█▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼▄██▄┼┼┼▄██▄┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼██████┼██████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼█████████████┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼█████████┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█████┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼███┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ █▓┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼┼▓█ Cinta Dan Kasih Sayang MOHD SYAIFUL AZLAN dan Buat Semua ❤●•٠·
Khamis, 16 Disember 2010
ALLAH S.W.T. berfirman,
“ Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun”
Bila kita diuji, apakah perasaan kita? Bila kita diuji dengan kesempitan wang, apakah yang sering menari di mulut kita? Bila kita diuji dengan kesakitan, apakah yang sering berlari di dalam pemikiran kita? Apabila kita diuji dengan musibah seperti kecurian, kematian dan sebagainya, apakah yang kita akan lakukan?
Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.
Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.
Kadangkala, kita akan menyatakan di dalam hati kita, kenapa aku diuji?
Ya, kenapa kita diuji?
ALLAH S.W.T. menjawab,
“ Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan kami beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
Ya, ALLAH menyediakan pelbagai ujian kepada kita, ALLAH menguji kita, semata-mata adalah untuk menguji keimanan kita. Sesungguhnya manusia ini sedang menuju salah satu dari dua tempat perngakhiran. Syurga atau neraka. Jika kita merujuk kitab-kitab yang menyatakan perihal syurga, pastinya kita akan terpegun kagum dengan kehebatan syurga yang langsung tidak dapat kita gambarkan kehebatannya.
Ada satu riwayat menceritakan bahawa hebtanya syurga itu sehinggakan apabila manusia memasukinya buat pertama kali, akan terpegun terlebih dahulu selama 50 tahun kerana hebat dan menakjubkannya syurga.
ALLAH S.W.T. berfirman,
“ Balasan mereka di sisi ALLAH adalah syurga ‘and, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya…”
Hidup penuh senang lenang di dalam syurga, yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambarkan, buat selama-lamanya, bukankah itu terlalu sedikit jika kita hendak bayar dengan sedikit kepayahan yang kita alami di dunia ini?
ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita.
Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?
Saya teringat sebuah kisah yang saya baca ketika saya kecil dahulu, di dalam buku cerita-cerita israiliyyat,
Cerita itu menyebut tentang kisah dua orang nelayan. Seorang menebar jalanya dengan menyebut basmalah, seorang lagi menebar jalanya dengan menyebut nama berhala. Namun apabila diangkat, yang membaca berhala mendapat banyak ikan, sedangkan yang menyebut nama ALLAH langsung tidak mendapat ikan.
Malaikat yang melihat peristiwa ini bertannya kepada ALLAH, mengapa jadi begitu, sedangkan yang mendapat ikan banyak itu menyekutukan ALLAH, dan yang mendapat ikan sedikit itu beriman kepadaNya.
ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.
Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,
“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”
Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.
Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
Ingatlah bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri adalah satu ujian.
Manusia diuji setiap masa.
Kerana cagaran syurga adalah iman.
Dan rahmat ALLAH itu melimpah kepada kita atas dasar keimanan kita kepadaNya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan