Isnin, 13 Disember 2010

Perkara2 sunat yang boleh dilakukan ketika azan


1. Berdiri ketika azan Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w: "Hai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan."(Hr Bukhari dan Muslim)

2. Menghadap kiblat Ini kerana kiblat adalah sebaik2 arah.

3. Suci dari hadas kecil dan besar Makruh azan semasa berhadas kecil. Semasa berhadas besar lebih makruh.

Nabi s.a.w bersabda: "Aku tidak suka menyebut nama Allah dalam keadaan tidak suci"(Hr Bukhari)

4. Orang yang baligh.

5. Orang yang baik Makruh orang fasiq melaungkan azan.

6. Suara yang sedap Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya: "Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)

7. Orang yang melihat.

8. Memalingkan wajah dan leher. Sunat memalingkan leher dan muka kekanan ketika mengucapkan "Hayya alas solah" dan kekiri ketika mengucapkan "Hayya alal falah" Ini yang dilakukan oleh Bilal dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari.

9. Tartil Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis: "Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)

10. Tarjie' Disunatkan tarjie ketika azan. Maksud tarjie adalah muazzin melafazkan dua kalimah syahadah dengan suara perlahan sebelum melafazkannya dengan kuat dan nyaring. Ini ada disebut dalam Abi Mahzurah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

11. Taswib Iaitu tambahan lafaz "as-Solatu kahirum minan naum" pada azan subuh. Disunatkan pada azan yang pertama dan kedua. Ini berdasarkan hadis yang Nabi s.a.w sabdakan kepada Abi Mahzurah (Hr Abu Daud).

12. Dua Muazzin Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid. Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.

13. Diam dan menjawab azan Disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam dan menghayati setiap kalimah azan. Kemudian hendaklah dia menngucapkan apa yang diucapkan oleh muaazzin melainkan pada haia'latain (hayya alas solah dan hayya alal falah) maka disunatkan untuk mengucapkan hauqalah (la haula wala quwwata illa billah). Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan apa yang diucapkan oleh muazzin."(Hr Muslim)

-Apabila dia berada dalam solat, tandas atau jimak hendaklah dia jawab azan selepas selesai.

-apabila dia sedang baca quran, berzikir atau pengajian ilmu hendaklah dia berhenti untuk mendengar dan menjawab. Lepas azan dia sambung rutinnya.

14. Selawat dan doa untuk Nabi s.a.w Disunatkan kepada muazzin, pendengar azan, orang yang melaungkan iqamah untuk berselawat kepada Nabi s.a.w, meminta kepada Allah supaya diberikan pangkat wasilah kepada Nabi s.a.w dan berdoa kepadanya. Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan seperti muazzin ucapkan. Kemudian hendaklah kamu berselawat kepadaku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian hendaklah dia meminta supaya Allah memberikan wasilah kepadaku.

Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan dalam syurga. Ia hanya diperolehi seorang sahaja dari kalangan hamba2 Allah. Aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang meminta wasilah untuk ku maka dia boleh mendapat syafaat dariku."(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berkata setelah mendengar azan:

Allahumma rabba hazihid da'watit tammah was solatil qaimah ati saiyidina Muhammadanil wasilati wal fadilah wab'athhu maqamam mahmudanil lazi wa'adtah

(terjemahannya) Ya Allah tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikan darjat wasilah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kelebihan. Bangkitkanlah ia dengan maqam yang terpuji seperti yang engkau janjikan.

Maka dia boleh mendapat syafaatku."(Hr Bukhari)

15. Doa untuk diri sendiri Disunatkan berdoa selepas azan kerana ketika itu adalah watu yang mustajab. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah. Hendaklah kamu berdoa."(Hr Abu Daud dan Tirmizi)

16. Memasukkan jari ke dalam telinga

Disunatkan meletakkan dua jari ke dalam lubang telinga. Nabi s.a.w bersabda kepada Bilal r.a:

"Apabila engkau azan maka hendaklah engkau masukkan dua jarimu kedalam telingamu. Sesungguhnya ia akan mengangkat suaramu."(Hr Baihaqi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan