Khamis, 16 Disember 2010

PESAN RASULULLAH SAW SEBELUM TIDUR


Rasulullah s.a.w berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu

1. sebelum khatam al-Qur'an

2. sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat

3. sebelum para Muslimin meredhai kamu dan

4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya, " Jika Engkau tidur bacalah ; "

1. Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.

2. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

4. Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulillah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan