█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Khamis, 23 Disember 2010
KAMULAH ORANG YANG DIKASIHI ALLAH SWT
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dapat juga ana siapkan planning untuk adik-adik di sini.Semalam target memang nak siapkan planning untuk this year.Semuanya berjalan baik.Dapat juga menyediakan sedikit sebanyak santapan rohani untuk adik-adik dalam kekangan masa dengan final year project dan preparation untuk plant design semester ni.Semalam sempat juga mendengar sedikit pengisian rohani dari ustaz ismail kamus dari yang dah di download.Ermm...teringat masa kecik-kecik dulu, ustaz pernah datang ke rumah sebab abah berkawan baik dengan ustaz.Sebab tu sampai besar paling kenal sekali ustaz ismail kamus.Abah sangat meminati ceramahnya.Selalu abah kata, "Ustaz ismail kamus ni cara sampainya lain sikit.Kalau orang-orang tua macam abah ni memang suka dia la".Dari kecik memang kenal penceramah nama ustaz ismail kamus je.Koleksi ceramah di rumah pun banyak dari ustaz sendiri.
Berbalik kepada pengisian tadi, semalam sempat la ana spend masa dalam 2 jam dengar ceramah bab sahabat ni.Mulanya tergerak hati untuk mendegar apabila dengar lagu sahabat sejati dari UNIC.Tu la,selalu sangat dengar lagu.Tapi ditarik semula dengan isi ceramah ustaz.Ringkas penyampaiannya.Cuma ana tertarik dengan satu kisah pada zaman rasulullah.
Ada seorang sahabat telah berjalan kaki selama 8 hari 8 malam semata-mata untuk berjumpa rasulullah.Beliau berjalan tanpa makan dan minum sedikitpun.Apabila sampai, dia berkata pada rasulullah."Wahai kekasih Allah, aku datang dari jauh semata-mata untuk bertanyakanmu 2 soalan"."Siapakah namamu wahai sahabatku?", rasulullah bertanya."Namaku Abu Khail", dia menjawab."Ya Abu Khail, apakah soalanmu itu?",tanya rasulullah tanpa berlengah."Pertama, siapakah orang di kasihi Allah?Kedua, Siapakah orang yang Allah tidak kasih?",Abu Khail terus bertanya."Ya Abu Khail, apakah yang selalu engkau lakukan sekarang di tempatmu?Apakah yang engkau suka lakukan?",tanya rasulullah tanpa menjawab soalan tadi."Aku suka berbuat kebaikan,suka orang lain berbuat baik,suka jika satu kebaikan itu dibuat oleh semua orang dan aku rindu kepada Allah", jawabnya panjang lebar penuh kejujuran."Kamulah orang yang dikasihi Allah", jawab rasulullah.Abu Khail terus pulang ke rumahnya tanpa menyoal apa-apa pun kepada rasulullah.Daripada kisah ini, dapat ana teliti beberapa perkara.
1)Suka berbuat kebaikan kepada orang.(Selalu kita lihat).
2)Suka lihat orang lain berbuat kebaikan.(Jarang kita berperasaan sebegini).
3)Suka kebaikan itu dibuat oleh semua orang.(Amat jarang pada akhir zaman ini.Malah orang berbuat baik dipanggil hipokrit.Astaghfirullah.Mohon diri kita dipeliharaNYA).
4)Rindu kepada Allah.(Ada dalam hati tiap manusia).
Syair parsi:
"Lihatlah pada kecantikan mutiara.Jangan lihat pada orang yang menyelam untuk mengambilnya".
Kita sedia maklum bahawa mutiara sangatlah cantik.(Subhanallah cantik ciptaanNYA).Tapi jarang kita lihat kepada penyelamnya.Begitu juga kepada apa jua ceramah dan perkongsian.Janganlah terlalu menilai kepada pemberi tazkirah (peringatan) tersebut.Tetapi lihatlah tiap butir katanya.Nilailah sebijaksana yang mungkin dan jika baik, jadikan panduan, jika tidak, jadikan teladan.Tiap yang datang dari manusia adalah semua dari Allah.Teguran juga datang dari Allah.Bersyukurlah kerana ditegur kerana antara berjuta manusia di dunia, kita dipilih untuk diuji.
Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikan". [qaaf:37].
Alhamdulillah hati masih terisi dengan sedikit santapan rohani peringatan kepadaNYA.Planner pun dah penuh dengan plan-plan yang diharapkan dapat dilaksankan dengan baik.Kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segalanya.Sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik perancang.Moga tiap hasil amalan kita kita diterimanya.
Firman Allah bermaksud:
"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu berlaku keras dan berhati kasar, tentulah mereka akan berhati jauh dari sekelilingmu".[Ali Imran: 159]
"Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.Barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya dia akan memberi petunjuk kepadanya". [at-thaghabun:11].
Jadilah orang yang dikasihi Allah.KasihNYA tidak akan pudar selamanya dan tidak akan rugi walau sedikitpun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan