█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Khamis, 23 Disember 2010
Jika Ingin Berzina...Peganglah Api...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah syukur ke hadrat illlahi dengan limpah dan kurnianya masih lagi dapat menikmat nikmat iman dan islam.Pejam celik dah nak habis bulan november.Tinggal sebulan lagi bakal masuk ke tahun baru 2011.Sebulan lagi bakal meninggalkan tahun 2010 dan apa yang bakal kita bawa sebagai bekalan untuk menempuh tahun 2011.Adakah kita bersedia dengan seribu satu dugaan dan ujian sebagai tarbiyah terbaik buat diri kita nanti?
Setahun yang lepas,ana mulakan create blog ni pada bulan november.Jadi pada bulan ini,genaplah setahun usia blog ana.Tapi ana mula menulis pada awal januari tahun lepas.Blog ini juga dan bertukar macam2 wajah.Sekarang juga ana sedang mengumpul kekuatan untuk aktif menulis semula walaupun tugasan sebagai pelajar postgraduate menuntut tumpuan sepenuh masa.Berbekalkan pesanan sabda rasulullah supaya menyampaikan tiap ajarannya dan sunnahnya walau satu ayat, ingin ana sahut seruan sebagai jundullah.Mungkin usaha ini tidak sebesar usaha burung kecil yang membantu memadamkan api yang membakar nabi ibrahim, moga2 diterima Allah dan menjadi peringatan terbaik buat diri yang serba dhaif ini.
Teringat pesanan dari seorang sahabat pabila ana menyatakan masih kurang mood untuk menulis, tapi sahabat mengingatkan supaya paksa diri untuk menulis.Istilah paksa adalah bukan menulis dengan tidak ikhlas dan terpaksa,tapi mendisiplinkan diri dengan tanggungjawab yang ada.
Ketika menonton slot soal asyraf di astro oasis mengenai tajuk dakwah di internet, beliau menyatakan rasulullah sendiri menggunakan segala jenis medium untuk menyampaikan dakwah.Hatta di tiap2 mimbar seluruh mekah dan madinah juga rasulullah naik untuk menyampaikan pesanan dari Allah.Kita mungkin tidak mampu untuk pergi kepada tiap2 orang untuk mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.Jadi kita boleh menggunakan apa saja medium untuk menyahut seruan dakwah.Walau sekecil menulis status di laman sosial seperti fb,copy dan paste serta share di status yang akan di baca oleh jutaan orang dan mungkin dalam jutaan orang,ada seorang yang mendapat hidayah dari status yang simple tu.Sape tau kan??
Okey.Masuk kepada tajuk post kali ini.Cebisan artikel ini ana jumpa ketika mencari2 ayat firman Allah berkenaan isu couple.
Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.
Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:
''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''
Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:
''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."
Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
Surah An-nisa,ayat 31:
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."
Surah Al-Israak,ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan