Isnin, 13 Disember 2010

ISLAM


Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3]

Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[5]

Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.

Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah.Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian,dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia

Perkataan Islam merupakan kata nama kerjaan berasal dari kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)." Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam (سلام) yang bermaksud 'sejahtera'. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam."Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (dīn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu." Manakala ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah—lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan