THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 15 Disember 2010

KELEBIHAN SURAH AL FIL



Di antara kelebihan surah ini ialah:

1. Dibaca 20x selama 7 hari akan disampaikan hajat yang pelik dan ganjil.

2. Dibaca 1,000x selama 40 hari akan dimurahkan rezeki dan disampaikan hajat.

3. Dibaca 30x selama dalam tahanan akan segera dibebaskan.

4. Dibaca 13x jika tersesat dalam hutan akan balik ke pangkal jalan.

5. Dibaca 1,000x selama 10 hari jika selama hidupnya dibenci orang nescaya akan dikasihi.

6. Dibaca 170x pada makanan atau gula-gula atau minyak wangi diberi pada wanita atau isteri dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala dikasihi dan disayangi.

7. Dibaca selalu dalam peperangan akan menang dan musuh akan lari.

8. Ditulis pada atap yang sudah lama lalu dipendam di rumah musuh / orang zalam dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala rumah itu seperti dilempar batu setiap malam selagi atap itu tidak diambil.

9. Dibaca dalam solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fiil dengan izin Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.

0 ulasan: