Khamis, 23 Disember 2010

KHAWLAH AL AZWAR.....MUJAHIDAH ISLAM...


Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus.perang semakin sengit.Tentera muslim berdepan dengan tentera rom yang ramai.Perindu2 syahid keletihan.Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir.biar syahid,mengalah tidak sekali.

Seekor kuda perang meluncur gagah.Penunggangnya,wajah berlitup kain.Berani.Debu2 berterbangan.Mata2 terbeliak kagum.Teruja.Amuk si pewira mengayun tombak dengan garang.Musuh2 Allah jatuh.Allahukbar.Semangat tentera muslim menggelegar di udara.Musuh berasa gerun."Adakah itu khalid bin al-walid?"musuh tertanya2.Sememangnya nama besar khalid al-walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad islam,Raafe bin Umaira berbisik kagum,"beliau bertempur seperti khalid al-walid".Tersingkap tabir wajah,nyatalah si pewira bukan seorang laki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa.Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-kacirkan musuh itu adalah khawlah al-azwar,khalid al-walid hampir terjatuh dari kudanya.Takjub!

Membebaskan abg tersayang.
Khawlah al-azwar terdorong menggempur musuh,mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja telinganya menangkap berita ,abangnya zirar al-azwar telah ditawan.Sangkar besi milik tentera rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan khawlah al-azwar tidak mampu lagi berdiam diri,lantas membuat pembelaan.Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat2 ngeri disebalik jeriji2 besi.

Peperangan beransur reda apabila pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan.Khawlah tidak sabar2 menanti operasi seterusnya.Abangnya mesti dibebaskan.tentera muslimin mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya,Gaza Palestin.di situ zirar al-azwar dipercayai terpenjara.Khawlah al-azwar menghunus pedang,menyertai perang.Akhirnya di situ abangnya yang tersayang di bebaskan.

Mahir berkuda dan bersenjata.
Khawlah al-azwar,nama seindah identiti.dibesarkan pd zaman islam sering diancam peperangan.Ayahnya memperlengkapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri.Sejak kecil,dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang.Segala teknik dan kemahiran diperturunkan.Maka mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi dengan perkasa.
Dalam perang Yarmouk,beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu.Tidak lengkap pasukan tentera islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan.keberanian khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah.Pengorbanannya tidak sia2.Panji kemenangan muslim berkibar2 dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan syam.Bandar damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka kurungan.
Dalam peperangan sahura,khawlah dan beberapa orang mujahadah muslimah tertawan.Ah,tiada episod kekalahan.Lawan tetap lawan.Mungkin begitu jeritan batin khawlah.Beliau tidak mahu hanya menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan.tertendang-tendang hatinya menyuruh berlawan.Pengawal2 yang mengurung mereka nampak gagah perkasa.Sekali pandang,untuk menemui kebebasan memang mustahil.Dia mungkin tidak berupaya melawan secara berseorangan.Lalu dia berpidato untuk meniup semangat teman2 seperjuangan.

"Wahai sahabat2ku yang berjuang di jalan Allah,apakah saudari2 semua sanggup menjadi tukang2 picit orang rom?apakah saudari2 sanggup menjadi hamba2 orang kafir yang dilaknati?Adakah saudari rela dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana?Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang muslimah yang bertaqwa?Sesungguhnya mati itu lebih baik bgi kita dari menjadi hamba orang2 rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal2 rom itu,mereka berdoa,bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin dibantu Allah ataupun dibawa kembali selamanya kepada Allah.Menang atau mati syahid,mengalah tidak sekali.

Khawlah al-azwar berpidato sekali lagi."Jangan sekali2 saudari gentar dan takut.Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang merekaperbanyakkan takbir serta kuatkan hati.insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar! Pejuang2 muslimah bertempur dengan pengawal2 durjana itu dan akhirnya berjaya menumpaskan mereka.Lantas mereka lari membebaskan diri dari kurungan untuk terus berjihad bergabung dengan tentera muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup khawlah al-azwar yang terakam unggul.Adakah akan lahir seorang lagi srikandi seperti beliau?beliau juga seorang wanita yang punyai 1 akal dan 9 nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan