yang telah ditentukan-Nya.Metaforanya begini: Katalah anak kita menemui wang 50 sen di tepi jalan. Dia bertanya kepada kita sebagai ibu bapanya, “Bolehkah saya belanjakan duit ini?” Sudah tentu sebagai ibu bapanya, anda bertegas menjawab, “Tidak boleh.” Ini jawapan fitrah. Anak anda mungkin bertanya lagi, “Kenapa tidak boleh? Bukankah saya yang menjumpainya?” Dan anda akan menjawab, “Ya, walaupun kamu yang menjumpainya tetapi duit itu bukan hak kamu. Atas dasar itu kamu tidak berhak menggunakannya!”
Ya, begitulah manusia. Apabila manusia lahir saja ke dunia, segala-galanya telah sedia ada. Bumi, lautan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, bukit, gunung, sungai dan segala isi dan hasil mahsulnya. Semua ini bukan manusia yang menciptanya. Semua ini hak Pencipta, yakni Allah s.w.t. Justeru, kita tidak berhak mengatur dunia ini sesuka hati kita.
Kita bukan pembuat dan penciptanya. Seperti anak dalam metafora tadi, maka begitulah manusia, tidak berhak mengatur dunia ini mengikut jalannya; seperti mana anak tadi tidak berhak membelanjakan duit 50 sen yang bukan miliknya!
Tetamu yang tidak beradab
Manusia hanya umpama “tetamu senja” yang hadir di dunia ini dalam tempuh masa tertentu. Sampai masanya dia akan “pulang” ke tempat asalnya, yakni berpindah ke alam lain, selepas kematian.Bagaimana perasaan anda sekiranya seorang tetamu yang datang bertandang ke rumah anda, dan dia berbuat sesuka hatinya? Umpamanya, mengalih atau merubah susunan perabot, mengguna perlatan rumah anda tanpa izin dan sebagainya. Tentu anda marah bukan? Begitulah ibaratnya kita yang lahir ke dunia ini. Kita bertandang sebentar saja.
Sebagai “tetamu”. Kita tidak wajar membuat jalan hidup sendiri. Tetamu perlu beradab dengan tuan rumah; begitu jua, manusia perlu “beradab” dengan Tuan punya dunia ini.Jadi, apa tugas kita di dunia ini? Allah menegaskan¬nya dengan jelas menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah: 30)Inilah status manusia. Kita hanya sebagai khalifah atau “wakil” untuk mentadbir dan menguruskan bumi. Sebagai wakil, manusia tidak berhak membuat jalan, tetapi manusia hanya mengurus dan mentadbir bumi mengikut jalan yang telah disediakan oleh Pemiliknya (Allah).
Khalifah di muka bumiSebagai khalifah kita diberi kuasa tertentu. Dengan kuasa inilah seluruh makhluk “akur” untuk diurus tadbir oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Dan dipermudahkan bagi kamu segala yang ada di langit dan di muka bumi, yang demikian itu adalah bukti bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Jasyiah 45: 13)Kuasa yang paling ampuh diberikan kepada manusia ialah akal fikiran. Dengan akal, manusia mampu menguasai ilmu dan dengan ilmu itu manusia berupaya “menundukkan” makhluk yang lain.
Dengan sains dan teknologi misalnya, gunung yang tinggi dapat didaki, bukit dapat diratakan, sungai mampu diempang, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat dimanfaatkan dan dikembang-biakkan.Namun, sehebat mana pun akal manusia berfikir, ia tidak boleh digunakan untuk mencipta jalan lain. Dia hanya berperanan untuk mengikut jalan yang telah disediakan Allah. Jadi, sebagai wakil (khalifah), manusia tidak berhak melaksanakan kaedah lain melainkan mengikut kaedah yang ditentukan oleh pihak yang melantiknya sebagai khalifah iaitu Allah.
APA ITU JALAN YANG LURUS?
• Ada ulama menjelaskan bahawa maksud jalan yang lurus ialah menyembah Allah. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4:51)
• Pendapat lain menyatakan jalan yang lurus ialah agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan agama Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4: 101)
• Ada ulama yang menyebut jalan yang lurus ialah al-Quran berdasarkan hubungan surah al-Fatihah dengan surah selepasnya. Melalui ayat 6-7 surah al-Fatihah, Allah meminta hamba-Nya memohon jalan yang lurus, maka Allah menjelaskan jalan itu dengan berkata, “Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya.” (Surah al-Baqarah 2: 1)
• Tafsir Ibnu Katsir dalam menghuraikan “Siratul Mustaqim” turut menyatakan Kitabullah (al-Quran). Firman Allah dalam surah al-Nur ayat 46: “Sesungguhnya Kami menurunkan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan (halal dan haram). Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”
• Oleh sebab al-Quran tidak boleh dipraktikkan tanpa panduan sunah Rasulullah, maka jalan yang lurus dalam konteks ini juga bermaksud mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
Semua definisi ini dirangkumkan, boleh dirumuskan bahawa jalan (kaedah) yang lurus ialah menyembah Allah dengan berpegang teguh kepada agama Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunah. Secara praktiknya, jalan yang lurus itu ialah pelaksanaan kesemua perintah Allah yang mengandungi lima hukum – wajib (halal), sunat, haram, makruh dan harus dalam seluruh aspek kehidupan dari soal sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya.
Jalan sama pentingnya dengan tujuan
Setiap orang yang hendak mencapai tujuan hidupnya yang betul, perlu melalui jalan yang betul. Sebaliknya jika jalannya tidak betul maka kita tidak akan sampai kepada tujuan tersebut. Katalah kita hendak ke utara, tetapi jalan yang kita pilih ke selatan, pasti kita tidak akan sampai di utara walau besar mana sekalipun keinginan kita untuk menuju ke situ. Justeru, dalam Islam tujuan dan jalan hidup yang tepat sama pentingnya untuk membawa kita ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan.
Maha suci Allah, Dia telah menetapkan jalan untuk melaksanakan misi tersebut. Andainya manusia menafikan salah satu atau kedua-dua perkara yang telah ditetapkan Allah itu akan membawa kita kepada kekeliruan yang dahsyat.Kekeliruan itu telah digambarkan dengan jelas oleh seorang penyair Ilia Abu Mahdi dalam syairnya, Al-Thalasim:
Alam ini apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
Adakah lagi ‘hidup’ selepas hidup ini?
Aku datang, aku tidak tahu dari mana?
…tapi aku datang juaAku menempuh JALAN terbentang di depanku…
Lalu aku berjalan
Akan selamanyakah aku berjalan
Sekalipun aku mahu atau tidak mahu…
Bagaimana caranya aku datang?
Bagaimana aku dapat menempuh JALAN?
Aku tidak tahu!
Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini
Atau aku dikendalikan?
Justeru, antara perkara yang paling penting (malah Allah wajibkan kita) adalah meminta jalan yang lurus. Sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat 5 waktu kita diwajibkan meminta: “Ihdina sirathal mustaqim” (tunjukkan kami jalan yang lurus). Walaupun berdoa itu sendiri pada hukum asalnya sunat, tetapi berdoa minta ditunjukkan jalan yang lurus sudah dihukumkan wajib.Selain itu, sekurang-kurangnya ada terdapat 72 ayat yang men¬cantumkan kata jalan yang lurus disebut dalam al-Quran. Menurut ahli tafsir, apabila sesuatu perkara disebut berulang-ulang kali, menunjukkan betapa pentingnya perkara itu – dalam konteks ini jalan yang lurus.
Siapakah yang akan melaluinya?
Siapakah teladan kita dalam melalui jalan yang lurus ini? Persoalan ini juga penting kerana jika kita hanya mengetahui jalannya, tetapi tidak mempunyai petunjuk yang boleh membimbing, mendidik dan memimpin kita di jalan tersebut maka kita juga akan tersasar. Sebagai perbandingannya, lihatlah betapa ramainya orang yang “tersesat” dalam perjalanan mereka untuk mencari suatu tempat walaupun mereka sudah dilengkapi peta atau buku panduan jalan ke arah itu.
Bayangkan, kalau jalan di dunia boleh tersesat walaupun jalannya masih boleh dilihat dengan mata malah sudah disuratkan dengan peta…bagaimana pula dengan jalan hidup? Justeru, mencari jalan hidup memerlukan lebih daripada itu. Bukan sekadar peta atau panduan, tetapi juga petunjuk dan teladan. Surah al-Fatihah memberi jawapan bahawa teladan di jalan lurus itu ialah orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, bukan orang yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat. Tegasnya, Allah menjelaskan pada ayat 6-7 Surah al-Fatihah bahawa teladan di jalan yang lurus itu ialah:Orang yang telah diberi nikmat.Bukan jalan orang dimurkai Allah.Bukan jalan orang yang sesat.
Orang yang diberi nikmat Golongan yang diberi nikmat ialah para nabi, orang yang benar (siddiqin), orang yang mati syahid (syuhada) dan orang soleh (solihin). Inilah role model untuk memperoleh jalan yang lurus. Maksudnya, kita tidak akan dapat melaksanakan ibadah kepada Allah, melaksanakan Islam, menegakkan al-Quran dan Sunah, tanpa mencontohi empat golongan ini.
Kita wajib mengikut kaedah mereka dalam menegakkan akidah, syariat dan akhlak dalam kehidupan. Kaedah mereka sewajarnya kita jadikan prinsip dan pegangan hidup, dalam pelaksanaan semua sistem hidup; ekonomi, pendidikan, pentadbiran, politik, budaya, sosial, kebudayaan dan lain-lain.Kita wajib mengikut cara mereka berpakaian (menutup aurat), berekonomi (meninggalkan riba), mendidik anak dan masyarakat (meletakkan tauhid sebagai asas dan teras), bersosial (meninggalkan pergaulan bebas), berpolitik (adil dan tidak rasuah) dan lain-lain.Hanya dengan mengikut teladan daripada mereka secara menyeluruh, barulah Islam akan tertegak sebagai satu jalan (cara) hidup – Islam is the way of life! Untuk itu kita wajib belajar, memahami, menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan jalan lurus yang pernah ditunjuki oleh golongan yang diberi nikmat ini.
Nikmat yang dimaksudkan di sini ialah nikmat dunia (hasanah fi dunia) – keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran di sudut spiritual, mental, emosi, dan fizikal. Manakala nikmat di akhirat (hasanah fi akhirat) ialah keredaan Allah dan syurga.Sejarah hidup dan perjuangan mereka mesti dikaji, difahami dan diikut tanpa ragu-ragu. Jika tidak, dikhuatiri kita secara automatik akan termasuk dalam golongan orang yang dimurkai dan sesat. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menegaskan bahawa selain al-Quran, anak-anak juga wajib diajarkan tentang sirah Nabi-Nabi sejak di awal usia lagi.
Orang yang dimurkai AllahRasulullah s.a.w. telah menjelaskan maksud orang yang dimurkai ialah Yahudi. Orang Yahudi sama ada di sudut kepercayaan (agama) mereka ataupun cara hidup mereka dimurkai Allah, maka umat Islam tidak boleh mengikut mereka. Rasulullah s.a.w. sangat tegas dengan prinsip dan tidak bertolak ansur dengan golongan Yahudi ini bukan sahaja dari sudut perkara-perkara yang besar tetapi juga dalam hal-hal yang dianggap remeh oleh manusia hari ini.
Malangnya, umat Islam hari ini terjebak dengan cara (jalan) hidup Yahudi dalam kebanyakan bidang kehidupan. Hollywood (yang didalangi oleh Yahudi) telah mempelopori dan mewarnai cara hidup kebanyakan remaja Islam. Cara hidup para selebriti Barat yakni cara mereka berpakaian, berhibur, makan-minum, berkomunikasi, bergaul dianggap “standard” dan “trendy” hingga menjadi suri teladan masyarakat Islam.Cubalah bermuhasabah sejujur-jujurnya, berapa banyak kisah para sahabat yang diketahui oleh anak-anak kita berbanding kisah artis? Berapa banyak lembar al-Quran yang mereka baca berbanding majalah-majalah hiburan dalam sehari? Siapa ikon dalam hidup mereka sekarang? Ahli sukan? Pelakon? Penyanyi? Pelawak? Tidak pelik, jika kini “jalan orang yang diberi nikmat” dianggap sengsara dan lekeh berbanding “jalan orang yang dimurkai” yang dinobatkan sebagai hebat dan dikagumi.
Di bidang ekonomi pula, kuasa pasaran bebas didominasi oleh Yahudi. Spekulator pasaran kewangan mereka (antaranya George Soros) adalah biang di sebalik kejatuhan mata wang Malaysia suatu ketika dulu (yang hingga kini masih terasa impaknya). Yahudi juga berperanan di sebalik tabir kuasa setiap presiden Amerika. Tegasnya, geopolitik dan ekonomi dunia masih “berkiblatkan” mereka dan majoriti umat Islam terheret sekali dalam jalan yang dimurkai itu!
Umat Islam hakikatnya masih belum merdeka sepenuhnya daripada penjajahan pemikiran dan jiwa oleh golongan Yahudi hingga dengan itu cara (jalan) hidup kita masih berada di jalan yang dimurkai. Ironinya, inilah impak cara hidup Yahudi yang telah berakar umbi dalam diri umat yang memohon jalan yang lurus sebanyak tidak kurang 17 kali sehari semalam. Kita minta yang benar, tetapi kita dengar yang salah. Are we listen to what we asked? Apakah kita dengar jawapan yang telah diberikan oleh Allah atau sebaliknya kita dengar jawapan yang diberikan oleh musuh-Nya?
Orang yang sesat
Orang yang sesat ialah golongan Nasrani (Kristian). Mereka hakikatnya diperkuda oleh Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Dalang di sebalik tipu-daya Kristian terhadap umat Islam ialah Yahudi. Kedua-dua golongan ini telah dirangkaikan oleh Allah dalam permusuhannya terhadap Islam. Firman Allah:“Sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.” (Surah al-Baqarah 2: 120)“Millah” dalam ayat itu merujuk jalan (cara) hidup.
Ramai yang beranggapan bahawa Kristian berjaya menyesatkan kita sekiranya mereka berjaya menukar akidah umat Islam… tetapi itu tidak tepat. Sebenarnya, Kristian telah dikira berjaya dalam misinya apabila mereka berjaya menukar cara hidup umat Islam. Cukuplah dengan meninggalkan cara (jalan) hidup Islam kita telah tergolong dalam golongan mereka. Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran:“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam kaum itu.” (Riwayat Abu Daud)Malah dalam hadisnya yang panjang Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Kamu akan mengikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikutnya.” Ketika itu para sahabat bertanya, “Apakah golongan yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhari)
Setelah sedikit sebanyak menelusuri ketiga-tiga jalan bersumberkan roh al-Fatihah ini, terjawablah persoalan mengapa nasib umat Islam begitu malang kini. Majoritinya masih kabur tentang jalan hidup sebenar dan masih samar tentang siapakah teladan di jalan yang benar itu. Alhasil, kita telah menempah kecelakaan demi kecelakaan di jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat. Ini bukan jalan kita. Kita tersalah menilai siapa lawan, siapa kawan, siapa teladan dan siapa sempadan.
Jalan yang lurus sudah tidak lurus lagi pada pandangan kita. Mengapa? Ini semua gara-gara butanya mata yang ada di dalam dada, yakni mata hati. Firman Allah: “…kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Haj: 46).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan