Sabtu, 18 Disember 2010

SATU CINTA..IAITU CINTA BUAT ILAHI....


Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia? Jadi tidak salah kalau dikatakan bahawa cinta itu merupakan salah satu jalan daripada jalan-jalan yang telah ALLAH kurniakan kepada kita untuk mencari keredhaanNya. Tapi sayang... kita telah tersalah memahami pemberian ini dan telah menjadikan jalan itu sebagai matlamat kita dan telah melupakan matlamat sebenarnya. Akhirnya, secara tidak sedar, kita telah terlampau mengagung-agungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri, tetapi bukan Pencipta kita...

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. sebab jatuh cinta itu indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit woo~. Tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripada perasaan ingin mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang masuk syurga kerana cinta dan ada juga yang masuk neraka gara-gara cinta. Cinta... merupakan rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga kita boleh terhibur atau terseksa karananya. Cinta itu, datangnya dari dua sumber iaitu NAFSU dan dari ALLAH...

Cinta yang dilahirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang sebenar-benarnya, suci...lagi murni. Cinta yang bukan diukur oleh pandangan mata, tapi cinta yang diukur dari pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta yang diberi pun bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasnya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir dari sama-sama cinta dan berkasih-sayang kepada Allah. Cinta sebegini berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya, dan yang paling agung, antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak memerlukan untuk berjumpa, bercakap, atau melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak Allah, Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
tapi sebaliknya yang sering berlaku...( diri sendiri pun sedar dalam tak sedar hurmm...).
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tidak pernah kenal atau baru mengenali, tetapi hati terasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa kesusahan, dan merasa senang kalau orang yang dicintai itu gembira. Rela mengorbankan dan disusahkan untuk menyenangkan orang yang kita cintai (tepat sekali).

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling agung dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk, maka cinta Allah dimenangkan. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar... Seseorang yang sudah dapat mencintai Allah, maka cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak, Akibat dari peristiwa itu, Nabi Yusuf telah dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Nabi Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan yang cantik, menjadi perempuan tua yang hodoh. matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf. Hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya, Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya, Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat kepada Allah dalam sembahyang dan zikir wirid, sehingga terlupa hendak melayan kemahuan suaminya, Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf. Lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak sebagaimana yang pernah Zulaikha lakukan satu masa dahulu...

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila kita mengenali Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan. Cinta pada Allah yang akan lahir bagi orang yang cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki, mungkin kerana kayanya, baiknya, tampannya...begitu juga yang lelaki. cintanya kepada wanita mungkin disebabkan kerana kecantikan, baik, lemah-lembut... Maka bagi mereka yang lebih berakal, akan merasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah...

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itu pun atas rahmat dan belas kasihan Allah. Sehingga Allah mengizinkan makhluknya yang lain untuk mencintai kita. Walhal Allah boleh bila-bila pun menarik balik rasa itu dari hati orang0orang tadi kalau Allah mahu.

INGAT lah, Allah yang menciptakan kita makhlukNya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada kita ingat padaNya ataupun di waktu kita lalai, tetap diberiNya nikmat itu. Begitulah kebaikan Allah pada kita...terlalu banyak...

Ku memohon dalam sujud ku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan...
pendirianku...keimananku...

Ku memohon dalam sujud ku pada Mu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan
pendirianku...keimananku...

Engkau SATU CINTA
yang selamanya aku cari
tiada waktu ku tinggalkan
demi cinta ku kepadaMU
walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguh kan hati ini
hanya padaMU...
KU PASRAHKAN...

OH TUHAN
selamat kanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
OH TUHAN
jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia...
Firmannya yang bermaksud;

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan